RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

October 29, 2009

Perpindahan RancakDisitu -- RancakDiSitu migration

Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.


Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html

****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.


Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.


Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:


http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


#################################################
yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com
the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com
-- microprocessor --
#################################################

October 27, 2009

Rakyat Malaysia tak suka membaca

dulu, aku selalu naik bas awam, pastu, aku naik LRT/Komuter. kena tgu bas, kena tgu LRT, kena tgu komuter.

untuk ke pulau langkawi, aku naik feri. nak ke pulau pinang melalui butterworth pun, aku naik feri. so kena tgu feri. kalo ramai, lama la kena tgu.

kadang2, aku menunggu giliran di hospital atau klinik. tgu dan tgu.

apa yang aku perhatikan, rakyat Malaysia suka menunggu dengan tak buat apa2. cuma tunggu dan trus menunggu. dan menunggu lagi, dan menunggu lagi, smpai penungguan tu berakhir, tanpa buat apa2. semua cam tunggu. dan trus tunggu. dan tunggu lagi. tunggu dan tunggu.

sebab apa takmo baca surat khabar time tu? sebab apa takmo baca magazine time tu? sebab apa takmo tambah ilmu time tu? lepas tu komplen kat TV3 lama sangat menunggu. kan elok kalo masa tu diisi untuk membaca. baca la magazine ke, surat khabar ke, rencana, artikel, nak canggih lagi, bawa netbook dengan connection internet (aku akan buat 1 hari nnt).

abih tu, kagum, dengan bangsa lain yang dah ke bulan, bintang, marikh, keliling bulan. depa tu banyak membaca dan mengkaji, tu sebab bleh buat semua tu.

ayat al-quran pertama yang turun pun -- Iqra' -- bacalah! baca la wahai rakyat Malaysia, agar ilmu penuh di dada. bukan buat apa pun, hanya menunggu LRT/Komuter/Bas atau giliran untuk masuk jumpa doctor.

#########################
yang sentiasa amat suka membaca
-- microprocessor --
#########################

October 26, 2009

Proton Factory - Discovery Channel

Aneka panduan teks pengacara majlis

Pengenalan

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.

Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut: (a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda

(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda

(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku

(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan

(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku

(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan

(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan

(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan

(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah

(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan

(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu

(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku

(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku

(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan

(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah

(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan

(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan

(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama

(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat

(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia

(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat

(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia

(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat

(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia

(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat

(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia

(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia

(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia

(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia

(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat

(m) Raja/Tengku - Yang Mulia

(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia

(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia

(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia

(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif

(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia

(s) Hakim Besar - Yang Arif

(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia

(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif

(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia

(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia

(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia

(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri -

Yang Berbahagia

(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Pantang Larang

Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my. Dikongsi Bersama oleh Matpit a.k.a Hero RancakDisitu

October 25, 2009

Jalan- Jalan Cari Masjid.

Aku ngan fizi pi jalan-jalan cari masjid, bukan apa nak mengimarah kan masjid-masjid yang ada di sini.. huhu nie antara yang aku nak kongsi kan... (fizi pi nak bina masjid) hehe.. jgn marah fizi naa..

Masjid Shah Alam

Kami singgah kat masjid Shah Alam, pastu kami singgah kat masjid besi, Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya...

Masjid Sultan Zainal Abidin.

Aku dan sebuah DSLR camera

Salam semua…untuk pengetahuan semua… Pada pertengahan bulan Ramadhan yg mulia yang lalu.. aku telah memiliki sebuah camera DSLR (Sila google maksudnya) jenama Nikon. Agak lewat aku memiliki sebuah DSLR kerana.. pada asalnya aku ingin membeli model Nikon D60.. Kemudian aku dpt tahun yg D60 akan discontinue dan digantikan dgn model yang baru… punyala lama aku tggu… lebih 2 bulan jgak la, akhirnya model yang dinantikan keluar juga dipasaran pada bulan puasa.. iaitu model Nikon D3000, sebuah entry level model. Model ini adalah replacement kepada D60, dan model ini adalah yg mempunyai spesifikasi yang paling rendah dlm keluarga DSLR Nikon. Dgn harga RM1900 aku telah memilikinya + 4gb memory + sling bag Nikon + Screen Protector.

Beginilah rupa bentuk cameraku click sini

Sebagai seorang amatur lagi beginner.. specifikasi camera ini sudah amat baik bagi aku yg masih lagi terkial2 mengendalikan senjata baru ku ini.

Sekarang aku dlm process blajar tembak menembak dgn DSLRku.. untuk menajamkan lagi skill fotography aku. Bukan lah untuk tujuan business ataupon menjadi seorang pro. Cukuplah aku pandai mengambil gambar cantik2 keluarga ku, insan tersayang, permandangan dan mcm2 lagi ciptaan yg Maha esa. Skg masih lagi belajar.. dan akan terus belajar.. bnyak lg equipment yg kena tambah.. xpa.. pelan2 kayuh la…

p/s: aku berminat nak try amik gambar potrait.. tp xdak model la... sapa nak jd model...

Buat masa sekarang ni.. hasil photography aku masih lagi kurang memuaskan kan, mungkin aku tidak emmpunyai Mata dan kreativiti mcm Nizam. Dan yg paling nyata aku tidak mempunyai hidung mcm nizam ahahahah… Gurau jer… kalu nak lihat hasil photography aku.. bolehla jengok2 kat sini http://www.flickr.com/photos/zulhafiz

Dan aku akan upload la kalu ada masa… dan aku akan update lagi kat blog ni

Aku pon baru balik dari outing sorang2 ambil gambar kat area town, kebetulan ada kempen berbasikal bersama CM kat esplanade td.. sila lihat beberapa gambar dibawah… hasil outing dan berpanas pagi td…

Jubilee Clock Tower 6
Jubilee Clock Tower
Jubilee Clock Tower 1
Jubilee Clock Tower
Penang City Hall 11
Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang "City Hall"
Penang City Hall 9
Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang "City Hall"
Kapitan Kling Mosque 6
Masjid Kapitan Kling
Kapitan Kling Mosque 5
Masjid Kapitan Kling
Ride with CM 2
Di garisan penamat "Ride with CM, kempen lorong basikal"
Ride with CM 9
Di garisan penamat "Ride with CM, kempen lorong basikal"
---------------------------------------------------------------------------------------------

Mlm td pon aku pegi area Pdg Kota jgak.. dengan tujuan untuk taja,kan skill amik photo mlm2, kebetulan jugak.. ada konsert deepavali ahahaha.. semuanya secara kebetulan. Sempat jgak la aku amik gambar sikit2.

Penang City Hall 6
City Hall waktu malam
Penang City Hall 4
City Hall waktu malam
Konsert Deepavali 7
Konsert Deepavali, di Padang Kota
Konsert Deepavali 9
Konsert Deepavali, di Padang Kota
----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku rasa setakat ini dulu update aku pada hari ini.. dan inilah aktiviti aku weekend ni, kalu ada masa lg.. aku keluar pergi tembak lagi.. masih bnyak lagi tempat menarik kat Penang ni…apa2 yg baru aku update kat sini.. By the way.. aku amat mengharap kan comment dan kritikan dari kalian semua…

Salam hujung mggu… zazzzz….

Oleh

Matpit a.k.a Hero RancakDiSitu

October 24, 2009

Jam hampir 10.30 malam... apa yg kamu selalu lakukan pada jam ini?

October 23, 2009

Saya ahmeng

saya yang suke posing =)~ meoww =3

Kisah madu 4 yang tinggal serumah!

sungguh bahagia mereka ni... kekekeke

Kedai ubat-ubatan di INDIA

cmne nak tau dah expired ke x eh?? main telan je kot. muehehe

Nak skodeng?

Jadi mcm ni... muehehe

October 22, 2009

Telur tu

Authors

adding new authors to rancak di situ.. please accept your invitation. 



Cobaan..

Testing 1..2..3

Tadi :
10.30am kat bilik server dengan org oracle. database problem
11.00am tak settle2 lagi problem server mastic
11.30am diorg programming ape ntah aku dok tgk je smpai mate dah berair2 tahan ngantok
12.00noon tak settle lagi masalah
12.30pm ade la harapan sket tgk application dah leh connect ke server database
1.00pm naik atas lunch suh mmber tapau sebab xsempat follow
1.30pm baru nak lunch
2.00pm nak zohor

sambung balik ke bilik serber jap g

yang kembali,

ahmeng

Motivation Video: If you’ve never failed, you’ve never lived



#######################
yang kadang-kadang fail
-- microprocessor --
#######################

October 21, 2009

Bank Negara Malaysia

Assalamualaikum WBT..

Pernahkah anda terfikir, apakah haiwan disebalik logo BNM??


Cuba lihat, haiwan apakah ini?


Pharoah Hound




Pharoah Hound (buat carian Google Imej: Pharoah Hound +Pyramid, Rusa dan Logo Bank Negara).

Adakah kita dijajah Yahudi Laknat? Mari kita lihat undang-undang di bawah:

Akta Bank Negara Malaysia 1958

Section 6. (1) The authorized capital of the Bank shall be two hundred million ringgit.

Section 6. (2) Twenty million ringgit of the authorized capital shall be subscribed and paid up by the Government on the establishment of the Bank.

Berdasarkan undang-undang di atas, fakta didedahkan ialah:

(a) Bank Negara bukan badan kerajaan dan adalah syarikat persendirian kerana mempunyai saham sama seperti syarikat persendirian.

(b) Kerajaan menjadi pemegang saham miniroti (10%). Pemegang saham majoriti (90%) tidak dinyatakan (dirahsiakan) . Rahsia dikuatkan dengan undang-undang rahsia (secrecy) ke atas segala aktiviti Bank Negara Malaysia.

(c) Bank Negara badan bukan kerajaan kerana kerajaan pemegang saham minoriti dan tidak pemilikan saham melebihi 51%.

(d) Bank Negara juga bukan badan kerajaan kerana kerajaan berhutang dengan Bank Negara. Apakah terjadi sekiranya kerajaan gagal bayar? Adakah ianya bermaksud kerajaan membankrupkan kerajaan sendiri?

(e) Ekonomi dan nasib negara diletakkan dibawah kekuasaan pemegang saham majoriti tidak kita ketahui. Pemegang saham majoriti ini menentukan jumlah wang dalam aliran ekonomi (demand and supply, dan melalui kuasa menetapkan kadar BLR atau selainnya), dan menentukan setiap perkara kewangan negara kita.

Terdapat pelbagai peruntukan di dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang membuktikan Bank Negara Malaysia adalah bukan badan kerajaan, termasuklah peruntukan menyatakan perkara mengenai Bretton Wood Agreement dan peranan Bank Negara sebagai agen kepada International Monetary Funds.

Ini selanjutnya disokong lambang Bank Negara yang kononnya difahamkan sebagai gambar rusa.

Persoalannya ialah adakah mana-mana rusa berekor panjang? Binatang dengan bentuk yang seperti rusa dalam logo Bank Negara tetapi mempunyai ekor yang panjang adalah anjing di sisi patung mesir purba yang dikenali sebagai Pharoah Hound (buat carian Google Imej: Pharoah Hound +Pyramid, Rusa dan Logo Bank Negara).





Hantarkan pertanyaan anda kepada BNM untuk pengesahan lebih lanjut..
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Fax: 03-26987467
E-mail: upkinfo@bnm. gov.my
UPK juga boleh dihubungi di talian-talian berikut:
Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143
Harap maklum.
Suriyati Hussin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Email : bnmtelelink@ bnm.gov.my

Tech Magic - Formula 1



###############################
yang kagum dengan teknologi F1
-- microprcessor --
###############################

Bersabarlah ketika mengisi minyak kereta anda..




Nasib baik la..crew pit pasukan lain tolong cabutkan.... kalu tak... tggu lama lg la kat situ...


Gila.. mcm kes hang ja wan... Wan bg tau aku... dia isi minyakkat Subang last week.. ada satu org isi minyak... pastu terus jalan.. sampai tercabut host minyak kat stesen minyak tu.. dan driver bwak sekali gagang minyak tu ahahahha... sebijik mcm F1 ni...

Wan plak dah cuak gila takut stesen minyak Meletup.. (Wan ckp kaludlm mpvie dia akan meletuP) ahahaha

October 20, 2009

Investment Negara

Memang bila ada ja projek mega nak buat, semua kata membazir. tapi meh kita tgk sedikit "pembaziran ini"

1) Projek PETRONAS tower yang menelan kos RM 1.2 Billion skang ni PETRONAS tower dah dinilai pada lebih dari RM4 billion.

2) Sponsor PETRONAS ke arah Formula 1 -- skang ni PETRONAS dapat branding 1 dunia, orang luar kenal produk PETRONAS. Air Asia pun dah sponsor Formula 1, team William F1.

3) Penang Bridge -- dulu punya bising masa nak baut Penang bridge, skang apa jadi? nak kena lebarkan (dah siap dah) dan mintak 1 lagi bridge! (akan siap lagi 3-4 tahun).

4) Putrajaya -- dulu kecoh kata pembaziran duit rakyat. -- skang ni? Kalo ofis2 kerajaan still kat KL, tak ke sesak dengan trafik? skang ni, sapa yang terhegeh2 nak tadbir Malaysia dari Putrajaya? hahahahaha (donia donia~~)

Semua ni adalah visi yang jauh, pandangan yang maju ke depan

##########################
yang sentiasa pandang ke hadapan
-- microprocessor --
##########################

Touch and Go

Touch and Go - satu kemudahan yang disediakan oleh untuk rakyat Malaysia untuk menggunakan di lebuhraya, bas (rapid KL n rapid Penang), LRT, monorel, KL Transit, masuk ke theme park.

Sejarah Touch and go

lebih kurang 13 tahun lepas, PLUS tag diperkenalkan di Batu Tiga, Shah Alam. Family aku antara yang terawal menggunakan teknologi pembayaran tol tanpa tunai. macam mana PLUS Tag function? korang google sendiri. malas aku nak explain detail. pastu, datang plak Smart Tag, sebab? orang kata nak beli PLUS Tag mahal sangat, smpai almost RM150.00. So, pihak PLUS memperkenalkan Touch n Go card, hanya RM10.00 ja.

oleh sebab nak intergrate kad Touch and Go dengan PLUS Tag, pihak PLUS keluarkan sistem Smart Tag, yang mana device ni boleh slot in kad Touch and Go. Lepas tu, no more PLUS Tag.

Kemudian, Smart tag peluaskan kegunaan ke Bas, LRT, Komuter, dan Theme Park untuk memudahkan pembayaran. Namun, untuk lebuhraya yang berlainan konsesinya, Smart Tag/PLUS Tag tak bleh digunakan. Shapadu Highway, ada Tag tersendiri. ini menyebakan kesukaran untuk warga KL, sebab 1 Kad, untuk setiap Highway. oleh sebab itu, Rangkaian Segar (company yang buat Touch n Go) propose untuk 1 kad, untuk semua highway kat Malaysia. kan memudahkan rakyat Malaysia?


TAPI!!! YANG MAHA PELIKNYA, KENAPA RAKYAT MALAYSIA MASIH SANGGUP BERATUR UNTUK BAYAR TOL????????

aku pengguna highway yang tetap. Lebuhraya Utara Selatan, Penang Bridge. Setiap kali aku lalu Highway2 ni, aku akan tertanya2 "sebab apa la diorang ni takmo guna teknologi yang makin canggih?" kan susah nak kena beratur, nak tunggu2, nak kena bagi duit, nak kena tgu change.

mungkin sebab nak amik resit, sebab nak claim kat company, tapi semua rekod2 transaksi touch n go, bleh ja amik kat web page touch n go! pelik, amat sungguh maha pelik!

Kalo guna touch and go kat penang bridge, bayar RM5.40 ja untuk kereta n motor hanya RM1.12, dah 20% off. (Sebelum DAP amik alih, sapa2 beli touch n go kat Penang Bridge dapat 20% off, skang ni tak dpt dah, tula ,sapa suruh undi DAP? -- padan muka korang)

Pastu tak payah beratur, lalu ja. Topup kat ATM pun bleh. skang ni aku tgu Kemeterian Kerja Raya untuk segerakan projek Multi Lane Free Flow (MLFF) http://en.wikipedia.org/wiki/Multi_Lane_Free_Flow http://www.touchngo.com.my/MLFF_faqs.html . Ini pun aku rasa orang hanya 5% ja pengguna lebuh raya nak guna.

mungkin nak beli device tu mahal, tapi berbaloi ke nak dok beratur tiap2 hari masuk bridge? berbaloi ke nak bayar RM7.00 padahal bleh dapat RM5.40? save 20%.

Aku terlalu amat pelik setiap kali aku nak bayar tol. Sebab apa korang takmo pakai teknologi yang canggih untuk bayar tol?????

####################################
yang takkan masuk lebuhraya tanpa Smart Tag
-- microprocessor --
###################################

Formula 1: Team work!



#############################
yang sentiasa ber'team work'
-- microprocessor --
#############################

October 14, 2009

MOTOROLA PENANG WON THE MINISTER OF HUMAN RESOURCES AWARD

Dear Employees

MOTOROLA PENANG WON THE MINISTER OF HUMAN RESOURCES AWARD

I am pleased to announce that Motorola Penang won The Minister of Human Resources Award for Big Employers (Manufacturing) Category. The award & certificate was presented by the Minister of Human Resources, Datuk S. Subramaniam during the National HR Conference by Human Resource Development Council (HRDC)/ Ministry of Human Resource held at Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC), Petaling Jaya on 13th October 2009.

The Human Resources Development Awards were presented to employers who have made significant contributions and achievements in the field of human resources development.

Awards evaluation were based on performance in the human resources development undertaken by employers throughout the year 2009, especially from the aspects of:



* Top management commitment

* HRD policy and system

* Continuous training and education for employees

* Training impacts on company's objectives/ goals

* Corporate social responsibility


I would like to take this opportunity to thank Penang Leadership team, the HR team especially Ruzi and her team and all Motorolans who directly or indirectly participate in the documentation preparation and audit.Your hard work and commitment have not gone unnoticed.



Congratulations and thank you!


Regards,
Puteri Nor Hamidar,
Country HR Director,
Malaysia

Thaipusam di Thailand yang Ganas




Oleh - yg masih lagi waras... dan x akan sekali2 buat kerja gila dan dilarang agama ini...... Masya.. rakat...

Plan untuk renovate tandas anda? disini ada beberapa pilihan

 


oleh... yg selalu berak pagi2.... (Sihat tu....)

October 13, 2009

Majlis pertunangan ku - Matpit

Alhamdulillah...semua nya berjalan lancar, Pada sabtu lepas.. seperti mana yang anda semua ketahui.. telah berlansungnya majlis pertunangan aku di rumah Abid, di Jeram, Kuala Selangor. Rombongan keluargaaku bertolak dari taiping. Semua berkumpul di rumah parent ku di Simpang, taiping. Pada pagi itu.. kami adakan majlis ringkas doa selamat semoga perjalanan dan niat baik ini di berkati Allag SWT.

Setelah semuanya selesai, tepat jam 8.40 kami bertolak dgn 4 buah kereta. 9.35 pagi kami sampai di RnR Tapah.. Tggu maklang aku dan anaknya... Dan pukul 10.15 pagi kami meneruskan perjalanan... dalam pkul 10.45 pagi kami singgah lagi di RnR ulu bernam.. menanti seorang lagi saudara ku dari Malim Nawar. Dia lewat sebab ada urusan sket. pukul 11.15 continue balik perjalanan.. dan alhamdulillah pkul 12.40 tgh hari kami sampai di Masjid Jeram.. saudara aku dari KL sedia menanti di sana. Lepas Solat Zohor Kami pon berangkat kerumah keluarga Abid....

Majlis Merisik dan meminang pon berlansung, Pak Teh aku mewakili keluarga ku mengetuai majlis ini... Aku bawa bersama 2 bentuk cincin.. satu untuk risik satu untuk meminang... di sebabkan jarak yg jauh,..Merisik dan meminang kami rancang untuk diadakan pada waktu yg sama...memudah kan dua2 belah pihak.. Aku lepak kat rumah pakcik abid.. sambil layan tengok TV.... Alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik... tiada sebarang kesulitan. Lepas tu makan tgh hari.. amik gambar sket2... pastu blk.. aku lepak rumah sepupu aku kat Subang.. lepas maghrib kami bertolak Balik semua ke taiping....

Sekian serba sedikit kisah yang dpt aku simpul kan ahahahha.... terima kasih kepada semua yang wish.. doa anda juga mengiringi kami pada hari itu.
















Sekian dari - Matpit (Mohd Zulhafiz Temizi)