RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

August 26, 2009

Kadar Zakat Fitrah 1430H/2009M

Zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan):

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7 Terengganu – RM5, RM7 dan RM8 Johor – RM5 dan RM7.50 Sabah – RM6.60 Negeri Sembilan – RM6.50 Melaka – RM6.30 Sarawak dan Perlis – RM6

Sumber : BERNAMA

* zakat fitrah Kelantan 2008 ( 1429H) - RM 7.60

Kalau boleh, bayarlah awal supaya dapat disampaikan lebih awal kepada asnaf zakat. Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan dan sunat membayarnya selepas fajar Aidilfitri hingga waktu solat hari raya, tetapi makruh membayarnya selepas solat terbabit dan ia tidak dikira zakat, sebaliknya sedekah, seterusnya jatuh haram membayarnya apabila berakhirnya satu Syawal.

Kita boleh ditunaikan zakat di kawasan kita mencari rezeki, tetapi tiada masalah kalau nak bayar di kampung tetapi janganlah ke tempat lebih murah dengan alasan berjimat, seolah-olah ada unsur berkira atau bakhil di dalam diri kita.

Lebih elok kalau baki wang beberapa puluh sen itu disumbangkan terus kepada amil atau masjid, boleh diniatkan sedekah.

Zakat ditunaikan ialah dengan niat dan ikrar berzakat, sama ada untuk diri sendiri dan orang bawah tanggungan atau sebagai wakil yang mewakili mana² pihak.

Berjabat tangan ketika ikrar itu adalah adab dan tertibnya saja.

Macam mana dengan membayar zakat secara internet banking/online?

Bayaran zakat online ini menepati syarat² yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat kerana setiap pembayar zakat semestinya menyertakan niat untuk membayar zakat sewaktu menekan butang komputer yang menunjukkan bahawa ia bersetuju untuk membayar zakat.

Ketiadaan lafaz niat tersebut tidaklah memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran tersebut kenana ittifaq ulama’ menyatakan bahawa niat itu letaknya di hati. Ketiadaan lafaz aqad dari pembayar juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran zakat tersebut kerana aqad di dalam pembayaran zakat adalah perkara sunat sahaja.

Bayar zakat fitrah secara sms > Klik http://www.e-zakat.com.my

– Pendapat Mufti Pulau Pinang dan Mufti Selangor mengenai membayar zakat secara sms.

Penentuan kadar zakat fitrah :

a) Harga zakat fitrah bagi negeri² di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60kg.

b) Harga zakat fitrah bagi Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.60kg.

########################

yang sentiasa membayar zakat

-- microprocessor --

########################

0 Comments: