Mat rempit tau... bukan aku.. aku "MatPit" baikskit dari mat rempit huhuhu..
Artikel kat bwah aku jumpa dari post salah seorang ahli yahoo group Relaxjap..
Mari layan.....
Mat Rempit semakin mengganas ! Ianya semakin tidak terkawal ! Polis dan kerajaan sudah hampir putus harapan ! Buatlah berapa banyak sekatan jalanraya dan operasi sekali pun, Mat Rempit ini akan tumbuh macam cendawan. Tangkap 1 orang , tumbuh 100 orang.
Mana silapnya ? Kalau dah putus harapan , berserahlah sahaja pada Allah. Mohon petunjuk pada Allah. Perdana Menteri , Ketua Polis Negara harus merakyatkan diri melakukan solat hajat bersama rakyat , mohon petunjuk dari Allah bagaimana mengatasi Mat Rempit.
Perdana Menteri harus merakyatkan diri , bawa kereta seorang diri tengah malam , lalu kawasan Mat Rempit , rasa sendiri ketakutan rakyat di kelilingi Mat Rempit yang mengganas. Perdana Menteri , Ketua Polis Negara jangan gunakan khidmat pengawal peribadi atau pengawal keselamatan apabila keluar tengah malam. Baru mereka boleh dapat ilham bagaimana hendak menangani gejala Mat Rempit ini.
Barulah mereka faham kenapa kedai serbaguna 24 jam seperti 7 Eleven tidak boleh jual arak.
Barulah mereka faham , konsert-konsert termasuk konsert sambutan Merdeka menambahkan lagi gejala sosial dan merempit.
Barulah mereka faham rancangan TV sekarang ini terlalu berlebihan hiburan, tiada yang minat menonton rencana, mendengar nasihat dan Forum Perdana.
Barulah mereka faham kenapa muda mudi keluar rumah malam buta kerana rumah mereka sempit, lif tak berfungsi.
Barulah mereka faham motosikallah pengangkutan yang paling jimat minyak.
Barulah mereka faham ibu bapa mereka yang bekerja sebagai polis, guru, kerani pergi kerja sebelum subuh , balik kerja lepas maghrib, bila masa nak tengok anak-anak mereka.
Barulah mereka faham, tahanan ISA yang ramai ditahan di Kamunting tu tak bahaya pun , tak mengancam rakyat pun. Sedangkan Mat Rempit yang lebih ganas , Mat Rempit yang mengancam keselamatan rakyat.
Barulah mereka faham kenapa perlu diarahkan FRU yang lengkap dengan cota dan pelapik keselamatan berhadapan dengan rakyat yang membantah PPSMI, sedangkan polis trafik berhadapan dengan bahaya, tanpa cota, tanpa pelindung badan dan sebagainya berhadapan dengan Mat Rempit.
Barulah mereka sedar berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk PLKN ternyata gagal untuk membendung dan mengurangkan gejala Mat Rempit.
Berikut beberapa cadangan untuk menangani gejala Mat Rempit kalau dah kritikal sangat :
1. Perintah berkurung antara jam 10 malam hingga 5 pagi
2. Semua kedai serbaneka dilarang menjual arak
3. Mereka yang ingin membeli arak di mana-mana hendaklah menunjukkan kad pengenalan, jadikan arak barang kawalan.
4. Standardkan nombor plet kenderaan, hanya boleh dikeluarkan oleh JPJ. Dengan itu mengurangkan plet palsu.
5. Buat operasi tangkap remaja bawah umur menunggang motosikal terutama di taman-taman perumahan, kampung-kampung, Felda dan sebagainya. Sekolah rendah ibu bapa dah beri lesen bawa motosikal. Ibu bapa yang cuai mesti didenda, motosikal disita. Kecik kecik dah ajar langgar undang-undang.
6. Hadkan penjualan motosikal jenis otomatik sahaja atau berkapasiti rendah bawah 80cc.
7. Arahkan FRU, PGA, Komando yang buat sekatan jalanraya menggunakan kereta kebal, kereta perisai , helikopter dan water canon. Barulah gerun Mat rempit dan Mat Drift. Ini guna water canon dan FRU pada orang tua, kanak-kanak. Buat gelak Mat Rempit saja.
Yg berkongsi
MatPit
-Semoga berbahagia selalu, diredhai Allah dan berjaya dalam kehidupan-
0 Comments:
Post a Comment