RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

August 5, 2009

Pemimpin EGO menjahanamkan keharmonian rakyat

BILA manusia itu rasa dia lebih dari orang lain, berpangkat besar atau keturunan mulia dan ternama saperti raja, pemimpin,orang besar, YB dan bila dia rasa dia hebat dalam berpolitik dan mempunyai ramai penyokong maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabbur hinggaplah pada hatinya.Samada sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.Orang yang rasa dirinya alim dan ulama yang rasa dirinya hebat pun tidak terkecuali. Sebab bila sudah rasa lebih dari orang lain, maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri pada Allah dari hati nuraninya.Maka ruang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar atau besar kepala, rasa istimewa, rasa tuan, bahkan ada yang rasa Tuhan.Maka bila hati sudah jadi begitu, meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina, maka sombonglah dia, angkuh dan takabburlah dia. Bagi yang faham Islam dia tidak akan membesarkan diri, tapi kadang kala oleh kerana taqwanya lemah, maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu bertindak dengan perangai perangai orang sombong dan takabur.Dia tidak mahu sombong dan takabbur sebab dia tahu sikap itu dosanya besar, tetapi dia tidak dapat lawan nafsunya. Maka terjebak lah juga dia dalam senarai orang yang sombong, ego, dan takabbur. Mazmumah yang paling di benci Allah ialah ego (sombong) sebab ego itu membawa kesan yang sangat buruk.Contoh lihat lah suasana di negara kita, rakyat gelisah dan kucar kacir akibat adanya ramai pemimpin pemimpin,ahli ahli politik dan penyokongnya yang ego.Realiti sifat dan sikap ego yang memalukan oleh pemimpin pemimpin boleh di lihat pun dalam persidangan Parlimen melalui kaca TV. Iblis, kerana penyakit ego telah derhaka pada Tuhan.Begitu sombong nya Iblis.Walaupun dia cukup kenal dengan Allah, sudah pernah lihat api neraka, tapi kesombongan (ego) nya membuatkan dia pandang kecil pada Allah.Berapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi saperti Iblis.Ego hingga memandang orang lain hina.Tidak boleh di tegur atau di nasihati.Kalau di tegur melenting sebaliknya di cabarnya orang yang menegur.Hinggakan demi memuaskan hati, sanggup melakukan dosa dosa yang boleh tercampak ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: "Kibir atau sombong itu selendang Ku. Siapa yang memakai selendang Ku nescaya dia tidak akan mencium bau syurga". Di antara contoh sifat orang orang yang ego :

  • Bagi orang politik pendapat lawanya walau benar sekalipun tidak akan diterima.Dia akan lawan sampai dia rasa dia yang benar, dan dia yang menang.Kalau lawannya pandai cakap maka dia akan putarkan cakap supaya orang terkeliru dan menganggap dia yang benar.Namun hati kecilnya tetap bersuara "Sebenarnya lawan aku itu betul aku yang salah".Rasa ego memaksa dan mendesak agar dia tidak mengaku salah.Dia akan buat apa saja untuk membela dirinya, dan hatinya puas! Pengikut atau penyokong penyokong nya pun ikut sama jadi ego.
  • Dia mahu kemajuan dan kebenaran itu dari dia.Contohnya kalau orang lain tegakkan Islam dia tidak iktiraf walaupun betul.Hanya Islam yang dia hendak tegakkan itu saja yang betul.
  • Antara ulama dengan ulama masing masing mengatakan pendapat lawannya salah.Hanya dia yang betul.
Keegoan atau kesombongan manusia tidak pernah dimuktamarkan. Sedangkan itu lah punca segala krisis.Penyakit yang begitu bahaya dibiarkan melanda tanpa seorangpun berusaha untuk mengubatinya. Tidak hairanlah masyarakat dan negara boleh ranap dikerjakan oleh manusia yang sudah jadi IBLIS itu.
Di Copy Paste oleh Matpit
Karya Emri El Wahab

0 Comments: