RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

April 7, 2009

Satu Malaysia, pusing 50 tahun ke belakang - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abd Aziz Nik Mat menyifatkan pendekatan ‘Satu Malaysia’ yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah me:ngakui kesilapan UMNO: 50 tahun lepas. Dengan pendekatan baru ini, katanya, jelas menunjukkan UMNO/Barisan Nasional (BN) akhirnya membuat pusingan ‘U’ 50 tahun ke belakang dan mengikut kehendak sebenar rakyat sekarang. “Dengan ‘Satu Malaysia’ kali ini, jelas dahulu tidak ada satu Malaysia tetapi ada 3-4 Malaysia, ini adalah kerja UMNO dan kita tidak harus memaafkan mereka, tiada maaf bagimu wahai UMNO. “Ini juga bukti UMNO-BN mengakui mereka dalam keadaan salah selama 50 tahun lepas,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana anjuran Pas di Kampung Tebuk, Trong malam kelmarin. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menegaskan pendirian Pas dalam memilih Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menjadi Kerajaan Pusat. “Tidak kira Melayu, Cina atau India menjadi Perdana Menteri, apa yang paling penting adalah pemimpin tersebut kena berpaksikan Islam. “Ini kerana jika Cina menjadi Perdana Menteri, Melayu marah, jika India menjadi Perdana Menteri, semua marah, oleh itu kita kena meng:iktiraf Islam sebagai tiang asas negara kerana Islam diturunkan oleh Allah SWT,” katanya. Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Nik Aziz menjelaskan beliau rasa bersyukur kepada Perdana Menteri yang baru kerana dibuka hatinya untuk membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). “Pembebasan ini sudah lama didesak oleh PR tetapi kerajaan yang dikuasai UMNO-BN mengendahkan desakan kita selama ini. “Selain itu setiap kali munculnya Perdana Menteri yang baru sudah tentu ada perkara baru yang menarik, contohnya Tun Mahathir (Mohamad) membawa pendekatan wawasan 2020, Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pula membawa Islam Hadari,” katanya. Selain itu, meng:ulas penarikan semula sekatan ke atas Harakah dan Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejurus selepas Perdana Menteri baru dilantik, Nik Aziz menegaskan itu hanya bermotifkan politik semata-mata. “Nampak sangat ini adalah keputusan terburu-buru oleh UMNO-BN dan sekarang mereka mengakui kesilapan mereka dan menarik balik sekatan tersebut. Akhirnya mereka menerima kehendak rakyat dan dengan berlangsungnya pilihan raya k:ecil di tiga kawasan, mereka (UMNO) terpaksa akur,” katanya. - SINAR HARIAN

0 Comments: