RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

August 31, 2008

New Phase of My Life~

Assalamualaikum, Setelah lama terhenti dari mengirimkan update terkini, sekarang muncul kembali.. hehe, Kawan-kawan maaf sebab tak dpt nak update dari pejabat, sebab banyak kerja di saat awal ini, tambahan aku tak boleh nak update dari pejabat sebab di sekat access oleh pihak berkuasa.. xpela lagi pun insyaAllah rumah aku pun telah dilengkapi oleh kemudahan internet.. tp rasa malas dah nak tgk komputer pas balik kerja, rasa nak tidoq ja... Rutin harian aku pi keje 7.15 pagi, kerja sehingga pukul 5.00 petang tp slalu balik kul 6.30 petang, malas balik awal2 tak ada apa-apa nak buat kat umah.. buat kerja sampai abis baru balik.. sebab malas nak buat kerja kat rumah.. sampai umah pas solat maghrib, tunggu solat isyak pas tu terus je tidoq.. hehe.. pas esok pagi bangun kul 6.00 pagi.. rutin baru pun bermula..

Gambar di atas nie, tempat kerja aku.. hehe tak de apa-apa lagi atas meja.. Gambar yang kat bawah tu adalah desktop tempat aku wat kerja harian dan check email aku.. hari2 maya antar email fwd kat aku.. best gak tak de la boring.. hehe.. agak-agak kenal tak wallpaper tu???? hehe.. cam familiar jer.. aku tgh kat umah nie.. cuti semperna hari kebangsaan ke 51.. MERDEKAAAAA..
Aku rasa semua kawan sihat sejahtera.. aku ucapkan terima kasih pada semua yang telah memberi kerjasama dengan aku pada hari konvokesyen yang lepas.. aku harap hubungan kita makin erat walaupun kita semua berjauhan... SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK... Moga-moga amalan kita semua diberkati ALLAH.. amin.. ila liqa, wasalam..
-epi-

Universiti - Sebuah Institusi Pendidikan

Universiti adalah sebuah tempat untuk mencari ilmu. Di sini ilmu-ilmu dicurahkan secara mendalam, mengikut kursus yang dipilih. Kajian demi kajian dilakukan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing untuk dikongsi bersama semua manusia sejagat. Selepas ilmu dicurahkan oleh mereka yang pakar kepada penuntut-penuntut selama lebih kurang 3 hingga 5 tahun, penuntut-penuntut ini telah pun bersedia untuk mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara. Tak kira sekecil mana pun bakti yang dicurahkan, pasti ianya akan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Disinilah simboliknya acara konvokesyen dimana, chansellor, pro chansellor, vice chansellor, dekan-dekan, pensyarah-pensyarah, ilmuan-ilmuan, pakar-pakar dalam bidang masing, duduk di dalam dewan untuk meraikan kejayaan penuntut-penuntut. Penuh dengan adat istiadat konvokesyen, setiap perbuatan dilakukan dengan penuh tertib, untuk menjaga adat konvokesyen itu. Ilmu yang dituntut, di sampaikan dari chansellor/prochansellor/vice chansellor/dekan untuk memakmurkan negara/dunia dengan untuk menjadikan dunia satu tempat yang lebih selesa untuk didiami. Disinilah peranan kita, manusia sebagai khalifah, untuk mentadbir dunia... -- microprocessor --

Salam Kemerdekaan

Tema Hari Kemerdekaan Ke 51

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

taken from http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/news/News_Item.asp?content_ID=42

-- microprocessor --

Ramadhan Kembali....

Alhamdullilah, ramadhan tiba lagi. Semoga kita dapat mencari pahala dan keampunanNya.... -- microprocessor --

Majlis Konvokesyen UTP ke 8

Seramai 1088 graduan UTP telah berjaya mendapat skrol dalam konvokesyen ke-8 UTP pada 24 Ogos 2008. ini kali pertama UTP mengadakan 2 sesi untuk konvokesyen memandangkan jumlah graduan yang makin bertambah. Majlis konvokesyen UTP amat meriah, terutama selepas Tun Dr Mahathir, chansellor UTP berangkat keluar dewan chansellor. Semua graduan bersorak gembira. Dapat dilihat semua orang gembira mendapat skrol dari UTP. Mula-mula, aku rasa cam takmo pegi konvo. Tapi bila difikir-fikirkan balik, ingat senang ka nak grad kat UTP?! mungkin peluang skali seumur hidup. money worth spent! gambar-gambar dibawah adalah gambar-gambar dari kamera wani, untuk tatapan bersama.

Bersama Tan Sri Hassan Marican (CEO PETRONAS)
-- microprocessor --

Universiti Teknologi PETRONAS

alhamdulillah, kita semua dapat grad dengan jayanya. selepas penat tiap2 semester siapkan assignement, keja, blajar, mengapal, menulis, kita berjaya dapat skroll. Kita adalah dikalangan yang bertuah kerana dapat grad dari sebuah Universiti yang amat-amat susah untuk masuk. sapa yang tak kenal dengan PETRONAS. UTP telah meletakkan satu standard yang amat tinggi untuk memasuki ke UTP. bukan hanya dengan kelulusan akademik yang cemerlang, tapi mesti lulus ujian IQ, modul-modul "team work" dan interview yang dikatakan meletakkan para pemohon dalam situasi yang kena berfikir dengan cepat dan tepat. semua ini diambil kira, sebelum boleh diterima masuk ke UTP. jika dapat 10A dalam SPM, tapi tak tahu nak cakap, tak tahu nak ekspres diri, maka tak layak untuk bergelar pelajar UTP. (rahim, aku masih kagum dengan UTP, dari hari pertama) how to get into UTP? -- What it takes to be in UTP syarat-syarat kemasukan ke UTP 1) Fantastic school result (SPM/STPM/DIPLOMA) -- Straight A's or CGPA 3.0 and above 2) Did well in EDUCAMP (interview/IQ test/ modul-modul kepimpinan) 3) Strength in Co-Q while at previous school 4) School leader (Prefect/Head Boy/ Scout Leader) 5) Debater (Pendebat) -- optional, but brings a lt of weight to enter to UTP For July 2005 intake: 13,000 applied to enter to UTP, worldwide but only, 1,000 place offered by PETRONAS to these students out of that, only 800 came to register to UTP 40 students are registered for IT course where only 15 are diploma holders for july 05 intake. aku rasa amat bersyukur, bertuah, dan bangga menjadi graduan Universiti Teknologi PETRONAS. ramai yang idamkan untuk menjadi graduan UTP. alhhamdullillah... its the branding! UTP telah meletakkan bahawa hanya 3.75 ke atas untuk bergelar graduan kelas pertama. bukan seperti IPT lain, yang hanya meletakkan 3.50. (betulkan saya jika silap) -- microprocessor --

August 29, 2008

Youtube video

Konvo Update.. dari Matpit.. Bahagian 2

Kali ni nak update gambar plak... semua gambar2 ni diambil dari beberapa bijik camera yg ada pada hari berkenaan.. terima kasih kepada tuan punya camera.. Nicham, Waimeng, Matpit, Wani dan Abid....
Harap maaf.. gambar x ikut sequence bila ianya dicapture.. so paham2 sendiri la ek uhuhuhuhuh
Jalan2 dlm chancelor kompleks... sementara tggu untuk beratur.. aku da dapat 2jambak bunga.. walaupon x amik scroll lg....

sedang beratur untuk menuju ke chancelor hall.. mendebarkan.. penat.. dahaga.. mcm2 la.. lame benor tunggunye

Afdzal dan rumatenya eppi... dalam UTP Gallery

Nizam dan Izuan.. dalam UTP gallery

Aku dgn cikgu rahim... kat dlm UTP gallery jugak.. semua ni sebelom konvo ceremony

UTP gallery dalam kenangan.. thanks to rahim tolong amik kan gamba

Tgh beratur.. keluar barisan kjap.. amik gamba dulu

Tgh beratur.. keluar barisan kjap.. amik gamba dulu

Lepas abis majlis konvo... berlatarbelakangkan crowded dkat chacelor hall

Di hadapan UTP gallery... mase ni semagat lg... karang beratur baru tau panas giler bakai jubah ni

Di hadapan UTP gallery.. yg lain x sampai lg..

Gang rancakdisitu Bersama maya, dhea dan norah jones

tgh siap2 dalam bilik khalil... thanks to Khalil dan Izham... xpe.. sekali sekala kan...

posing kjap kat V3.. sebelom berangkat ke Pocket D

Eppi baru sampai... amik gamba sekali lagi...

akhirnya... lambung jgn x lambung... ahahaha... tggal kami 4 org je.. yg lain bersama pasangan masing2

sekian dari aku utk post kali ni.. nanti kan bahagian yg ke3 plak... sebarang salah dan silap harap dimaafkan..

-matpit-

August 27, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

dear all fellow friends... cepatnya masa berjalan.. rasanya mcm baru je ramadhan tahun lepas berlalu.. kini x sampai lg seminggu kita akan meyambut bulan yg paling mulia disisi Islam.. bulan yg penuh degan keberkatan dan kerahmatan.... jgn sia2kan ramadhan kali ini.. sesungguhnya kita amat bertuah deberi kesempatan utk melalui ramadhan sekali lagi....

Hai kawan2 rancak disitu.. tup tup dah nak dekat posa.. last kita posa kat UTP ialah tahun lepas.. semester 2nd last... dpt la 3 tahun kita berpuasa kat utp.. sem 1.. sem 3 dan sem 5..... byak kenagan pada bulan Posa ni... p bazar ramadhan la.. g sahur.. g smayang terawih... ingat lagi aku... sementara tggu waktu berbuka... kita main CounterStrike dulu ahahha... Nizam mmg hebat la bab2 tembak2 ni.. x padan dgn kecik.. huhuhuhuh... ok la... just teringat zaman dulu kat utp.. disini ingin aku ambil kesempatan ni utk ucapkan Selamat Berpuasa Kepada Seluruh umta islam di Malaysia.... Dan selamat berhari raya.... kat bawah ni aku copy paste fadhilat solat terawikh complete 30 malam.. harap2 dpt la dijadikan pembuka semangat kalian2 semua utk g smayang terawikh...
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
-Matpit-

August 26, 2008

Konvo update.. dari matpit.. bahagian 1..

Assalamualaikum semua.... kepada sehabat2 rancak disitu.. kepada rakan2 seperjuangan UTP... kepada semua graduan2 UTP sessi Convocation ke 8... syabas aku ucapkan kepada semua... kini kita bukan lg bergelar pelajar UTP... tp UTP sentiasa diingatan.... aku nak update gamba sket.. kali ni update bahagian pertama.. sebab aku ada satu gamba je.. tu pon amik kat dalam CD yg sekali dgn gamba tu... gamba yg lain semua ada kat dalam laptop.. batery dah flat... power cord plak tggal kat opis.. so esok atau lusa aku akan apdate siri yg kedua.. Peh.. tengok gamba aku tu.. 1st time aku tengok gamba ni masa amik kat kedai gamba tu rasa mcm nak tergelak.. nasib aku sorang2 je kat situ.. yg lain sumer budak UTp yg aku x kenal.. kalu hgpa ada.. dah gelak abis dah bila tengok gambaq sorang2... ahahahha... setelah diamati betul2 gamba ni.. dan semua gamba yg aku amik tu.. xder cacat cela la.. semua ok... baju ok.. jubah ok.. kasut ok.. kaki sama... tangan ok... Tun pon senyum.. aku pon senyum segingga menampak kan 2 bijik telo kat pipi tu.. ahahaha... wei korang sumer.. upload la gamba yg ni... gamba yg dalam Cd tu.. ahahah akyu nak tumpang gelak sama.. ahahahha... nanti utk siri yg kedua dari aku, aku akan upload gamba2 sepanjang konvo ni.... so.. hari ni aku cuti.. alhamdulillah. boleh la rehat lg sehari.. penat jgak konvo.. Lim Guan Eng bagi cuti kat Penang.. sebab ada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh... nak turun g sana pon malas rasanya.. tenogk la keaddaan... aku pon baru lepas basuh baju.. basuh keta... kemas rumah dan mcm2 lg... nak rehat je la.. esok nak kije... nanti kan update siri 2 dari aku... - Matpit -

August 16, 2008

Pengalaman PAC di INTIM PTD Assessment Centre utk Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Salam kengkawan, sory la lame xupdate dlm blog kite neh. Huhu selaku seorang Guru Pencen skang, aku lepak2 jew kat umah skang neh. Ok la, atas permintaan Mat Pit aku nak upkan sket topic fasal assessment aku kene kat Programme Assessment Center For Pegawai Tadbir dan Diplomati (PAC-PTD) 2008 kat Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Timur (INTIM), Kemaman, Terengganu pada 11/12/08 dari jam 8.00pg-5.00ptg. Khamis (11/12/08) Actually aku sampai Kuantan on 10/12/08 so lepak sane 1 hari kakak aku booked hotel so dpt la jalan2 kat terengganu petang tuh. Sorry lari topic sket, so on khamis, aku smpai intim dr hotel aku nek teksi rm40 dlm 20 minit. aku smpai kul 730 pg. Smpai pg tu aku tgk da ramai bdk2 baye kite male/female da berkumpul kat intim tu. Intim ni sebelah laut, bangunan dia milik SPA besar gila sume lengkap pdg sukan, masjid, gym, cafe, cyber cafe etc.. Kat PAC ni ada 5 kaunter kite kene pergi ikut peringkat2 so tepat kul 8 1st kaunter dah dibukak yang mane handle sume kaunter2 nih PTD2 yg dtg from Putrajaya and Intan Bukit Kiara. Diorg sume mantap2 beb bek yg lelaki dan ppuan. 1st kaunter nih cm biasa kita kene dftar nama dan tunjukkan surat panggilan kerajaan tu. Korg ingat tak macam kita 1st day nak masuk UTP dlu kan ada byk kaunter kat dlam DU dlu? Haaa.. cmtu la lebey kurang. FYI, thn 2008 seramai 20000 org menduduki peperiksaan PTD termasuklah aku ngn Matpit dan seramai 3478 org yang lulus exam tu dan termasuklah aku. Ahaks! 3478 org ni dibahagi2kan PAC ke Terengganu dan Johor sahaja. And FYI juge, batch thn ni ade sorg doktor perubatan. Dah settle kaunter 1st, kami bergerak ke kaunter 2nd yang mane kaunter nih kene timbang berat dan tinggi so tinggi aku 173cm dan berat aku 54kg. Hukhuk aku mmg ringan YES! Kaunter 3, korg akan diberi nombor besar siap ada logo kerajaan kat atas dia ngn tali tulis INTAN byk2. Hahha dan nombor bertuah yang kebetulan aku dapat ialah 11! wahaha no banduan ni kene pakai setiap masa selama 1 hari nih. So aku dapat no 11, pg kursus pada 11 haribulan, dpt pulak kumpulan no 11 dan jadi ketua kumpulan ke 11! ahahaha semua 11111111 kate org cina ada "ong" ma! Then next kaunter no 4, ada 2 org dr JPA akan cek degree kita samaada ori or tak. Tp yg paling penting dia nak tgk degree original dan transkrip pekse dan pointer. Lastly, kaunter 5 yang last, kene amek gambar berlima2. Cth, 1-5 amek gmbar dlu than 6-10 then 11-15 etc... Dia kate senyum pastu SENYUM! haha aku pon tak tau nape diorg nak amek gmbar padahal dah kene bg gambar ukuran passport 2 keping mase kat 1st kaunter. Pastu ade briefing kat dewan besar. Seyes beb dewan dia besa gile. Aku rase last aku masuk dewan time konvo kot! Hahaha so time tu la borak2 ngn member baru maklumla aku br nombor sebelas, nak tunggu bdk2 lain abes daftar yg hari pertama ni 300 orang tp yg dtg 282 je. Lame beb tunggu briefing nak start. So ade from UM, UPM, KuiTTHO, UiTM (ramai gila!) mostly IPTA la Petronas aku jew! hohohoh! Pendek cite, abes briefing kita diberi group yg mana aku group 11 so dlm 1st group ni ada 8 org. Group aku ada sorg indian lain melayu. Fasilitator kami perempuan. She's nice. Seyes. 1st assignment kami kene buat english discussion tajuk dia agak panjang yang tajuk dia lebey kurang "ape pendapat korg tentang exam oriented student ni xbagus compare dgn yg fully practical". Mula2 aku mcm lost sket coz bile fasilitator kate u guys may discuss now je, sorg minah nih yg according to her dia engineer terus ckp melulu2. Laju gila dia ckp dan her english is SUPERB! Bila dia ckp then aku menyampuk coz yg lain2 senyap (aku rase diorg pon lost cm aku! hahaha) lame2 seyesly aku ngn minah tu je ckp dan aku sebenarnye da tau trick assignment neh coz same cm interview Shell. Kita jgn conquer perbualan so kene tlg yg lain2. So aku pon pura2 la tlg member2 lain aku ckp la "emm... no 216, do you have any points of views regarding on this issues?" then barulah ada minah ni bukak mulut. So lame2 sume dapat ckp. Ahahaha baikkan aku? so sesi berlalu lebih 30 minit dan kami diberikan tajuk perbualan baru in english juga yg lebey kurang tajuk dia "sorg prof from USM da buat kajian, mahasiswa yg ada degree skang tak expert dlm bidang dia, so sile discuss". Topic nih kacang je so sume bukak mulut. So, kite senyum2 angguk2 geleng2 YES-NO2 tu byk la ckp hehe. Then, rest 10 minit. 2nd assignmnt ada debat Bahasa Melayu. Tajuk yg kami dapat "Pembangunan lebih penting dari pemuliharaan alam sekitar." Wahahaha nih la saat yg paling aku tunggu2kan. Time ni la aku nak tunjuk taring aku! Ahaks! So kite bole pilih nak jd pencadang or pembangkang. So aku angkat tgn aku bersuara ckp nak jadi pembangkang coz senanag nak hentam pencadang. So minah yg byk ckp td dia terus ckp "eh! awak2 i nak join pembangkang!" hahaha aku kate "sure! come2" hehehe.. then kami diberi masa discuss dalam 5 minit je nak siapkan hujah tapi pada aku pncadang la lagi teruk coz diaorg kene start hujah dlu. Hahaha pdn muke! Lepas debat start n pencadang da abeskan sume usul dia, tibelah masa pembangkang pulak membalas hujah2 pencadang. Position aku selaku pembangkang yg terakhir so kene buat penggulungan. Haha best siot isu panas smpai Fasilitator yg jd Puan Pengerusi pon ckp nih group yg best! Yela fresh issues kan pasal tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa la yg mengupkan topic nih. Aku siap berpantun2 lagi ngn bg peribahasa mcm karam singh walia senang2 je yg aku ingat 'sediakan payung sblm hujan", "mencegah lebih baik dari ape ntah aku lupa hahaha.. Then jam dah tunjuk pkul 1 ptg. Nak lunch time, tp sebab our group abes awal so Fasilitator bgtau la yg PTD kali nih akan dilantik secara kontrak coz ada masalah2 yg kerajaan kene kawal antaranya masalh psikologi PTD. Ini ada kes sebab ada org penah dilantik jd PTD tp lepas 3 hari resign sebab alasan dia dia sebenarnye xnak jd PTD, dia just nak amek exam PTD je yg kononnye susah nak lepas tu. So bile da lepas dia puas ati konon2 dia la terer sebab ape2 exam pon dia bole lepas. Kire cm dia xtakut ape2 la. Hahha bodo punye org! Petang Makan kat cafe dia mmg executive gila makan nasi minyak lagi. Terima Kasih kerajaan Malaysia! ahaks! Pastu solat zuhur jemaah dan salin pakaian sukan. No 11 tetap di dadaku! hahaha xleh tanggal walopon nak pg bersukan! Then masuk balik dewan besar pkul 230ptg yag mana kali ni group2 menjd lebih besar. Kalo mula2 td ada 30 group skang da tinggal 15 je which is diorg merge la 2 group menjadi 1. So kite dpat lagi mcm2 kwan. Hahaha! Assingment ke 3, diberi 2 buang lagi which is Aspalela from Apek and Kuch Kuch Hota Hai lagu hindi tu. Tugas group2 nih kene pikirkan tarian/step2 senam robik yg sesuai dgn lagu tu. Hahaha Sebagai ketua kumpulan, aku da tebal muka mencadangkan pelbagai step2 yg bole diambil kire lantak la awek ke xawek tgk aku bersenam robik. Fasi ade je ronda belakang kita amek markah time nih. So aku bernasib baik coz group aku ade sorg bdk lelaki ni cm lembut. So aku tanye dia boleh jadi kariografer menari tak bro? dia kate ok jew. So aku pon suh bdk2 group aku tepuk tgk bg dia support sket pikir step2 yg hardcore! hahaha mmg lawak do kitorg menari. Siap cm ade boria punye step lagi cume aku xpegang tongkat je. Hahaha Abes tu sume tepuk tgn. Then last Assignment no4, kitorg sume kene wat physical test yg mane test2 ni ada dlam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) korg cek dlm tenet ape makna UKJK ni yg mostly nak tgk kadar kardiovaskular jantung kita aar. So sesape yg merokok tu mmg kantoi la. Seyes! Be4 that ada beberapa girls tarik diri coz mengandung ngn asma. Kesian diorg aku pon xtau cmne diorg kene evaluate. Antara test2nye Starjump- 90x, bangun tubi (sit up)- 30x, bumping- 30x, lagi 2 aku lupa ape namenye. Tp yg aku tau makin akhir test ni makin ramai tarik diri especially girls. Aku dpat rasa bunyi jantung aku smpai kat telinga! ahaha maybe xlogik tp mmg panat gila. Longgar lutut beb! Pastu tamat!!!!! Yeahhhhh jam pkul 430. Ada ucapan penutup then upacara pulanngkan balik nombor bandian bermula dr no 1-282 so krg bayangkan la yg no last tu dpt kuar minum kul bape? hahaha lama siot! then tepuk tangan pastu minum2 pastu blah! hahaha Overall best dan physical test tu korg imagine sendiri. Maybe ada kwn2 korg yg lain pg, maybe ada yg tough dan ada yg x tough kot. Xtau nak ckp coz aku xtau nak komen lebey2 xleh tp yg pasti LETIH GILA! So, tu je aku dpt share setakat ni. Lame gak aku taip kat cc ni hahaha nak cek fs jap. Ape2 pon korg bile nak open table mkn2? huhuhuh Tata~ -Ah-Meng-

August 15, 2008

Selamat Ber"Konvo"

Tahniah kepada semua rakan aku... kita semua telah berjaya menamatkan pengajian kat UTP.. dan minggu depan kita secara rasminya bergelar Graduan UTP... dengan memegang segulung Ijazah dari UTP.. pastinya kita akan menjadi bualan orang.. ahahahaha.. ingat.. walau dimana pon kita berada.. jangan lupa diri, jgn berlagak, jgn sombong, jgn tinggi diri.... Aku x sabaq nak jumpa hgpa semua.. ahahahaha... nak tengok nizam yg sedang di lamun cinta tahap gaban punya... nak jumpa rahim yg akan turun penang bantu jenterapilihanraya BN.. nak jumpa wan yg turun penang bantu jentera pilihanraya PKR.. nak jumpa epi yg dari dulu x berubah "mat bunga dalam diam", afdzal aku dah jumpa.. ahahahaha tp nak jumpa lg la mana tau ruba dah jd mcm muka siam ka ahahaha... lg nak jumpa aziz.. tu pon kalu dia x larikan diri dari aku.. hafizi pon nak jumpa... semua aku nak jumpa.. mana la tau dah berubah wajah.. badan dah naik ke... turun ke.. berbadan dua ke... kepada gang yg bukan Rancak Disitu pon aku nak jumpa... walau x lama pon xpa.. sekadar tegur hai pon OK la.... Weh.. kalu boleh.. sapa2 yg dok utara.. mcm wan, epi, aku, afdzal, sebab majoriti jgak la dok utara... bulan posa ni bolehla plan bukak posa sama2.... .. aku saja ja post ni.. dah epi nak sgt suruh kita post... so aku pon taip je la apa yg patut... mlm ni aku nak balik taiping.... kalu rajin aku update la lg... sejak akhir2 ni dok baloq ja.... epi.. hg la post apa2... perang bendera kat permatang pauh ka... -marrygoroundmusic-

August 2, 2008

Rakan-rakan yang baik

bila difikirkan kembali, kawan-kawan time kita membesar, kawan-kawan time kita disekolah/asrama/kolej/universiti adalah kawan-kawan baik kita. dah kenal hati budi. mana bleh kita dapat kawan-kawan seperti kawan-kawan yang kita kenal time zaman belajar. sebab bila zaman bekerja, perhubungan dengan kawan-kawan kita dah jadi "kawan professional/kawan bisnes", bukan lagi "kawan personal". terima kasih kerana menjadi kawan-kawan aku. keep in touch. aku tahu, kita semua akan berjaya dalam kerjaya dan bidang masing-masing. (gambar-gambar di bawah aku link straight dari frenster korang) picture says thousand words kita takkan dapat dah life macam ni. the best life ever! but life goes on, make it better! --microprocessor--