RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

February 6, 2009

Daulat Tuanku II

Assalamualaikum. Sekitar pemilihan YAB Menteri Besar Terengganu pada bulan Mac 2008 lalu, tersibaklah keburukan beberapa fanatik UMNO meletakkan kain rentang 'Kami Nak Idris, Natang!' yang menghina DYM Yang Di Pertuan Agong merangkap Sultan Negeri Terengganu. Hampir setahun kemudian, penghinaan ke atas Sultan berulang lagi. Cuma bezanya kali ini di Perak. Dan dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Setelah Sarkas Perak 2009 hampir mencapai klimaksnya, saudara Haris Ibrahim telah menyarankan agar penyokong PR melawat buku tetamu laman web Pejabat DYM Sultan Perak dan'membimbing Sultan negeri mereka'. Walaupun cadangan saudara Haris boleh disifatkan natural sebagai seorang pemblog maya, setidaknya beliau seharusnya membimbing dahulu penyokong-penyokong PR terhadap adat dan tatasusila dalam berutus-urus dengan Baginda Sultan. Mungkin Haris sudah terbiasa dengan penulisan a'la blogger. Atau mungkin beliau terpaksa bergegas ke Ipoh untuk menghadiri perhimpunan di kediaman Menteri Besar. Atau mungkin beliau sendiri kurang arif dengan adat istiadat ini. Namun beliau harus juga diberikan kredit kerana meminta sesiapa yang ingin meninggalkan warkah kepada Baginda Sultan agar jangan menggunakan nama samaran (yang walau bagaimanapun tidak dituruti). Kesimpulan yang boleh ditebak setelah membaca warkah-warkah yang dinukilkan dalam buku tetamu tadi adalah: (a) Sikap penyokong PR juga tidak kurang buruknya dengan penyokong UMNO yang meletakkan kain rentang menghina DYM Sultan Terengganu dahulu. Beremosi, kurang ajar dan tidak tahu adat. Mereka menulis seakan-akan dengan anggapan bahawa individu yang ditujukan mesej tersebut adalah 'sama taraf' dengan mana-mana orang politik, rakan siber MySpace atau blogger yang lain. Ini adalah amat menyedihkan. (b) Penyokong fanatik terdapat dalam mana-mana organisasi, agama dan parti. Mereka ini terdorong oleh emosi dan jelas amat cetek kematangannya. Seperti tong kosong berkarat. Namun sayang kerana tong kosong berkaratlah yang paling kuat berbunyi bila dipalu. Dan paling banyak merosakkan. Justeru itu, saya meminta agar laporan-laporan polis dibuat terhadap penghinaan melampau dari penyokong-penyokong fanatik PR ini. Saya juga ingin tahu pendirian YB Salahuddin Ayub terhadap sikap penyokong fanatik PR yang meloyakan ini. Beliau pernah dengan gahnya 'mempertahankan' Baginda Sultan Terengganu dahulu ketika dihina oleh penyokong fanatik UMNO. Harap penyokong-penyokong fanatik PR (dan Barisan Nasional juga) cermin-cerminlah diri selalu. Wassalam. Matpit copy dari luahan hati seorang rakyat biasa

0 Comments: