RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

May 13, 2009

Pengalaman 6 Jam di Pejabat MB

YAB Dato'Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sempat duduk dimejanya yang kosong dengan dokumen sambil menulis satu memo. Inilah tempat MB halal yang kembali dirampas oleh MB haram. Enam jam berada di Pejabat MB semalam sangat-sangat dirasai kehadiran kami oleh beberapa pegawai dan staf pejabat di bangunan SUK yang sempat ditemui, lebih-lebih lagi staf di pejabat MB. Kerinduan kepada MB, EXCO dan pegawai-pegawai MB jelas terbayang. Pegawai-pegawai MB yang lain, Hj Anuar Hashim (Setiausaha Akhbar), Amran Harun, K.Y. Tiang, Ust. Zulkifli Ibrahim dan Nadarajan hadir sama di pejabat. Hj Wan Junaidi (Bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri) juga turut hadir. Jelas terbayang keceriaan mereka.
Setelah berada kira-kira 15 minit di pejabat MB, Dato' Seri terpaksa meninggalkan majlis untuk ke Istana Iskandariyyah bagi menghadiri Majlis Anugerah Pingat dan Bintang bersama Tuanku Raja Muda Perak. Sepeninggalan beliau, semua EXCO dan pegawai-pegawai MB berada di pejabat MB. pejabat EXCO masih berkunci tak boleh dikunjungi. Beberapa pegawai kanan kerajaan turut berada di pejabat MB, antaranya En. Shamsuzaman Sulaiamn (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Asri Saad (Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia), En. Abdullah Antong (yang digantung sebagai Setiausaha DUN oleh Speaker) juga hadir sama. Tidak ada kerja-kerja pentadbiran yang kami buat, kami sekadar melihat-lihat dan bertanya khabar. Ramai juga yang datang mengucapkan tahniah, mereka terharu sehingga ada yang menitis air mata menyambut ketibaan kami. Mereka sangat merindui Dato' Seri untuk mengimami Solat Zohor berjamaah dan tazkirah. Saya juga diberitahu, kehadiran solat berjamaah di surau SUK sangat berkurangan berbanding dulu. Saya juga sempat berbual dengan beberapa orang, mereka bercerita ketika berita di TV3 mengumumkan kemenangan Hj Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ramai pelanggan yang sedang makan tengahari sambil menonton berita di kantin pejabat bersorak menyambut gembira. Saya sempat berbincang dengan beberapa pegawai dari pejabat SUK untuk melaksanakan beberapa arahan dari YAB MB. Jelas mereka tidak keberatan melaksanakannya malahan memberi kerjasama yang cukup baik. Menjelang Zohor, kami mendapat mesej dan maklumat dari Kuala Lumpur oleh peguam Hj Nizar bahawa permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi diterima oleh Mahkamah Rayuan. Mendengar keputusan tersebut, pejabat MB menjadi sunyi dan hening buat seketika. Ketika itulah Dato' Seri tiba dari Istana. Kami Solat Zohor berjamaah di surau dengan diimami oleh Dato' Seri Hj Nizar. Selepas solat, kami kembali ke pejabat untuk berbincang mengenai keputusan Mahkamah Rayuan tadi. Setelah berbincang, semuanya sepakat bersetuju untuk keluar pejabat sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan. Lebih kurang jam 2.30 petang, MB, EXCO dan seluruh pegawai-pegawainya meninggalkan pejabat dengan penuh hormat dan tenang. Kami bersalam-salaman semula dengan staf dan pegawai keselamatan. Polis masih ramai di sekitar Banguanan SUK. Kami mimum petang di Kedai Kopi berhampiran pejabat SUK, MB dikerumuni oleh para wartawan dan sidang akhbar terus diadakan di pejabat DAP yang berada di atas kedai kopi tersebut. dipetik dari http://misabah.blogspot.com

0 Comments: