RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

May 26, 2009

TIP EKSTRA: Ketika Membuat Laporan Polis

TIP EKSTRA: Ketika Membuat Laporan Polis Ini adalah tips-tip tambahan ketika membuat laporan polis selepas terlibat *Jika kemalangan tanpa melibatkan pihak lain.*   1. Jika kemalangan melibat diri sendiri sahaja, elakkan mengaku punca   kemalangan adalah daripada diri sendiri, seperti mengantuk, menggunakan   telefon dan sebagainya.   2. Apa pun ia atas budi bicara polis untuk menentukannya.   3. Maka, buatlah sebaik mungkin, berbudi bahasa, bersopan santun,   beperkerti mulia untuk mengambil hati polis.   4. Sekiranya pegawai yang bertugas menganggap kemalangan tersebut   disebabkan kecuaian diri sendiri, saman polis akan dikeluarkan sebanyak RM   300.   5. Awas, jangan rasuah, mereka anti-rasuah! [image: :)] *Jika kemalangan melibatkan dua atau lebih pihak*   1. Jika dua kenderaan, selalunya pegawai polis akan memutuskan bahawa   kenderaan di hadapan sebagai “yang dilanggar” dan kenderaan di belakang   sebagai “yang melanggar”, kecuali dibuktikan sebaliknya   2. Maka, dalam keadaan ini maka kenderaan di belakang akan disaman kerana   “bersalah” melanggar kenderaan hadapan.   3. Selain itu, apabila kemalangan melibatkan kenderaan yang berbeza saiz;   contohnya kereta dengan lori, motor dengan kereta, maka yang “bersalah”   adalah kenderaan yang lebih besar, kecuali dibuktikan sebaliknya.   4. Situasi lain; jika ia melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki,   pemilik kenderaan akan didapati “bersalah”, kecuali dibuktikan sebaliknya.   5. Maka, “pihak yang bersalah” akan dikenakan saman sebanyak RM 300, dan   sekiranya gagal, nama anada akan disenaraihitamkan.   6. Akhir sekali, jangan sekali-kali mengingkari untuk menerima saman   polis, kerana ia akan menyebabkan disaman dua kali atas dua kesalahan.   Maknanya RM 300 x 2 = RM 600! *Kisah Benar 1:* Ibu saya mengalami kemalangan, dan membuat laporan polis. Ketika laporan polis dibuat ibu saya mengatakan bahawa ia berpunca daripada mengantuk. Namun pegawai yang menerima laporan tersebut mengesyorkan agar tidak dinyatakan perihal mengantuk. Maka dengan bantuan polis yang baik hati tersebut, maka laporan polis tersebut tertulislah kemalangan kerana “kambing melintas jalan”. Maka terselamatlah ibu saya daripada disaman. *(Nota; Tuntutan insurans tidak boleh dibuat ke atas kambing ataupun pemilik kambing)* *Kisah Benar 2:* Seorang pemilik kenderaan mengalama kemalangan. Kemudian apabila dilaporka kepada polis lalu mengatakan bahawa dia mengantuk ketika memandu. Lantas, tanpa banyak soal polis tersebut mengeluarkan saman maksimum. Disebabkan perkara tersebut, dia tidak layak membuat tuntutan daripada pihak insurans. Nasibnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah kemalangan, kemudian disaman pula. Selepas ditimpa tangga, terkena pula tahi ayam. Selepas dikenakan saman, dia tidak layak pula membuat tuntutan insurans dan terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kenderaan yang kemalangan. *(Nota; Sebarang pengakuan kesilapan diri sendiri atas sesuatu kemalangan, akan membawa implikasi saman) * *Kisah Benar 3* Seorang pelanggan saya mengalami kemalangan. Di membawa kereta dan terlanggar sebuah motosikal atas kecuaian penuggang motosikal membuat pusingan U-Turn. Kedua-duannya membuat laporan polis, dan penuggang motosikal mengaku bersalah. Maka, polis mengeluarkan saman terhadap penunggang motorsikal. *(Nota; Sebenarnya dalam situasi di atas, sekiranya pemilik motosikal tidak mengaku bersalah, maka pemilik kereta mesti membuktikannya. Tapi selalunya amat sukar untuk membuktikan keadaan itu)* *Kisah Benar 4* Seorang peguam mengalami kemalangan jalan raya tetapi di tidak mengaku bersalah. Polis mengeluarkan saman, dan dia enggan menerimanya atas alasan dia tidak bersalah. Beberapa bulan selepas itu, apabila dia memperbaharuinya cukai kenderaannya dengan saya, didapati namanya disenaraihitamkan oleh polis. Rupa-rupanya dia dikenakan saman sebanyak RM 600 atas dua saman. Saman pertama kerana menjadi punca kemalangan. Saman kedua kerana tidak mahu menerima saman pertama.

Walau apa pon jua... kita kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Malang tidak berbau.. kentut and confirm berbau... 
Yang ingin berkongsi info yg diperolehi
Matpit

1 Comment:

Anonymous said...

aku ada saman speed trap yg blum bayar lagi...huhu