RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

September 15, 2009

4 fasa kawal H1N1 di Hari Raya

Salam sejahtera Rakan2 semua Kami disini mendoakan Rakan2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Berikut ada sedikit info H1N1 dari akhbar tempatan. Moga dijadikan panduan buat Rakan2 semua di musim perayaan ini. Kementerian Kesihatan menggariskan 4 fasa yang perlu diambil kira semasa menyambut mana-mana perayaan, bagi mengelak penularan wabak Influenza A (H1N1) dalam negara. Menterinya Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata ia merangkumi langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil dalam empat tempoh fasa iaitu: 1) semasa sebelum balik kampung, 2) semasa dalam perjalanan, 3) semasa berada di kampung 4) selepas kembali dari kampung. Beliau berkata orang ramai tidak perlu panik atau terlalu bimbang sehingga tidak tahu apa yang hendak dilakukan bagi mengelak jangkitan virus itu ketika hendak menyambut sesuatu perayaan. "Jika semua pihak dapat mengambil langkah-langkah pencegahan, maka wabak ini dapat dikawal dengan lebih baik," Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini, Liow sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan wabak H1N1 ini menular. Liow seterusnya meminta orang ramai sentiasa melayari laman web Kementerian Kesihatan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai wabak H1N1 serta langkah kawalan dan pencegahan yang disyorkan dari semasa ke semasa. "Walaupun di Hari Raya, senang-senang layarilah laman web kementerian, tengok apa cadangan dan syor yang ada, dan ikutlah syor-syor kementerian. Saya harap semua akan ikut nasihat yang diberikan kementerian," katanya. Laman webnya: http://h1n1.moh.gov.my/BerhariRayaTanpaH1N1.php Dalam pada itu walaupun pada musim perayaan, orang ramai diingatkan supaya tidak memandang ringan tahap kesihatan mereka khususnya kepada yang menunjukkan simptom-simptom dijangkiti wabak H1N1. "Jangan pandang ringan jika terasa sakit, dan jangan hanya bertahan tidak berbuat apa-apa. Jika sakit cepat jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Jangan hanya kerana Hari Raya, ramai ambil mudah," kata Liow. --- Moga ianya menjadi panduan berguna buat Rakan2 semua.

0 Comments: