Syahadah atau penyaksian Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah adalah 2 kalimah cukup penting dan asas dalam kehidupan seseorang Islam. Ia menjadi landasan penerimaan amal atau penolakannya. Ia juga menjadi asas- kekal atau tidak seseorang dalam neraka. Jika kalimah syahadahnya ada, lambat-laun ia akan keluar dari Neraka jika memasukinya terlebih dahulu. Jika tiada kalimah syahadah, ia kekal selama-lamanya dalam Neraka. Justru, 2 kalimah syahadah ini cukup penting untuk dipelihara supaya selamat dunia Akhirat. Tidak mungkin ia dijual-beli dengan harga yang murah seperti kebendaan, wang, pangkat, jawatan atau kedudukan sementara di dunia. Ulama membincangkan bagaimana 2 kalimah syahadah ini boleh gugur dan terbatal. Tujuannya supaya umat Islam memeliharanya, lantas terpelihara dirinya dari azab dan sengsara. Ia berlaku melalui 3 aspek: Iktikad (kepercayaan), perbuatan dan perkataan. Di antaranya: Iktikad 1. Syak terhadap kewujudan Allah 2. Syak terhadap kerasulan Muhammad saw atau 25 rasul 3. Syak terhadap berlakunya hari Kiamat, Syurga, Neraka, kebangkitan selepas mati, pahala, balasan siksa, Mahsyar, Hisab dan lain-lain. 4. Tidak percaya atau syak terhadap satu daripada sifat-sifat wajib Allah yang telah disepakati ulama, atau percayakan sifat wajib Allah seperti 'ilmu' tetapi tidak mempercayai ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu walaupun sekecil-kecilnya. 5. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dengan ijmak seperti zina, membunuh jiwa yang diharamkan bunuh, mencuri, merampas, liwat, minum arak dan lain-lain atau sebaliknya iaitu mengharamkan sesuatu yang halal (dengan ijmak) seperti jual beli, pernikahan, makan-minum dan lain-lain. 6. Menafikan sesuatu yang wajib dengan ijmak ulama seperti solat fardhu 5 waktu atau menafikan satu sujud dalam solat fardhu, zakat, puasa di bulan Ramadhan, fardhu haji, wudhuk. 7. Mewajibkan sesuatu yang tidak wajib (dengan ijmak ulama) seperti mengiktikadkan wajibnya solat 6 fardhu. 8. Menafikan perkara sunat (dengan ijmak ulama) seperti sunat rawatib dan sunat 2 hari raya. 9. Bercita-cita untuk kufur pada masa akan datang 10. Syak terhadap imannya sama ada ia beriman atau tidak 11. Syak sama ada mahu kufur atau tidak (terus kufur ketika itu) melainkan was-was kerana ia dari syaitan. 12. Engkarkan Abu Bakar sebagai sahabat Nabi kerana ia thabit dengan nas Quran. 13. Menafikan kerasulan seorang rasul atau kenabian seorang nabi yang disepakati ulama seperti Nabi Isa. (Tidak kufur mereka yang engkarkan Khidhir kerana tidak disepakati ulama) 14. Engkarkan satu huruf yang disepakati dari Quran atau melebihkan satu huruf darinya (Tidak kufur mereka yang engkarkan Basmalah satu ayat dari Fatihah kerana ulama tidak ijmak terhadap perkara tersebut) 15. Mendustakan seorang pesuruh Allah seperti tidak percayakan kerasulannya, menghina perkataannya, mengurangkan pangkat dan kedudukannya, melecehkan namanya dan bentuk-bentuk penghinaan kepada rasul. 16. Membenarkan adanya nabi/rasul selepas Nabi Muhammad saw. 17. Mengiktikadkan keadaan warna kulit Nabi Muhammad itu hitam atau bukan Quraisy. 18. Meringankan janji Allah dengan balasan pahala atau dosa. Perbuatan 1. Sujud kepada berhala, patung, tugu, matahari atau makhluk lain. 2. Mencampakkan mushaf (al-Quran) ke tempat yang hina seperti tempat najis, tandas, tong sampah, atau dikesat hingus, air liur atau lain-lain dengan maksud mempersenda, menghina atau meringan-ringankan al-Quran. Demikian juga kitab-kitab hadis dan ilmu syariah denagn maksud menghinanya. 3. Pergi ke rumah ibadat agama lain dengan memakai pakaian keagamaan mereka. Tidak kufur jika pergi ke rumah ibadat agama lain tanpa memakai pakaian keagamaan mereka; atau memakai pakaian keagamaan tanpa pergi ke rumah ibadat mereka, dengan syarat perbuatan ini dibuat tanpa redha kepada agama mereka, cenderung kepadanya atau bermudah-mudah dengan agama Islam. Jika perbuatan tersebut dibuat disertai dengan redha kepada agama mereka, maka kufur ketika itu juga. Perkataan 1. Menyebut kepada orang Islam: "Hei si kafir!" dengan maksud kufur agama. Jika disebut demikian dengan maksud kufur nikmat atau lainnya, tidak menjadi kafir, cuma haram sahaja. Tetapi jika ia mengiktikadkan halalnya ucapan tersebut, ia menjadi kafir. 2. Menyebut kepada orang Islam: "Hei Yahudi!" 3. Menyebut kepada orang Islam: "Hei orang yang tiada agama!", tetapi ucapan ini perlukan penjelasan. Jika ia iktikadkan ucapannya itu dengan maksud si fulan itu bukan beragama Islam, maka kufur. Jika dimaksudkan dengan ucapan itu 'tidak ada agama ketika berurusan dengan orang' (atau kurang akhlaknya ketika berurusan dengan orang lain), tidak kufur, cuma dihukum secara takzir. Jika ia iktikadkan halalnya ucapan itu, kufur ia. Jika ia iktikadkan haramnya ucapan itu, tidak kufur. 4. Mempermainkan satu nama Allah, atau janji Allah memberi pahala, syurga, neraka sambil meringankannya. 5. Menyebut: "Kalau Allah menyuruh melakukan sekian sekian, saya tidak akan melakukannya" sambil meringankan suruhan Allah tersebut, atau secara degil engkar. 6. Menyebut: "Kalau Allah beri syurga, aku takkan masuk ke dalamnya" sambil meringankannya atau mengengkarinya. 7. Menyebut: "Aku tidak akan melakukan perbuatan tersebut walaupun sunat". Contohnya seseorang menyuruhnya mengerat kukunya. Ia berkata: "Aku takkan kerat kuku jika sunat sekalipun." sambil mempersenda dan menghina perbuatan tersebut 8. Menyebut: "Jika si anu itu Nabi, aku tidak percaya" kerana ucapan ini mengurangkan martabat kenabian kerana ia hendak mendustakannya sekiranya seseorang itu benar Nabi. Jika ia menyebut: "Jika si anu itu Nabi, aku percayakannya.", ucapan ini tidak menjadikannya kufur. 9. Menyebut: "Hukum apa ini!" "Syariat / agama apa ini!" apabila diberi fatwa oleh alim ulama, sambil meringan-ringankannya. 10. Menyebut: "Aku berlepas diri dari Allah, atau Nabi, atau Islam" 11. Membacakan ayat-ayat Quran secara menyindir atau mempersendakannya. 12. Memaki Nabi, Malaikat 13. Menyebut: "Berapa kali dah aku sembahyang tapi tak pernah bernasib baik" "Solat apa ini!" sambil mempersendakannya. Kesemua ucapan di atas atau bentuk perkataan lain yang mempersoalkan sesuatu dalam Islam ini membawa kepada kufur dan murtad dengan syarat mempersenda, menghina dan melekehkannya dan disertai dengan iktikad dan kepercayaannya terhadap ucapan tersebut. Rujukan: Kitab KifayatulMuhtadi (Fiqh Mazhab Shafie) " di paste kat sini oleh "Zulhafiz Hebat" thanks
RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com
Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"
Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"
Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.
Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.
Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.
Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.
Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.
Cerita lanjut mengenai kami:
http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html
****************************************************************************
Good Day to all RancakDiSitu visitors.
Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.
Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.
Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.
Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.
More about us:
http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html
################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

November 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment