RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

March 3, 2009

Kes cerai kini mencecah 75,299

Artikeldi bawah aku copy daripaper utusan hari ni.just untuk reminder... nikah kawin ni bukan main2.. saja aku paste kan untuk panduan aku yg akan satu hari nanti jadi ketua keluarga, dan jugakepada rakan2 aku yg sudah dan akan mendirikan rumah tangga. Apa nak jadi dgn org skrg ni, adakah disebab kan curang, org ketiga, harta dan wang ringgit... aku pon x tau. Kes cerai kini mencecah 75,299 Oleh NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my KUALA LUMPUR 2 Mac – Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu. Jumlah kes perceraian itu didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pada tahun lepas, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,023 kes manakala catatan terendah ialah di Perlis iaitu 24 kes. Menurut Mashitah, antara punca perceraian ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami. ‘‘Selain itu, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Mashitah berkata, jumlah kes perceraian di negeri lain pada 2008 ialah Kedah sebanyak 1,561 kes, Kelantan (1,386), Selangor (1,138), Perak (1,081), Terengganu (881), Melaka (675), Sarawak (571), Pahang (524), Wilayah Persekutuan (380), Sabah (346) dan Negeri Sembilan (78). Katanya, bagi menangani masalah membabitkan perceraian, kerajaan menubuhkan sulh di setiap mahkamah Syariah bagi menyelesaikan isu di peringkat awal sebaik saja difailkan di mahkamah. Menjawab soalan tambahan Mohd. Jidin sama ada hanya mahkamah dibenarkan membuat keputusan mengenai perceraian, Mashitah berkata, ia wajib dilakukan di mahkamah untuk mengelak berlakunya penganiayaan kepada mana-mana pihak. ‘‘Lafaz perceraian wajib difailkan di dalam mahkamah untuk mengelakkan berlakunya penganiayaan pada mana-mana pihak dan membolehkan sulh memanggil kedua-dua pihak bagi menjalani kaunseling untuk mengelakkan perceraian,” katanya. Sementara itu, ketika menjawab soalan Zuraida Kamarudddin (PKR-Ampang) bagi soalan lisan berasingan, Mashitah berkata, kerajaan merancang menjadikan masjid bukan saja sebagai tempat ibadah tetapi juga pusat ekonomi. Memberikan contoh Masjid Bandar Baru Uda, Johor, Mashitah berkata, satu Yayasan Masjid ditubuhkan yang bertanggungjawab menyediakan pusat dialisis, khidmat kitar semula, rangkaian kedai runcit, sekolah agama, perkhidmatan katering dan melahirkan sukarelawan bagi aktiviti sosial kepada anak kariah. Menjawab soalan tambahan Zuraida, beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Ampang itu yang menyatakan sebahagian besar masjid di negara ini lebih kepada ‘dhirar’ iaitu mengutamakan pembentukan ukiran seni bina adalah tidak benar. ‘‘Kalau tengok masjid yang ada kesenian, tidak sesuai dikatakan sebagai masjid dhirar. ‘‘Ini kerana, kalau Yang Berhormat pergi melawat ke masjid terbilang dalam sejarah Islam pun mempunyai kesenian tersendiri yang akhirnya menjadi punca atau sumber tamadun umatnya sendiri,” katanya.

0 Comments: