RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

March 12, 2009

Sepintas lalu di peringkat akhir temuduga Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Salam, Lama xbersua, aku agak membizikan diri disamping memuhasabah diri setelah selamat menghadiri temuduga akhir di Putrajaya on 4.3.2009 lepas as Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gredm41. Secara ringkasnya, aku huraikan suasana temuduga pd hari tersebut. Jam: 8 pg (aku calon no.8 so masuk bilik temuduga pukul 12.30tghari! Dekat 4 jam aku tunggu!) Bil. Bilik: 10 buah bilik (A-J, 1 bilkik ada 2 panel utk 10 calon interview) Tempat: Dewan Temuduga, Blok C7, Bangunan SPA, Putrajaya Anggaran calon PTD pd hari tersebut: 70 orang Panel temuduga (aku): Bilik H, Y.Bhg Datuk Ahmad bin Said (Timbalan Pengerusi SPA!- ckp in malay), dan Y.Bhg Tuan Ayouf (Ketua Pengarah di Wisma Putra, Kementerian Luar- ckp in english). Kesimpulan yang aku dapat huraikan: Aku terasa amat2 down pd hari tersebut! Huwaaa! Same feeling as i attended the interview session with Shell last year! Coz? Meh aku senaraikan: 1) Aku masuk je dewan menunggu yang besar tu aku tgk ramai gile calon2 yang mcm hebat2. Nampak je calon pakai kot, confirm tu calon PTD. 2) Aku malas baca nota dlm dewan tu walaupun aku selit nota kat poket baju aku. Tibe2 cm xde mood nak baca2 nota, so aku borak2 ngn sorang mamat kat sebelah aku. Fyi, on that day aku tgk seimbang calon lelaki dan perempuan yang dtg. So mamat sebelah aku ni yg according to him, dia Timbalan Pendakwa Raya at Jabatan Peguam Negara. God! Anak mata aku nampak dlm resume dia ada Master of Law! Tibe2 aku jd cuak. Rasa diri ni besar semut. 3)Mostly, calon2 yang aku berborak, petah gila bercakap. Aku ingat aku ngan Afdzal je skema kalo cakap, rupe2nye ramai lagi geng kita Afdzal wei! 4)Sebelum semua calon2 bilik H masuk bilik inetrview kami dipanggil taklimat oleh Y.Bhg Datuk. Mula 2 aku xkenal dia, tapi bila da masuk je, Damn!!! Aku kenal plak Datuk Ahmad bin Said ni. Nak tau cmne aku kenal? Baca kat bwh nanti... Huahuahua.. 5) Aku jumpa senior UTP tapi aku lupa nama dia plak. She's our senior. 1st batch UTPian dan currently keje as Engineer di JB. Lagi la cuak perut aku, aku hengat aku sorang UTPian, rupenye ade sorg lagi! Hukhuk.. Fyi, according to maklumat yg aku dpt tau, calon2 dari universiti yg berprestij dan ternama as our beloved U ada harapan cerah lagi sket instead calon2 dr universiti lain. Sebab tu aku risau, ramai sgt competitor! Ahaha.. 6) Bila dlm blk interview, aku ingat sama mcm interview2 yg aku penah attend, tapi..... korg baca kat bwh nanti! Huahuha.. 6) Byk lagi sebab aku nak kecut perut, tapi aku malas nak taip. Huhuh.. As a conclusion, aku cite sket hape jadi dlm bilik tu setelah no. bertuah aku 0808 bilik H dipanggil kira2 pukul 1230tghari. So, aku ketuk pintu. Assalammualaikum Datuk, Tuan (sambil memberikan senyuman yang paling hensem aku kat dua2 panel interview aku dan merenung anak mata depa sambil menganggukkan kepala sket tatkala bersalaman.) Aku masuk penuh tertib+senyum xabes2 cam kerang busuk pastu terus aku salam kedua2 panel interview kat luar. Aku tanya dulu, Apa khabar Datuk, Tuan? (sambil senyum lagi). Mereka jwb Alhamdulillah sihat (hahaha amek tips from jobs hunting strategies kat UTP! seblm depa interview kita, baik kita interview depa dlu!) dan aku terus memberikan fail2 berisi sijil2, degree holder, resume dan beberapa dokumen penting yg telah disediakan oleh SPA semasa mendaftar pukul 8 td. Tiba2: Tuan Ayouf: Sejuk tgn Encik Rahim? (sambil mengurut2 misai putihnya yang tebal! seyes!) Calon PTD: agak kuat aircond di luar tadi encik (sambil memberikan senyuman yang paling hensemnya) Aku meminta izin utk duduk dan setelah diberi kebenaran, aku duduk kat kerusi. (suasana dlm bilik interview ada 1 kerusi utk calon dand 2 buah meja+kerusi utk panel dan sebuah laptop. Bilik agak sederhana besar sesuai utk interview session.) Keadaan berlangsung lagi... Datuk Ahmad: Encik Rahim pernah hadir temuduga dgn saya ke sblm ni? Calon PTD: (soalan yang aku dah jangka!) Pernah Datuk, bulan 12 lepas di sini Datuk. Datuk Ahmad: Jwtan apa tu? Calon PTD: Penolong Pegawai Pendaftaran Gred s27 Datuk. Datuk Ahmad: Yg tu pon kamu xlepas ni mcmana pulak nak pg tahap paling tinggi ni huh? (saje psiko kot) Calon PTD: Betul Datuk, ia agak mengecewakan sy juga kjetika itu, tetapi sy percaya yg rezeki sy belum smpai dan percaya rezeki ada di mana2. Tetapi Datuk juga yg mengatakan agak rugi sy mempunyai ijazah dan diploma yang cemerlang nak pegi kerja buat i/c org awam. (Psiko Datuk tu balik.) Datuk Ahmad: (pandang calon tu.) Apa persediaan yang kamu dah buat utk hari ni En. Rahim? (sambil Tuan Ayouf disebelah menyelak2 sijil2 aku satu persatu dan ijazah aku.) So, aku pon senaraikan sume persediaan yang aku dah buat dari A-Z (kacang je soalan tu, dlm BM plak so aku hujah la panjang2.. hehe). Datuk tu sambung soalan dia (tanpa lihat resume aku+sijil2 aku).. Datuk Ahmad: (lebey kurang la) Apa yang Encik Rahim faham mengenai.... Soalan2 yang diutarakan kat aku (panduan PENTING utk semua calon yang bakal attend interview PTD plak nanti!) Datuk Ahmad Said: 1) Berikan perbezaan antara kuasa2 yang ada pada Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? (pd aku agak susah sket coz aku tau PBT DBKL je so aku xdpt bg cth lain. Tibe2 otak jadi tepu!) 2) Apa yang ada dlm Perlembagaan Persekutuan? (kacang!) 3) Apa yang dimaksudkan dengan 'seperation of powers'? (kacang!) 4) Apa kaitan antara PTD dgn Parlimen Malaysia? (aku mengaku kantoi disini. Sebenarnya aku tau tapi aku terus hurai tugas akhir PTD di parlimen iaitu sbg pegawai pemerhati.) Di sini, aku telah ditegur oleh Datuk (aku amek positif), beliau kata mcmni... Datuk Said: Jwpan yg diberikan En. Rahim td tu kalau esei saya bg 10/100 je. Kalau dlm esei, En.Rahim nak jwb soalan A tp pg cerita utl esei B (smbil memandang calon tu penuh makna.) Calon PTD: (terkedu!) Memandang wajah Datuk dgn penuh ihsan! Hahaha Datuk Ahmad: (cuba menolong calon PTD tu) berapa bidang tugas PTD yg En. Rahim tau? Calon PTD: 8 Datuk (smbil menyenaraikan 1 persatu) Datuk Ahmad: Hah! Itu yang sepatutnya En. Rahim ckp awal2 tadi, MENGGUBAL dasar. kat Parlimen kerajaan membuat undang2 bukan? Datuk Ahmad: Bagaimana En.Rahim? Calon PTD: Maafkan saya Datuk, saya cuba lagi sekali (smbil memberikan hujah barunye...) Selesai dgn Datuk, Tuan Ayouf pulak menyoal aku... Antara soalan Tuan Ayouf (in English and his comm skills SUPERB! Excelolent english dia) (Aku translate in Malay ye haha) 1) Encik Rahim minat apa? Ekonomi? Politik? General issues? (so aku terus la jwb POLITIK sir! aku harap dia tanya pasal politik Perak coz isu tu tgh hot gila skang, tapi...) 2) Senaraikan dasar2 luar Presiden baru Amerika Syarikat Barrack Obama (aku terus telan air liur! tapi gorenggggggggggg) 3) Pada pendapat aku, apa setiausaha negara US Hillary Clinton buat kat China skang? (telan air liur lagi! tapi gorengggggggggg dgn englisg tunggang langgang.) 4) Apa pula yang bakal dibuat beliau (Hillary) di Middle East next month?? (aku gorengggg dgn english aku yang dah mmg *(&(*^*&%^!!!!) Lepas tu, Datuk Ahmad tgk jam, beliau minta aku buat conclusion.. Datuk Ahmad: Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh En.rahim sekiranya terpilih menjadi seorang PTD? (aku dah prepare so aku terus jwb 5 points. Nampak Datuk puas hati) Datuk Ahmad: Mengapa saya harus pilih En.Rahim? Datuk Ahmad: Ada apa2 soalan utk kami? Calon PTD: Jwb satu persatu dgn tertib tp byk goreng! Dan... Datuk Ahmad: Terima Kasih, itu saje... Calon PTD: Terima Kasih Datuk, Tuan (smbil salam kedua2 panel dan memberikan senyuman yang penuh bermakna!) Lastly, (aku keluar bilik dan tgk jam lebih kurang pkul 1.05 ptg! xsedar masa berjalan!) Aku mmg xberapa yakin boleh lepas tahap ni, AKU PERCAYA KALAU ADA REZEKI, AKU JD PTD TAHUN NI, kalo tak aku cuba lagi TAHUN NI! tu pon kalau lepas exam bulan lepas yg aku amek last month! Kawan2, doakan aku Lepas Interview PTD dan dpt berkhidmat dgn kerajaan as a PTD this year! nanti kalo aku jd PTD, meh aku sain luluskan ape kontrak korg eh, anak2 nak biasiswa ke (ahaks!) tapi yg LEGAL je la! hehe Sekian, terima kasih. Salam Ukhwuah, AROS

2 Comments:

Anonymous said...

huhuhu...dpt bygkan mcm mane rasenye saat2 menunggu turn utk ditebiu...kite g tebiu spa kat putrajaya next friday utk jawatan gred s27...tkotnye....

Tips PTD said...

best entry ni, kongsi pengalaman sebenar. saya mintak izin untuk share post ni di blog saya. saya kasik linkback ke post asal blog ini. sama2 share knowledge n pengalaman.