RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

June 30, 2009

A+ kepada Melaka Kota Warisan Dunia!

SETELAH sekian lama tidak keluar dari kota kosmopolitan Kuala Lumpur - yang penuh sesak dengan jalan-jalan berlubang dan sudah kurang serinya lagi, saya mengambil keputusan bercuti ke Melaka hujung minggu lalu.

Ke Melaka dengan memandu secara santai hanya memakan masa kira-kira sejam setengah. Tidaklah hebat sangat mengambil keputusan bercuti bersama keluarga ke negeri itu. Kali terakhir saya ke Melaka ialah kira-kira empat tahun lalu. Apa yang istimewanya Melaka? Tiada istimewa pun - asyik-asyik Kota A‘Farmosa, panjat Bukit St. Paul dan berjalan ke bangunan rumah kedai bercat merah di Jonker Walk menghala ke The Stadthuys. Di tepinya ialah Sungai Melaka yang mengalir lesu dan berbau tengit. Di sepanjang sungai itu berderetan bontot kedai-kedai lama Cina yang hodoh, kotor dan tiada apa yang istimewa pun.

Petang Jumaat lalu, dari rumah saya di Shah Alam, saya mengambil lebuh raya PLUS dan memasuki ke tol Alor Gajah. Sampai di bandar Alor Gajah pada kira-kira pukul 8 malam, saya teruja melihat bangunan rumah kedai di pekan itu dipasang dengan jaluran lampu yang mengikuti bentuk bangunan itu. Pokok-pokok di tepi-tepi jalanan diselaputi neon-neon. Terdetik di hati, cantiknya. Pertama kali saya sampai ke situ pada waktu malam.

Sampai di Tanjung Kling, saya daftar masuk ke sebuah pusat peranginan menghadap Selat Melaka di Pantai Klebang dan bermulalah percutian saya di negeri Hang Tuah yang dibuka oleh Parameswara pada sekitar 1400 Masihi.

Melaka bagi saya bukan seperti empat tahun lalu. Ia sudah berubah. Tergerak di hati saya untuk menulis di ruangan ini kerana Melaka telah berubah. Ia berubah 360 darjah daripada beberapa tahun lalu.

Nampaknya semua orang buat kerja - kerja keras. Dari atas sampai ke bawah, dari orang atasan sampai ke orang bawahan semuanya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Melaka. Orang Melaka sangat berbangga dengan negeri mereka.

Kampung-kampungnya tersusun rapi dan tiada semak samun dan belukar yang menyakitkan mata seperti di negeri-negeri lain. Terus terang saya katakan Melaka lain dari negeri-negeri lain. Semuanya tersusun.

Layak saya takrifkan, Melaka ialah negeri termaju dalam lingkungan negeri-negeri di Malaysia yang masih lagi ketinggalan. Tidak hairanlah Melaka berani meletakkan motonya sebagai Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia.

Sepanjang jalan di Melaka dari Alor Gajah hingga ke Banda Hilir dan ke Air Keroh saya kagum melihat tiada sampah sarap bersepah yang menyakitkan mata, atau jalan-jalan berlubang yang banyak di Kuala Lumpur. Tiada tanda-tanda jalan yang mengelirukan. Semuanya sempurna.

Pada malam Sabtu, buat pertama kalinya saya menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot dari jeti di Dataran Quayside. Kawasan itu telah melalui transformasi yang amat menakjubkan. Gudang-gudang lama di situ telah diubah moden. Kesan-kesan kota lama yang diekskavasi dipelihara dengan baik.

Terpesona saya menyusuri sungai yang mengambil masa pergi balik selama 45 minit. Saya berasa seperti bukan berada di Malaysia, tapi di mana-mana di negara maju lain. Lampu-lampu berwarna-warni diperkayakan di sepanjang perjalanan itu. Sampai di satu tempat bot memperlahankan kelajuan bagi menyaksikan pertunjukan air pancut menari di tepi tebing sungai itu. Terlalu unik melihat rumah-rumah Melayu dihiasi cahaya lampu, yang bilnya ditanggung oleh kerajaan. Bagi saya apa yang dilakukan ini bukan membazir, tapi dibayar balik oleh pendapatan industri pelancongannya yang hebat.

Pak Hassan, pemandu bot kami bercerita mengenai kisah-kisah bangunan lama dan beliau mengimbau kami ke zaman silam Melaka yang terlalu kaya sejarahnya. Dari pokok Melaka di tepi sungai kepada projek membawa roda feri Eye of Malaysia dari Taman Tasik Titiwangsa, Menara Taming Sari yang menjadi tarikan terbaru hinggalah kepada pokok bakau yang dipelihara, yang pada siang harinya kita boleh melihat biawak makan - makanan yang turut dibiayai oleh kerajaan negeri.

Beliau yang juga bertindak sebagai pemandu pelancong, sambil memandu bot pelancong ala di Sungai St. Antonio, Amerika Syarikat itu bercerita bagaimana kerajaan negeri akan mengubah bahagian belakang bangunan rumah kedai itu menjadi bahagian hadapan menghadap ke muka sungai. Di tepi sungai itu akan dijadikan pejalan kaki dan kafe-kafe seperti yang terdapat di Venice. Tiang-tiang untuk projek monorel telah pun dibina. Kampung Jawa, katanya yang kelihatan usang akan diambil alih dan dimajukan oleh saudagar dari Arab.

Membandingkan empat tahun lalu dengan apa yang ada hari ini, saya percaya semua kata-kata Pak Hassan itu. Apa yang beliau katakan itu akan menjadi kenyataan.

Beliau juga tidak lokek apabila membawa kami hingga ke kunci air yang dibina, bagi menunjukkan bagaimana sungai itu sentiasa dipenuhi air walaupun pada waktu air surut. Sebahagian daripada sungai itu ialah buatan manusia. Pada satu-satu masa, paras air sungai ialah pada ketinggian 14 kaki, cukup tinggi untuk aktiviti pelancongan air yang aktif dijalankan di sungai itu. Di tebing sungai seberang dari jeti Quayside, projek pembinaan hotel lima bintang sedang rancak dijalankan.

Terlalu bernilai cerita-cerita yang disampaikan oleh Pak Hassan, pesara kakitangan Jabatan Perikanan Klang itu. Perjalanan menyusuri sungai itu terlalu berbaloi dengan harga tambang RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. “Letih tapi seronok, hari ini saja saya dah bawa lebih 15 trip,” katanya puas.

Keesokan hari (Ahad) sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami sekali lagi singgah di Banda Hilir dan melawat beberapa tempat lazim di situ. Ternyata semuanya amat memuaskan. Bersih sungguh. Tindakan kerajaan Melaka membangunkan Dataran Pahlawan, misalnya amat bijak sekali. Di atasnya ialah padang yang bersejarah itu, di bawah ialah bazar dan mall perniagaan. Perlu direkod di sini, hanya dua perkara yang sedikit menghampakan. Pertama, kesesakan trafik di tengah bandar raya. Dan kedua, harga makanan di restoran kampung Melayu yang terlalu ‘mencekik darah’ - walaupun asam pedasnya memang sedap.

Selain itu, ternyata pentadbiran Melaka berjaya mengubah sebuah negeri itu menjadi pusat tarikan pelancongan yang berjaya. Pembangunan Melaka yang asalnya dimulakan oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik, kini dirancakkan oleh ketua menteri yang kreatif dan inovatif, Datuk Ali Rustam.

Kita syorkan para pentadbir negeri, perancang bandar yang terlalu kerap ke luar negara untuk melihat negara orang, melakukan lawatan sambil belajar ke Melaka. Contohilah pengurusan taman dan sampahnya yang dilihat terlalu tersusun. Perancangan infrastruktur pelancongannya yang begitu sistematik.

Jika Melaka boleh mengapa Kuala Lumpur tidak boleh? Mengapa Sungai Klang dibiarkan lesu dan kotor sedangkan ia boleh dijadikan laluan river cruise dari KL ke bandar diraja Klang; sama seperti yang berlaku di Sungai Melaka? Mengapa Padang Kota Lama di Pulau Pinang terlalu membosankan - dengan gerai mee sotong di tepinya masih daif sama seperti puluhan tahun lalu? Mengapa Pasar Siti Khatijah di Kota Bharu yang diberi nama Bandar Raya Islam terlalu kotor dengan tikus-tikus mondok yang menjijikkan?

Melaka tidak cainnotophobia (disebut: kain no to fobia). Pemimpinnya tidak takut atau fobia kepada pembaharuan atau tidak takut mencipta sesuatu yang baru.

Tidak perlu menamakan ia sebagai Islam atau tidak, atau pun ditadbir oleh seorang ulama atau tidak. Ia semuanya datang dari seorang pemimpin yang berfikiran kreatif dan mahu melihat kecantikan untuk membangunkan negerinya.

Walaupun Melaka sebuah negeri kecil, tapi hati orangnya waja. Syabas Melaka!

#######################

yang pernah belajar di melaka 2002-2005

-- microprocessor --

#######################

Malunye Aku! Masih Iklankan Mc D Pada Cermin Kereta

Aktivis Amerika Adakan Kempen Boikot Produk Israel

June 25, 2009
boikotmerah
Pada hari Sabtu, 20 Jun, kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Don’t Buy Into Apartheid-QUIT (Queers Undermining Israeli Terrorism) berkumpul di Trader Joe di Oakland dan San Francisco, Amerika Syarikat bagi menuntut pemberhentian syarikat-syarikat pasaraya dari menjual barangan Israel.
Aktivis mengeluarkan produk Israel dari rak jualan

Aktivis mengeluarkan produk Israel dari rak jualan

Para aktivis membuang produk buatan Israel dari rak-rak jualan sebagai satu protes dan isyarat keapda para pelanggan untuk tidak membeli produk Israel. Mereka juga bertemu dengan pengurus-pengurus kedai dan memohon agar mereka memaklumkan kepada ibu pejabat mereka bahawa mereka tidak lagi membekalkan produk-produk buatan Israel, seperti herba dan keju. Tindakan-tindakan serupa telah diadakan di Pittsburgh, Pennsylvania, Seattle, Washington, dan Sacramento, California. Aktivis tersebut telah mendapat inspirasi bagi mengadakan kempen tersebut setelah mengetahui pendekatan tersebut dilakukan oleh aktivis dari Wales dan Perancis.
Salah seorang pengurus yang bekerja di Trader Joe memberitahu aktivis-aktivis itu, “Jika anda meyakinkan pelanggan-pelanggan kami untuk berhenti membeli produk Israel, kita akan berhenti menjual kepada mereka.”
Kumpulan aktivis ini memberikan kupon-kupon untuk para pelanggan kepada petugas juruwang di situ agar mengagihkan kepada pelangan mereka untuk tidak membeli produk Israel. -
Menurut Sunaina Maira, Profesor Madya dari Asian American Studies at University of California-Davis, Israel merupakan antara Negara yang mengamalkan polisi penghapusan etnik dan dasar aparteid, dan masih meneruskan pelanggaran resolusi-resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga hari ini. Pemulauan produk mereka adalah satu strategi yang berkesan dan tidak ada unsur keganasan. Melalui pendekatan ini akan dapat memberi tekanan kepada mereka bagi mematuhi undang-undang antarabangsa.”
 
Bagaimana pula kita yang masih membiarkan diri kita, dan sanggup
memberi iklan percuma kepada Mc D, dan Coca cola di cermin kereta
yang jelas meruntun saudara kita di Palestin....
 
Malunya !! (ya mmg benar setiap org mempunyai persepsi dan pandangan yg tersendiri, its up to u to judge it)
Yg suka copy dan paste kat sini
Matpit

June 29, 2009

Aku adalah ahmeng =P

Salam, 1st of all nak ucap tahniah kat Matpit yg dah lepas tahap ke 2 ke jawatan PTD bagi lantikan tahun 2009 ni. Aku rasa bangga jugak la yg sedikit sebanyak dah ada tolong Matpit. Setakat ni pon 3 orang je yang msg dan call aku mintak tips pasal PAC ni maybe dapat no aky dari blog member yg amek posting aku tu. Ape2 pon ingat mcmni je la, dah buat yang terbaik+doa kpd Allah = ada rezeki, jadi la PTD okeh my pren? All da best to all future PTD! Pasal Fizi plak, awek yg dlm pic tu dah bertunang, harap maklum haji misai weiii!! kui3x... Salam ukhuwah, AROS

PTD assessment centre

Salam mesra semua...

Seperti yg hangpa semua sedia maklum, semalam aku telah pon berjayanya menjalani fasa kedua pengambilan sebagai PTD, iaitu PTD Assessment Centre (PAC). Yang mana telah diadakan Di Intan Wilayah Utara (Intura). 
Perjalanan aku semalam bermula seawal 6.15 pagi. Aku telah bertolak dari rumah. Disebab kan aku pon xtau kat mana Intura ni.. so akuxnak ambil risiko untuk sampai lewat. Apa boleh buat.. kena bertolak awal la... Berdasarkan map yg aku print dari google mapmalaysia. aku pon sampai diintura tepat jam 7 pagi. hanya 45minit perjalanan dari rumah td. Dan aku rasa aku orgketiga sampai. sebab ada 2 org dah sampai pukul6 pg. tgh lepak2 kat surau.. diaorg drivedari ipoh dan tapah. Tepat jam 8, sesi pendaftaran pon bermula.. dan aku dpt no 3 (no. Badan) disini semuanya hanya dikenali dgn No. badan ni saja.
Lepas tu g dengar taklimat sekit. Jam 10.30 pagi bermulalah sesi assessment yang pertama. iaituEnglish Group Discussion. Tajuk yang group aku dpt ialah (Healthy Lifestyle) so dgn tajuk ni... kami diberi masa 45minit untuk becakap, berdiskusi, menuarakan pendapat dan idea,dan apa saja.. Sekali lagi dgn tips yg rahim bg, dan juga kajian yg aku buat di internet (forum) aku cuba praktikkan yg terbaik dan termampu. Aku menjadi org pertama menyuara kan pendapat.. dan kemudianya terus disambung sambung hingga menjadi topik yg amat menarik utkdibincang kan. Mostly semuadlm group aku ni.. mmg participate dlm diskusi ini. Semua hebat2 belaka...
selepas tamat aktiviti pertama, aku bergegas ke bilik lain pula untuk aktiviti yang seterusnya yang dikategorikan sebagai "Hujah" ataupon dikalangan kita lebih dikenali sebgai debat ala parlimen. Tuan yg dipertua Dewan (Fasi dari intan) dah asingkan jd 2 group dan aku berada di barisan pembangkang yang mana terdiri dari pada (Adun Bkt gantang, Batu Gajah, Pmtg Pauh ahahaha) dan tajuk yang bahaskan ialah "Komuniti Cyber mengeratkan silaturahim". Dan tugas aku ialah sebagai pembangkang, dan perlula mebangkang tajuk td tu la... Pusingan pertama setiap YP perluberi hujah seorang 2 minitg jer (mmg x cukup) berdasarkan tajuk td. Di pusingan pertamani hanya hujah saja... x boleh lg nak bangkang2..so semuajust dengar dan mgkin ingat point2 pihak lawan utk bidas di pusingan kedua. Selapas tamat pusingan pertama, rehat 3.5 minit.. sambung dgn pusingann kedua... masa ni lah yg blehnampak mcm yg kita tengok dalam parlimen tu. Aku poncuba praktikkan yg terbaik.. mengukut panduan Rahim dan juga hasil kajian aku di internet. Hujah perlu lah bernas dan tegas, dan dalammasa yg sama perlu ada toleransi dan diplomasi disitu. Agakmenarik la aktiviti ini... yg dipertua dewan pon pak lawak jugak... dia kata mmg menarik dan byak intraksi dan hujah2 bernas.. 
Sidang dewankami tamat antara yg terawalla.. sebab lepas tu semua dah bleh pegilunch, dan aku tengok kat cafe baru group aku je sampaikat sana.. so mkn2 la... lepas tu raht..solat dan tukar baju sukan utk aktiviti fizikal.. pukul 2 dgn berpakaianriadah, berkumpul balik kat Hall, amik MCQ test dulu (sahsiah dan Minat) lepas tupukul 3.15 semua dah ada kat pdg Intura untuk aktiviti terakhir. Aku berkumpul dalam group aku, griup yg lain pula... dari 1st aktiviti 2d aktiviti mmg griup yang berbeza.. so dptkenal ramai lg kwan2 baru la... so 1st aktiviti ptg tu.. ialah membina Menara pemancar setinggi 10kaki. dgn menggunakan kertas dan talirafia (Gunting + salotape) disediakan. Lepas tu menari2 la plak ikut lagu yg dimainkan... kena main peranan kat sini.Lepas tu muladgn Jet Jump, star jump, pumping, sprint 20m ulang alik 3 kali.. dan aktiviti tamat teat jam 5 ptg. Bagi aku.. x la teruk sgt,dan pagi ni aku rasa segar..xdak sakit sana sakit sini.Mungkin aku telah persiapkan diri dgn tiap2 ptg aku pegi Gymkat motorola ni. Mgkin advantage sikit la masa aktiviti tu. Tp apa2 pon.. nampak je senang..tp mmg susah.. aku lagi prefer lari 2.4 KM. X la susah atau mencabar mcm ni huhuhu...
Lepas tuaku g bersihkan diri, ramai yg dah mulabergerak pulang.. aku g shower jap.. pastu g solat kat surai Intura.. mm dah tggal aku sorang time tu sebab ramai yg blah terus. dan jam 6 ptang aku gerak balik Penang. Pukul 7 sampai rumah..alhamdulilah selamat pegi dan pulang.
Aku dahbuat yang terbaik sepanjang aktiviti, follow tip2 rahim,tip2 dalanm forum.. dan byak lg.. kalu ada rezeki insyallah..akan ke stage 3 plak.. iaitu Interview...kalu xdak rezeki..sampai disini saja perjalanan aku menjadi PTD,perluala amik exam balik kalu nak teruskan.. start balik dari stage pertama.... MMg ramai yg excel semalam... ramai yang menonjol.. walaumcm mana pon aku dah buat yg terbaik dan termampu.. aku hanya berserah. Danbersyukur krana telah dikurniakan kesihatan yg baik,dan semangat utk jalani aktivitisemalam...
Itu saja laporan dari aku ahahahaha... 
Matpit

June 26, 2009

MASTIC-MIMOS for KRSTE.my

ahmeng.. huahua Aku... Member baru.. Kaki aku yg 'sexy' kakaka View pon ok la... Ade pool... Bilik dapat sorg satu... -Ahmeng-

June 25, 2009

Tips menghadapi Kehidupan...

  • Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
  • Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.
  • Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan,karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
  • Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan uang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.
  • Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
  • Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
  • Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
  • Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itupula.
  • Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.
  • Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan.Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
  • Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.
  • Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
  • Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
  • Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika da masih tetap peduli padanya.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.
  • Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.
  • Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
  • Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
  • Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.
  • Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.
  • Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum – jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.
  • Di copy paste oleh
    Matpit
    Yang suka share info, nak bg blog ni aktif semula.. huhuhuhu

    ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

    'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
    Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
    Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.
    1.     Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
    2.     Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
    3.     Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
    Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
    Di copy paste oleh
    Matpit
    Yang suka share info, nak bg blog ni aktif semula.. huhuhuhu

    Transformers 2 Revenge of the Fallen Official Movie Trailer

    June 24, 2009

    Mengapa Yahudi Bijak?

    Mengapa Yahudi Bijak?

    Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya?perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.?

    Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

    Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi?begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana??Seperti kilang pengeluaran?

    Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda?tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

    Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data?tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

    Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

    Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

    Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

    Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

    Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

    Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.

    Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

    Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan denganpelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

    Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

    Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

    Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)?jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan?anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,?barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

    Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,?beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi?konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,?menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih?anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

    Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada?tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak?rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti?Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi?pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

    Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja?Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau?asaprokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat?disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri??

    Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia??Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

    Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman?Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan?cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah?saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang?5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!?

    Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

    Dr. Stephen Carr Leon

    Matpit copy dari blog seseorang...

    June 23, 2009

    Michael Schumacher is The Stig

    Top Gear races ahead with Michael Schumacher as the Stig

    Top Gear has ‘revealed’ the identity of its mysterious Stig on the first episode of its new series.

    And who was beneath the mask of the white-suited Stig? None other than seven-times world champion Michael Schumacher.

    Schumacher appeared on the show to drive the Ferrari FXX, a track-only car based on the Ferrari Enzo which he was involved in developing.

    It’s likely that Schumacher only donned the Stig’s disguise as a one-off, and the speculation about who he really is will continue. The first, black-costumed Stig was former Andrea Moda F1 driver Perry McCarthy. The current (white) Stig is believed to be played by several people.

    After years of suffering through Schumacher’s grindingly tedious press conference appearances it was great to see him in an environment where he showed a bit of personality. He even got a few laughs - Clarkson asked him “who was rubbish?” of his former F1 rivals to which Schumacher replied: “Ah, you know, my English isn’t so good…”

    Clarkson, of course, got a couple of jabs in, adding later: “You have a desire to win - like when I’m playing chess with my son and when he’s not looking I nick his queen. Well, it is the same as running into Damon…”

    Sadly, Schumacher wasn’t available to set a lap in the ‘Reasonably-priced Car’, which might have allowed some comparison with other F1 drivers to have taken on the challenge, such as Lewis Hamilton, Jenson Button, Damon Hill, Nigel Mansell and Mark Webber.

    But it’s great to see Schumacher in his retirement is game for a laugh.

    Apa itu GOJI ?

    GOJI?

    Sg Chua Kajang , Selangor 14 April, 2009Pernahkah anda mendengar perkataan Goji? Walaupun bunyinya asing, tetapi ramai rakyat malaysia telah meminumnya. Semuanya atas dasar, makanan kesihatan.Tetapi, tengahari tadi, segala-galanya terbongkar, apabila kilang memprosesnya, di Sg Chua Kajang diserbu. Turut diserbu, syarikat pengedarnya di Jalan Kuchai Lama, dan berpuluh ribu paket Goji, siap untuk diagihkan kepada pengedar jualan langsungnya, dirampas.------------------------------------------------------ Kebenaran itu biasanya amat berat untuk diterima atau ditelan lebih-lebih lagi setelah kepercayaan diletakkan akan sesuatu perkara/hal.
    Inilah yang berlaku ketika saya menerima maklumat mengenai serbuan ini.
    Goji?
    Kira-kira 6 bulan lalu, saya pernah dipaksa untuk membeli produk yang didakwa produk kesihatan ini oleh seorang rakan. Terbang RM15 untuk tiga paket semata-mata untuk ambik hati. Dan sehingga sekarang, ketiga-tiga paket itu masih ada dalam simpanan saya tanpa langsung ada keinginan dari saya untuk mencuba.. Sebenarnya, saya akan merasa amat bersalah jika perkara ini tidak saya dedahkan di sini, dan sia-sialah peranan yang telah diamanahkan kepada saya selama ini. Saya telah mengkuti kira-kira 30 serbuan Bahagian Farmasi Kementerian kesihatan sejak 5 tahun lalu.Macam-macam penemuan yang tidak dijangka, memeranjatkan, malah tidak terfikir oleh akal fikiran ini. Dan berani saya katakan, kes sebelum ini, semuanya bermotifkan keuntungan atas angin dan tamak serta penipuan yang amat terancang serta sistematik. Saya adalah wartawan yang samasekali tidak akan memutar belitkan apa jua situasi dan berpandukan fakta dan apa yang berlaku. Bagi yang tidak memahami tugas pihak lain, ingin saya anda mengetahui, sesuatu serbuan hanya akan dilakukan setelah mendapat bukti yang mencukupi supaya sebarang cabaran di mahkamah akan dapat ditepis dan dikemukakan bukti jelas, nyata dan terang. Kementerian Kesihatan akan melakukan beberapa siri ujikaji di makmal. Bukan sekali dan bukan satu dua sampel, tetapi banyak kali dan membabitkan banyak sampel dan setelah terbukti, ianya melakukan kesalahan, maka tindakan akan dilakukan iaitu serbuan. Dalam kes ini, hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra. Saya boleh memilih untuk tidak pergi dalam serbuan ini dan mendiamkan diri, kerana saya merupakan satu-satunya wartawan membuat liputan serbuan ini. Dan serbuan akan hanya tinggal serbuan tanpa pendedahan kerana anggota penguatkuasa bukan wartawan dan mereka menjalankan tugas yang diamanahkan. Serbuan dilakukan serentak di beberapa lokasi seluruh negara membabitkan pengilang, pengedar barangan ini. Dan memang benar, kilang membuat, memproses dan membungkus Goji ini terletak di Sg Chua Kajang di mana tiada siapa mengetahui, ia mempunyai dua buah kilang – berlesen dan haram. Ia terletak di dalam bangunan di antara deretan bengkel kereta, barangan hardware, welding dan macam-macam yang tiada kaitan dengan produk makanan. Semuanya tertutup dari luar tanpa ada sebarang papantanda.  Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan diketuai Timbalan Pengarahnya, Hj Wan Hamid Wan Ibrahim bersama 25 pegawai dan anggota. Dua buah kilang diserbu, dan kedua-duanya mempunyai kaitan dan mengeluarkan produk Goji yang sama, label yang sama, kandungan yang sama dan untuk syarikat yang sama. Yang membezakannya, sebuah adalah kilang berlesen, manakala sebuah lagi yang hanya terletak di blok belakang kilang berlesen, adalah kilang haram , tidak berlesen.. Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai warga India yang berada di dalam ‘makmal’ sedang sibuk membuat campuran adunan untuk Goji tersebut. Lagak umpama saintis, kedua-duanya kemudian melarikan diri menyedari tempat mereka diserbu. Apa yang dapat ditemui di dalam kilang utama, hanyalah beberapa pekerja wanita warga Indonesia yang nampaknya langsung tidak menghiraukan kehadiran anggota penguatkuasa, malah dengan selamba menjawab, paspot ada pada ‘bos’. Hasil pemeriksaan di kilang utama, ditemui berpuluh ribu bungkusan (sachet) Goji yang telah dibubuh ke dalam kotak siap untuk dihantar kepada pengedar utama di Kuchai Lama. Pelbagai barangan berupa tepung/bahan yang telah dihancurkan ditemui berwarna kelabu dan putih. Begitu juga di kilang haram yang terletak di blok belakang. Kerja-kerja mengisar dan mencurahkan serbuk yang telah menjadi ‘Goji’, dicurahkan ke dalam bekas palstik dan siap untuk dibungkus menggunakan mesin. Dan, seperti dijangka, satu bungkusan putih dipercayai ‘sildenafil’ ditemui di dalam kilang haram di belakang kilang utama itu yang dipercayai menjadi bahan campuran di dalam ‘Goji’ yang diproses. Penggunaan ‘sildenafil’ tanpa perskrepsi doktor boleh menurunkan tekanan darah dan boleh membawa kesan serius seperti serangan jantung yang mampu membawa maut. Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan tertahan. ‘Sildenafil’ hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan perskripsi doktor dan dengan dos tertentu. Penggunaan mencampurkannya di dalam bahan makanan adalah dilarang kerana risiko dan kesan sampingan akibat dari memakannya. Pemeriksaan keseluruhan di kedua-dua kilang menemui : - kira-kira 60 ribu paket ;Goji’ yang telah siap dibungkus. -10 buah tong plastik seberat kira-kira 25 kilogram setiap satu penuh berisi serbuk ‘Goji’ yang belum dibungkus. -Berpuluh ribu label bungkusan dan kotak kosong mempunyai label ‘Goji’ terbabit. - Beberapa mesin memproses dan membungkus ‘Goji’. Dan, ‘Goji’ yang dirampas, adalah sama seperti ‘Goji’ yang dipaksa beli dari rakan tempohari. Di masa yang sama, serbuan di pusat pengedaran di Kuchai Lama, turut merampas kira-kira 30 ribu paket ‘Goji’ yang telah siap dibungkus. Keseluruhan rampasan, bernilai dianggarkan kira-kira setengah juta ringgit. Hasil pemerhatian mendapati, bungkusan ‘Goji’ terbabit tidak menggunakan logo halal yang dikeluarkan dari negara ini, tetapi dipercayai oleh pihak lain di luar Malaysia. Manakala sebagai barangan kesihatan, tiada nombor kelulusan KKLIUM pada bungkusan. Dan pemerhatian juga mendapati, 'Goji' terbabit sebenarnya diproses dan dibungkus di kilang ini dan bukannya diproses di luar negara.

    Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?

    Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan? "Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha. Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas. Di Barat,undang- undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar? Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan: "Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim). Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman,mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar. Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan. Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP). Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar,jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan,menurut penyelidikan itu. Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah BP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan."