RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

April 3, 2009

Pakej Selamat

Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover
charge. Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat
7-Eleven cuma RM1 je...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum free bukan
first drink je. Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi...
------------ --------- --------------------- --------- --------------------- --------- ----------
Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)... Silap2 silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau nak puasa sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde breakfast,
terus niat puasa. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap dapat
jimat duit lagi. Puasa tu kan boleh kekang nafsu. Cume tak masuk paper je.
Tapi insyaAllah masuk syurga.Laaagi best!!!
------------ --------- --------------------- --------- --------------------- --------- ----------
Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.Tapi,
ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok,abis kena
haruk.Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak
siap,tarik muka.Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.
Timah Janda lak kena umpat...
Senangnya Nak Buat Pahala...
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.Allah akan mengingati hambaNya
yang mengingati Dia.Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek
la...Suami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa...
------------ --------- --------------------- --------- --------------------- --------- --------------
Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.Kejor le
harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat.
Senangnya Nak Buat Pahala...
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.Takyah nak sibuk2
tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la. Sebab dia
dapat hutang baru,kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharu kan.Mane lagih best?
------------ --------- --------------------- --------- --------------------- --------- ----------
Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu".Ha'ah! Hidup la ko kat neraka.
Hehe...Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.Hidup sentiasa dalam ketakutan. Silap2 kantoi, kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)
Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat,malah Allah akan
sentiasa memberkati hidupnya.Mungkin dia jadik mangsa pembelit2 kat dunia
ni,tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.Hidup pun aman,
bukan dalam ketakutan.Bahagia je...
------------ --------- --------------------- --------- --------------------- --------- ----------
Susahnya Nak Buat Dosa...
Nak lawan hukum Allah bukan senang.Nak study tu, study nih. Carik peguam
tuh, carik peguam nih.Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh.Terpaksa
pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.Tapi dusta belaka. Ingat
upah sana upah sini tu murah ke?Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan
duit rakyat,bukan duit sendiri. Hehe...Dahla hidup kena laknat,siap booking
name sendiri kat Malek. Dunia akhirat tak tenteram!!
Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah.Ini bukan yang manusia buat tapi hukum
yang turun dari langit.takde hukum lebih sempurna dari hukum2 Allah.Inilah
hukum2 yang seadil-adilnye. Tak payah nak fikir2 nak rangka rang
undang-undang baru.Semuanya dah termaktub dalam Al-Qur'an.Selain tuh, hidup
pun diberkati.Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis muka.Inilah
kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah. InsyaAllah.. .
Renung-renungkanlah ...
Wallahu a'lam... yang sentiasa ingin selamat -- microprocessor --

0 Comments: