RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

October 16, 2008

Universiti Teknologi PETRONAS - Engineering Futures!

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

| | Comments (218) | TrackBacks (0) | Previous Blog
1. Pada 24hb Ogos saya, sebagai Canselor U.T.P. telah menyampaikan ijazah-ijazah kejuruteraan kepada 1,086 graduan. Saya amat tertarik dengan kampus U.T.P yang terletak di Tronoh, Perak di atas bekas tanah lombong yang amat luas. Lanskapnya begitu cantik dan udaranya nyaman dengan dihiasi pokok-pokok besar dan pokok-pokok kecil. Saya fikir kampus yang begini cantik dan tenang, jauh dari bandar besar amat sesuai untuk menuntut ilmu. 2. Penuntut yang dapat masuk universiti ini amat bernasib baik kerana lebih daripada 10,000 yang pohon untuk masuk tetapi hanya 500 sahaja yang diterima. Ramai yang diterima mendapat biasiswa daripada Petronas, JPA dan lain-lain agensi Kerajaan dan juga syarikat-syarikat petroliam. Lebih 10% daripada graduan terdiri daripada penuntut luar negeri. 3. Dewan Besar amatlah cantik dan dapat menampung sebilangan yang besar daripada graduan dan ahli keluarga mereka.
4. Saya berucap di penghujung acara sebelah pagi dan cuba memberi nasihat kepada siswazah akan kehidupan mereka setelah mendapat kerja hasil ilmu yang diperolehi mereka. Saya menekankan tentang betapa mereka perlu ingat akan alma mater mereka dan berusaha untuk memberi nama baik kepadanya. 5. Saya sebutkan juga tentang sikap yang diperlihat oleh bekas pelajar di universiti-universiti negara maju yang apabila mereka berjaya akan membantu alma matermereka dengan derma yang amat besar. 6. Budaya ini tidak terdapat di Malaysia. Bahkan kadang-kadang kita tidak sedikit pun berasa terhutang budi kepada institusi yang telah bekalkan kita dengan ilmu yang menyumbang kepada kejayaan kita. 7. Masyarakat yang tidak miliki budaya terhutang budi tidak akan maju dan berjaya. Tanpa budaya ini anggota masyarakat akan mempunyai sifat yang utamakan kepentingan diri sendiri semata-mata, sifat tamak. Hubungan di antara anggota masyarakat seperti ini tidak mungkin baik. 8. Justeru itu amatlah penting kita pupuk segala amalan yang membuktikan kita bertanggung jawab, kita bersyukur dan kita sedia membalas budi kerana dengan sifat-sifat ini yang kurang bernasib baik akan dapat menumpang mereka yang bernasib baik. 9. Saya juga sentuh berkenaan tindakan Kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti. Saya percaya ini disebabkan oleh penuntut kita sudah dewasa dan bertanggungjawab. Justeru itu mereka tidak akan sia-siakan wang yang banyak yang sanggup di belanjakan oleh pihak tertentu untuk membantu membekalkan mereka dengan ilmu yang boleh menjayakan hidup mereka. 10. Sebenarnya Petronas belanja hampir RM150 juta setahun untuk mengadakan U.T.P. Belanja ini tidak termasuk pembangunan universiti dan biasiswa. 11. Jumlah kutipan yuran universiti hanyalah RM20 juta. Ini bermakna Petronas memberi subsidi sebanyak RM130 juta untuk membekal penuntut yang bernasib baik dengan bekalan ilmu untuk menjayakan kehidupan mereka. 12. Bagi seseorang yang sedar bahawa beradanya mereka di universiti adalah atas perbelanjaan Petronas, tentulah mereka tidak akan sia-siakan bantuan ini. Tentulah mereka akan gunakan bantuan ini untuk menjayakan tujuan ianya diberi. Click here for comments: http://test.chedet.com/che_det/2008/10/universiti-teknologi-petronas.html#comments ------------------------------------ Taken from http://test.chedet.com/che_det/2008/10/universiti-teknologi-petronas.html - Tun Dr. Mahathir Mohamad Blog - Our Chancellor - 4th Malaysia Prime Minister - What ever being said, what ever being done, he is still the best Prime Minister... -- microprocessor --

0 Comments: