RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

October 25, 2008

Majlis Pertunangan Afdzal-Salwani

Alhamdullilah, famili aku dah selamat meminang Salwani pukul 1245 tadi. Pukul 930 pagi, famili aku dari kulim dengan jiran dan kawan mak aku. kami dari kulim 3 kereta, jumpa paklang aku kat alor setar dan tok ayah n paklong aku kat jitra. semua 5 kereta. lepas sikit dari pekan jitra, keta ayah aku overheat, terpaksa berenti tepi jalan, tinggal kereta n pindah masuk ke kereta yang kosong. nasib baik kereta rosak dah dekat dgn umah wani, lagi 10 minit nak smpai rumah dia. time majlis, aku lepak kat umah paklang wani, sebelah umah wani. dalam 45 minit, ayah aku panggil join lunch lepas abih majlis diskas-diskas n sarung cincin tunang kat wani. then sembang2 sat, lepas tu sesi fotografi. ramai kawan-kawan wani dari USM, yang juga dah jadi kawan-kawan aku datang untuk meraikan majlis. lepas 2 jam berada kat rumah wani, kami meminta diri. gambar-gambar aku n wani tak dapat aku nak upload kat sini sebab ada problem. kamera aku tak bleh transfer, (dah 5 tahun dah pakai, suruh tukar baru la kot), kamera adik aku takdak USB kabel yang sesuai, (adik aku bawa balik dari MRSM langkawi), kamera kazen aku pun sama problem cam kamera aku, ada problem nak transfer. maybe ari selasa lepas aku dpt gambar2 dari wani n kawan dia, aku load kat sini. Yang aku bleh load kat sini gambar2 hantaran, aku amik pakai henfon. quality kurang sket. Alhamdullilah, hantaran dan mas kawin juga dalam lingkungan kemampuan orang-orang yang nak berkawin zaman skang ni. insyallah majlis kenduri kahwin akan diadakan bulan Mac tahun depan. Matpit, Epi, godfather, b4 kita abih utp, aku tahu hangpa semua ada girlfren. kawan-kawan rancak di situ yang lain aku tak tahu status time aku blah dari utp (especially rahim, lagi 6 jam nak abih life kat utp pun, still takmo habaq...). hangpa baik cepat-cepat kawin. harga emas makin mahal, harga hantaran makin mahal, harga mas kawin pun makin mahal... bulan 3 jangan ada buat2 bz plak. umah epi, matpit n wan 45 minit ja dari rumah aku. jangan bagi alasan kata jauh plak nnt... hantaran dari anak teruna sebanyak 5 dulang dibalas dengan 7 dulang dari pihak anak dara...hantaran merupakan gula, garam, bahulu, kuih-muih, buah-buahan, cokelat, gula-gula, kek, dan sireh (sebagai adat meminang)

Hantaran dari pihak anak teruna
Hantaran dari pihak anak dara
kereta ayah aku dibaiki selepas tamatnya majlis meminang. pukul 7 ptg kami semua selamat smpai kulim.
-- microprocessor --

2 Comments:

epi said...

Huhu, umah sg dua sekarang memang 45 minit jer ke rumah hang, tp skrang aku dah jadi warga Kajang.. hehe 4 jam 30 minit pi umah hang.. insyaAllah.. aku cuba sedaya upaya aku.. amik cuti.. jangan aku out station dah la.. hehe..

Anonymous said...

kantoi..dah ramai ada awek..nak2 si epi.. :p bukan main sorok yek..