RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

November 30, 2008

Sapa kenal ini orang.. sila angkat tangan

Wah.. wah.. wah... abg epi kita ni sedang bertanggungjawab sosial kat Tasik titiwangsa... sambil cuci mata ka epi... sebab tu pakai ray ban tu.. xla org nampak mata hg dok liaq ahahaha.. lawak ja epi... jgn marah ya dekat2 raya korban ni.. nant ada plak yang terkorban ye tak ahahha.. berapa ekor lembu tumbang kat rumah hg tahun ni... utk korban dan utk kenduri hg... mana la tau kan... sekali harung semua.. senang... bila family hg nak p rombongan mencari menantu kat "terung anu" ni... ntah2 p merisik apa... bagus la epi.. watpa lg tggu lama2.. standby la.. luar dan dalam.. segala aspek.. kalu nak tau mcm mana preparation bleh tanya wan dgn afdzal.. depa ni semua dah selamay tggu nak akad ja.. borang semua dah isi... darah dah cek.. dah medical cek up.. ahahaha ok la epi aku saja2 tgh boring ni.. baru blk dari taman selat kat bagan tu... p rock walk sana sat... selamat berjaya... post la cerita pasal CSR hg kat sini ok.. wassalam -matpit hebat-

November 27, 2008

Pelihara 2 kalimah syahadah anda

Syahadah atau penyaksian Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah adalah 2 kalimah cukup penting dan asas dalam kehidupan seseorang Islam. Ia menjadi landasan penerimaan amal atau penolakannya. Ia juga menjadi asas- kekal atau tidak seseorang dalam neraka. Jika kalimah syahadahnya ada, lambat-laun ia akan keluar dari Neraka jika memasukinya terlebih dahulu. Jika tiada kalimah syahadah, ia kekal selama-lamanya dalam Neraka. Justru, 2 kalimah syahadah ini cukup penting untuk dipelihara supaya selamat dunia Akhirat. Tidak mungkin ia dijual-beli dengan harga yang murah seperti kebendaan, wang, pangkat, jawatan atau kedudukan sementara di dunia. Ulama membincangkan bagaimana 2 kalimah syahadah ini boleh gugur dan terbatal. Tujuannya supaya umat Islam memeliharanya, lantas terpelihara dirinya dari azab dan sengsara. Ia berlaku melalui 3 aspek: Iktikad (kepercayaan), perbuatan dan perkataan. Di antaranya: Iktikad 1. Syak terhadap kewujudan Allah 2. Syak terhadap kerasulan Muhammad saw atau 25 rasul 3. Syak terhadap berlakunya hari Kiamat, Syurga, Neraka, kebangkitan selepas mati, pahala, balasan siksa, Mahsyar, Hisab dan lain-lain. 4. Tidak percaya atau syak terhadap satu daripada sifat-sifat wajib Allah yang telah disepakati ulama, atau percayakan sifat wajib Allah seperti 'ilmu' tetapi tidak mempercayai ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu walaupun sekecil-kecilnya. 5. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dengan ijmak seperti zina, membunuh jiwa yang diharamkan bunuh, mencuri, merampas, liwat, minum arak dan lain-lain atau sebaliknya iaitu mengharamkan sesuatu yang halal (dengan ijmak) seperti jual beli, pernikahan, makan-minum dan lain-lain. 6. Menafikan sesuatu yang wajib dengan ijmak ulama seperti solat fardhu 5 waktu atau menafikan satu sujud dalam solat fardhu, zakat, puasa di bulan Ramadhan, fardhu haji, wudhuk. 7. Mewajibkan sesuatu yang tidak wajib (dengan ijmak ulama) seperti mengiktikadkan wajibnya solat 6 fardhu. 8. Menafikan perkara sunat (dengan ijmak ulama) seperti sunat rawatib dan sunat 2 hari raya. 9. Bercita-cita untuk kufur pada masa akan datang 10. Syak terhadap imannya sama ada ia beriman atau tidak 11. Syak sama ada mahu kufur atau tidak (terus kufur ketika itu) melainkan was-was kerana ia dari syaitan. 12. Engkarkan Abu Bakar sebagai sahabat Nabi kerana ia thabit dengan nas Quran. 13. Menafikan kerasulan seorang rasul atau kenabian seorang nabi yang disepakati ulama seperti Nabi Isa. (Tidak kufur mereka yang engkarkan Khidhir kerana tidak disepakati ulama) 14. Engkarkan satu huruf yang disepakati dari Quran atau melebihkan satu huruf darinya (Tidak kufur mereka yang engkarkan Basmalah satu ayat dari Fatihah kerana ulama tidak ijmak terhadap perkara tersebut) 15. Mendustakan seorang pesuruh Allah seperti tidak percayakan kerasulannya, menghina perkataannya, mengurangkan pangkat dan kedudukannya, melecehkan namanya dan bentuk-bentuk penghinaan kepada rasul. 16. Membenarkan adanya nabi/rasul selepas Nabi Muhammad saw. 17. Mengiktikadkan keadaan warna kulit Nabi Muhammad itu hitam atau bukan Quraisy. 18. Meringankan janji Allah dengan balasan pahala atau dosa. Perbuatan 1. Sujud kepada berhala, patung, tugu, matahari atau makhluk lain. 2. Mencampakkan mushaf (al-Quran) ke tempat yang hina seperti tempat najis, tandas, tong sampah, atau dikesat hingus, air liur atau lain-lain dengan maksud mempersenda, menghina atau meringan-ringankan al-Quran. Demikian juga kitab-kitab hadis dan ilmu syariah denagn maksud menghinanya. 3. Pergi ke rumah ibadat agama lain dengan memakai pakaian keagamaan mereka. Tidak kufur jika pergi ke rumah ibadat agama lain tanpa memakai pakaian keagamaan mereka; atau memakai pakaian keagamaan tanpa pergi ke rumah ibadat mereka, dengan syarat perbuatan ini dibuat tanpa redha kepada agama mereka, cenderung kepadanya atau bermudah-mudah dengan agama Islam. Jika perbuatan tersebut dibuat disertai dengan redha kepada agama mereka, maka kufur ketika itu juga. Perkataan 1. Menyebut kepada orang Islam: "Hei si kafir!" dengan maksud kufur agama. Jika disebut demikian dengan maksud kufur nikmat atau lainnya, tidak menjadi kafir, cuma haram sahaja. Tetapi jika ia mengiktikadkan halalnya ucapan tersebut, ia menjadi kafir. 2. Menyebut kepada orang Islam: "Hei Yahudi!" 3. Menyebut kepada orang Islam: "Hei orang yang tiada agama!", tetapi ucapan ini perlukan penjelasan. Jika ia iktikadkan ucapannya itu dengan maksud si fulan itu bukan beragama Islam, maka kufur. Jika dimaksudkan dengan ucapan itu 'tidak ada agama ketika berurusan dengan orang' (atau kurang akhlaknya ketika berurusan dengan orang lain), tidak kufur, cuma dihukum secara takzir. Jika ia iktikadkan halalnya ucapan itu, kufur ia. Jika ia iktikadkan haramnya ucapan itu, tidak kufur. 4. Mempermainkan satu nama Allah, atau janji Allah memberi pahala, syurga, neraka sambil meringankannya. 5. Menyebut: "Kalau Allah menyuruh melakukan sekian sekian, saya tidak akan melakukannya" sambil meringankan suruhan Allah tersebut, atau secara degil engkar. 6. Menyebut: "Kalau Allah beri syurga, aku takkan masuk ke dalamnya" sambil meringankannya atau mengengkarinya. 7. Menyebut: "Aku tidak akan melakukan perbuatan tersebut walaupun sunat". Contohnya seseorang menyuruhnya mengerat kukunya. Ia berkata: "Aku takkan kerat kuku jika sunat sekalipun." sambil mempersenda dan menghina perbuatan tersebut 8. Menyebut: "Jika si anu itu Nabi, aku tidak percaya" kerana ucapan ini mengurangkan martabat kenabian kerana ia hendak mendustakannya sekiranya seseorang itu benar Nabi. Jika ia menyebut: "Jika si anu itu Nabi, aku percayakannya.", ucapan ini tidak menjadikannya kufur. 9. Menyebut: "Hukum apa ini!" "Syariat / agama apa ini!" apabila diberi fatwa oleh alim ulama, sambil meringan-ringankannya. 10. Menyebut: "Aku berlepas diri dari Allah, atau Nabi, atau Islam" 11. Membacakan ayat-ayat Quran secara menyindir atau mempersendakannya. 12. Memaki Nabi, Malaikat 13. Menyebut: "Berapa kali dah aku sembahyang tapi tak pernah bernasib baik" "Solat apa ini!" sambil mempersendakannya. Kesemua ucapan di atas atau bentuk perkataan lain yang mempersoalkan sesuatu dalam Islam ini membawa kepada kufur dan murtad dengan syarat mempersenda, menghina dan melekehkannya dan disertai dengan iktikad dan kepercayaannya terhadap ucapan tersebut. Rujukan: Kitab KifayatulMuhtadi (Fiqh Mazhab Shafie) " di paste kat sini oleh "Zulhafiz Hebat" thanks

Lesen P

Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ... Polis : "P" mana pakcik? Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah). Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik? Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging). Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana? Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah). Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje Pak Cik : kan mudah camtu ...

Lelaki Ensem VS lelaki tak ensem

Lelaki ensem vs lelaki tak ensem Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler... kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus... kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah! kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia... kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat... kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh! kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)... kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi... kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?... kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?... kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu.... kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni? oleh Zulhafiz Hebat

ASIMO Roadshow at Queensbay Mall

Dear Friends of Queensbay Mall: Come to Queensbay Mall on November 27 to . . . 30 ASIMO Roadshow at Queensbay Mall (The World’s Most Advanced Humanoid Robot) Starting November 27 – 30, 2008 Time: 10.30 AM – 10.30 PM Venue: Central Atrium Ground Floor Additional information: Details of the road tours: One Utama, Selangor 14 November 1:30 pm, 3:30 pm, 5:30 pm and 8:00 pm 15 November 11:30 am, 1:30 pm, 3:30 pm, 5:30 pm and 8:00 pm 16 November 11:00 am, 1:00 pm, 3:00 pm, 5:00 pm and 7:45 pm City Square, Johor Bahru 20 November 5:30 pm and 8:00 pm 21 November 1:00 pm, 3:00 pm, 5:30 pm and 8:00 pm 22 November 11:30 am, 1:30 pm, 3:30 pm, 5:30 pm and 8:00 pm 23 November 11:00 am, 1:00 pm, 3:00 pm, 5:00 pm and 7:45 pm Queensbay Mall, Penang 27 November 5:30 pm and 8:00 pm 28 November 1:00 pm, 3:00 pm, 5:30 pm and 8:00 pm 29 November 11:30 am, 1:30 pm, 3:30 pm, 5:30 pm and 8:00 pm 30 November 11:00 am, 1:00 pm, 3:00 pm, 5:00 pm and 7:45 pm -- microprocessor --

November 26, 2008

Langkah bijak menjadi suami mithali

Kepada rakan2 aku yg bakal mengupgrade status level anda... yg akan menjadi ketua rumah tangga x lama lg... sedikit panduan untuk anda.. dan juga bleh dijadikan panduan pada yg lain panjang ni.. ada 50... baca pelan2 ok dimulakan dgn bismillah Langkah Bestari Suami Mithali 1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. 3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ? 6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. 11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda. 12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah. 13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ? 14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin. 15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam. 16 Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. 17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. 18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan. 19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ? 20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai. 21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga. 22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. 23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumahtangga. Sebut nama RasuluLlah apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. 24 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini. 25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia. 26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa. 27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. 28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga. 29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. 30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. 31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita. 32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum. 33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan. 34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ? 35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga. 36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga. 37 Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah. 38 Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak. 39 Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji. 40 Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah. 41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu. 42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa. 43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia. 44 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya. 45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama. 46 Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian. 47 Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati. 48 Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur. 49 Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa. 50 Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Kakuakan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang abang misai lebat dari datuk K

November 25, 2008

Fire in the hole...!

Masih anda ingat lagi, dulu-dulu, asal buhsan ja, kita pergi berperang. rahim tak habih2 kata aku pegi memburu ayam. time kita duk satu blok, lepas balik dari beli makanan buka posa, kita pegi berperang dulu. abih jam network. aku slalu kalah. matpit slalu menjadi pembunuh yang hebat. butang w,a,s,d, butang B 1234 menjadi butang yang penting. skang, takde ngan sapa dah kita nak pegi berperang. semua dah ada title (B) kat nama masing2. (mejar (B) Matpit, mejar (B) wan, mejar (B) nicham, mejar (B) rahim, mejar (B) epi, mejar (B) microprocessor ) Masih anda ingat lagi, dulu-dulu, asal buhsan ja, kita pergi berperang. rahim tak habih2 kata aku pegi memburu ayam. time kita duk satu blok, lepas balik dari beli makanan buka posa, kita pegi berperang dulu. abih jam network. aku slalu kalah. matpit slalu menjadi pembunuh yang hebat. butang w,a,s,d, butang B 1234 menjadi butang yang penting. skang, takde ngan sapa dah kita nak pegi berperang. semua dah ada title (B) kat nama masing2. (mejar (B) Matpit, mejar (B) wan, mejar (B) nicham, mejar (B) rahim, mejar (B) epi, mejar (B) microprocessor ) -- microprocessor --

Jauh Perjalanan Luas permandangan

November 24, 2008

Polis kita... mesra rakan2

Wan.. mcm dekat dgn tempat hg ja.... bahaya ni

kecantikkan lelaki & kegagahan wanita

Kecantikan Lelaki Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:- 1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran 3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun 4. Lelaki yang tenang dan lapang dada 5. Lelaki yang baik sangka 6. Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:- 1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW : "Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Wallahualam disediakan oleh Matpit....

November 21, 2008

Weh.. tengok abg kita ni baru hilang semua ngantok dn boring di tempat kerja

MAZDA 3 baru cam Matpit senyum???

sila compare... senyuman yang sama...
-- microprocessor --

Terjumpa.. Ter edit dan saja2 nak post kat sini....

Picture taken from Afdzal Camera... thanks... purposely create the tag at the bottom right of the picture to cover the date and time taken
Oleh Matpit

November 20, 2008

Nama Saya Abdul Rahim Othman Siru... Dimanakah saya skrg ni... Menyepi je

Mari Senaman Leher, Tengkuk anda

Oleh Matpit

Please leave your comment about me... thanks...

November 17, 2008

Bermain muzik utk kegembiraan dan kepuasan diri....

Bermain muzik di studio (jamm) ... adalah aktiviti sambilan ku bila ada masa terluang... kerana aku terpaksa tggu drummer aku yg masih lagi belajar kat MMU.. so bila dia cuti sem bleh la aku p jamm... dan yg best sekali lead guitar aku join motorola jgak... so senang nak diskus nak main lagu apa... just drummer je yg x khatam mengaji lg... so last week aku sempat la p jamm 5 kali... dpt la releasekan tension tempat keja.. so next jamm session would be on next year february... aku nak upload gamba aku untuk hgpa semua tengok.. aahahahaha....

Dah lama x jamm... trening dulu kat depan quensbay.. malam2.. terhibur jgak la kapel2 kat situ ahahahaha...

Tune guitar kasi baek dulu... baru feel bleh sampai.....

Disebab kan 3 org ja dalam band ni.. so kdg2 aku menyanyi.. kdg2 aku main gitar.. kadang2 main bass... saling tuka2 la.. ikut lagu.. drum je aku x reti nak katok bg sedap ahahahaha.. ni gamba aku baru nak berjinak2 katok drum ni.... sedap jgak la ahaha... tp mmg kaki dan tangan aku jd pening... xdpt nak katok berlainan rentak.... xdak bakat kott.. atau kena byak trening lg... Gamba bebudak band aku.. yg tggi sekali Main Gitar/bass/nyanyi (Geraduan UTM.. skg kat motorola.... yg baju biru Drummer (budak MMU) dan yang baju putih tu touke studio ni.. member lama.. semuanya ni schoolmate.. inilah aktiviti aku di waktu lapang 3 atau 4 bulan sekali ahahaha.... selalunya lepas jam p pekena nasi kandaq line clear atau pon nasi ganja..... lepak2 dan balik rumah... oleh Matpit

Bad time in penang...

Di ambil dari blog2 sembang kerjaya...... issue hangat skrg.. boleh dikatakan sahih info ni... Here is some data i got, are they true? Flextronics 4 days week for Month Nov and Dec. AMD Penang announced this morning VSS lay off 500 employees. Spansion force to take leave (5 days in this quarter) Jabil planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave. Agilent planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave. Jan09 might have another shutdown. No increment 2008 review. Avago no plan shutdown as no more in house production, hiring freeze. ASE shut down every fortnightly on Monday starting from Nov 3. Fairchild planned ‘Mass Vacation’ for 9 days leave in FY08 INTEL – No increment 2008 review, VSS for those under perform and massive cut cost/travel 2009, no shutdown plan yet Motorola, Penang- Still hiring+profit, suspect got government ‘look after’, Singapore cellphone plant cut 800 job and now waiting for sale. Siltera, kulim – Propose close down this Malaysian 1st Fab company, loss RM4billion in 2008 Last year heard Siltera get 6 months bonus how come now so fast close down?

"Altera is expanding, a building has been built across the street with flyover bridge somemore."

They are building a new building across the street but whether they are expanding or not, that's another question. They can just choose to move existing department in and wait for the economic crisis to end before it starts expanding.

For motorola, some departments are actually shrinking in headcount pretty badly and that's why they have to hire, not because it's expanding. They have a pretty high rate of attrition.

Some retrenchment or job cut outside Malaysia:

1.SunMicrosystem:http://www.washingtonpost.com/wpdyn/content/article/2008/11/14/AR2008111403387.html

2. British Telecom: http://www.ciol.com/News/News-Reports/British-Telecom-announces-massive-job-cut/141108112638/0/

3. Fidelity: http://money.cnn.com/2008/11/14/news/companies/fidelity/index.htm?section=money_latest

4. IBM: http://news14.com/content/local_news/trian...gh/Default.aspx

saya.. Matpit.. melaporkan untuk RancakDC2.News

November 15, 2008

KARAOKE

November 12, 2008

New life at Intel

rakan-rakan ku, 10 Nov 2008, 1st day aku keje ngan Intel Kulim, plant KM3 as Validation Engineer. 1st interview kat penang, 2nd interview kat Kulim. 1st interview mmg dia tgk satu per satu sijil2. time second interview, dia tak tgk langsung, tapi test skill-skill komputer, cam apa kah USB, PCI? BIOS? RAID, Server-client, DOS Command. Lepas aku di tawarkan keja, aku nak kena pegi orentation ngan Intel Penang, kat Plant PG9. training consist of general things kat Intel, safety, benifit. Ari ni dah ari ketiga aku kat intel. 1st day: masuk keja. pagi aku tak buat apa2, tapi ptg aku ada technical briefing pasal keje aku. 2nd day: aku dah mula diajar "camna nak buat keja aku" 3rd day: pagi aku tak buat apa2. petang aku dah praktis keja aku. kul 4 aku dapat PC, kul 5 aku dapat login ID. lepas ni bleh masuk rancak disitu, meriahkan lagi shout out. nnt aku test, brapa laju internet kat Intel. Job Scope aku akan test setiap BIOS intel yang baru. ada macam-macam test nak kena buat. compatible tak dengan board/CPU yang baru nak kuar. so, aku dapat pegang dulu CPU yang latest, mainboard yang latest, and software yang latest. aku keja dalam Lab, so aku ada banyak PC. 1 untuk guna, 2 untuk buat testing. ada lab sebelah, ari2 keje mamat ni main game yang grafik power2, cam racing. set 3D setting ke maximum and main game, aku pun join la skali. so, setiap kali kami main game, sebenarnya kami bekerja, kami buat stress test.. aku rasa, job aku lebih kurang cam matpit. testing. cuma aku test benda lain, matpit test benda lain. -- microprocessor --

November 11, 2008

Muhasabah Diri...

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t. -Mohd Zulhafiz Temizi- Kemana semua menyepi ni....

Pakcik sapa ni?

November 5, 2008

OBAMA Menang US president election....

Result.. aku print screen... 12.25PM td....
-Matpit-

November 4, 2008

PUBLIC LECTURE BY Y.A.BHG. TUN DR MAHATHIR

PUBLIC LECTURE BY Y.A.BHG. TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, CHANCELLOR, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS ON

‘NATIONAL IDENTITY AND POWER SHARING’

16 OCTOBER 2008

Tun Dr Mahathir Mohamad, the Chancellor of Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) delivered a public lecture on ‘National Identity and Power Sharing’ at the Chancellor Hall, UTP on 16 October 2008. The main objective of this annual event is to share with the staff, students and the public the knowledge and experiences that this special speaker had acquired especially during his service as the Prime Minister of Malaysia from 1981 - 2003. In his lecture, Tun Dr Mahathir said that it is quite difficult to form a national identity as Malaysian consists of multi-ethnics such as Malay, Chinese and Indian. Each ethnic values their unique culture, language and religion. Hence, it is difficult to blend in different values in order to create one Malaysian identity. In Europe for example, the national identity is easier to define as the people from the same ethnic, share the same values especially on religion. Malaysians need to be sensitive to other races and the mutual understanding had enabled the country to enjoy racial harmony. He added that through history, the Malays, as the origin of Tanah Melayu (Malaysia) have been given priority compared to other races. However, the contributions made by other races in developing our country, such as the Chinese and Indians particularly in the economic and agriculture sectors respectively, are well acknowledged. A total of almost 3,000 people including Datuk Dr Zainal Abidin Hj Kasim, Rector of UTP, government officers, UTP management committee members, staff, students, and the public attended the 1 1/2 hour lecture followed by an hour of Q&A .After the lecture, Tun Dr Mahathir visited the 22nd Engineering Design Exhibition organised by the undergraduate students of UTP before proceeding for lunch.

taken from http://www.utp.edu.my/news/public%20lecture2008.php -- microprocessor --

November 3, 2008

Microprocessor is now with microprocessor company

rakan-rakan. esok aku mula training dengan intel b4 aku dapat mula keja. lusa aku ada training dengan niosh kat sbrg jaya. Post: Test Validation Engineer. untuk mejawab soalan matpit. intel and infineon, 2 big boys in the electronic industry. intel, world biggest microchip producer while infineon world best wafer fabrication. intel ada the whole value chain of semiconductor. dari designing the IC/chip/microprocessor sampai la ke test and assembly. while infineon buat wafer fabrication ja. the plus point about infineon: kalo aku join, aku dapat banyak sangat ilmu secara formal, dari dalam kelas tentang electronic, especially tentang wafer fabrication, yang mana susah aku nak dapat dari mana-mana tempat. training untuk setahun dulu. thats the best part about infineon. tapi, time setahun tu, kita tak lagi jadi engineer, cuma trainee dan diberi elaun. lepas setahun baru jadi engineer dan dapat semua macam benifit dari infineon yang best2! untuk intel plak, even aku kontrak, the start up pay is much higher dari infineon (sebab kat infineon aku jadi trainee dulu b4 jadi engineer). kat intel aku dapat blajar on job training, bukan dari dalam kelas macam infineon. bukan aku nak kata infineon tak bagus. 2-2 company bagus. cuma skang ni aku perlukan duit untuk kawin. aku nak kena consider banyak benda. aku nak kena beli rumah, nak bagi cukup duit kenduri, nak beli macam2. kalo tak kerana ini, aku maybe akan ke infineon sebab long term mmg untung. belajar pasal wafer fabrication. (aku appreciate ilmu wafer fabrication sebab aku ada EE). aku happy dengan pilihan aku. aku dah nak mula ada komitmen dan tanggungjawab. aku kena pikir semua tu. in fact, kalo aku pilih infineon, aku pun happy, cuma maybe perit sikit bcos of the initial pay quite low for someone who is getting married in 4 months. so, kawan2, kita dah kena mula buat pilihan bukan hanya consider diri kita, tapi kena consider orang lain jugak. -- microprocessor --

November 2, 2008

Budget Kahwin Simulation

kat sini aku ada buat link untuk download simulation Excel untuk Bajet Belanja Kahwin, dari Merisik sampai ke Honey moon. Elok untuk semua orang download. Plan la budget tu, allocate sket gaji untuk kawin. semua orang dah ada calon, semua orang dah keja, tinggal nak kawin ja ni. Klik sini untuk fail Belanja Kahwin -- microprocessor --

November 1, 2008

KL Convention Center (Kick Off Session)

Pada 28 Oct 08, ada sidang kick off Session for next quarter financial year. Aku pun diberi invitation untuk menghadirinya.. Ramai yang hadir dalam sesi ni.. ada yang aku rasa cam kenal ada gak macam2 kenal.. dan ada gak yang buat-buat kenal.. haha.. Aku pun dengar taklimat dari Presiden /Ceo PETRONAS. Sedikit sebanyak memberi penerangan yang jelas hala tuju Petronas, dan daripada taklimat tu semua peringkat hendaklah berkerjasama untuk kepentingan negara dan PETRONAS.. -epi-

KL Tower Site Visit

KL Tower Site Visit for training program.. Masa bulan puasa hari tu.. aku berpeluang pergi ke KL Tower dan naik ke atas secara percuma.. haha.. xde la sebab business visit.. so jd VIP la kejap, sebab nak discuss nak sewa ballroom kat atas menara tu.. tempat dia luas kat atas tu.. kalau kat situ nak wat weding ceramony ok gak.. bleh buat kat "Open roof top" haha rasa cm angin kuat ja kat atas tu.. syahduuu.. apa lagi afdzal dan izuan "open roof top" la.. Aku tolong promote KL Tower.. Ballroom dia besar tp tak menepati requirement training yang nak di jalankan.. harga dia pun ok.. xde la mahal sgt dlm budget lagi.. Kalau nak tau ni la KL Tower.. huhu tinggi tuh.. gayat aku kat atas sana.. tp seronok leh nmpak seluruh KL terutamanya Kampung di tengah-tengah kota.. Kampung Baru..Umah Rahim bleh nampak gak.. haha.. Gambar atas ni ialah kristal lampu kat syiling dekat dengan lif nak naik atas, best gak naik pasni dia nak wat glass lif so.. kita rasa cm terbang naik ke atas.. seram ooo... nie kat bawah lagi tak naik atas lagi.. open air stage dia.. kat sini leh wat macam-macam function.. nak wat konsert pun bleh.. ni kat entrance dia nak naik lif.. ermm.. hari tu dia cadangan dgr cadangan sapa-sapa berminat yang nak wat flying fox dari atas menara KL ke KLCC sejauh 1000 meter.. haha.. berminat? bleh kemukakan cadangan kat menara KL ok?.. aku naik kat open deck tu pun belum tentu.. haha.. 2 gambar kat atas nie, adalah permandangan kampung baru.. nampak tak Rahim?? hehe.. hari tu masa 1st puasa aku sempat la pergi ke rumah rahim... berbuka puasa kat rumah dia.. Thanks Rahim.. Raya aku xsempat la plak nak pi.. ada keje, kena out station.. Belah sini plak aku pun tak pasti belah mana.. tp aku rasa belah jalan Ampang dekat ngan Ampang park.. sebab dekat situ ada Hotel Nikko.. ermm.. aku rasa la gambar ni kat belah situ.. haha Sini kalau tak tau gak aku pun tak tau nak kata apa la.. tu nampak tak Fizi kat tingkat 63 tu tgh minum air.. hehe.. okla setakat ini saja la coretan aktiviti aku masa kerja ni.. hehe.. Maaf sebab lama sgt nak amik masa nak tulis kat blog nie.. -epi-

Minyak Turun lagi... (15 Sen)

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Kerajaan sebentar tadi mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok. Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter. Penurunan harga minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di Putrajaya. Pelarasan terakhir pada 14 Oktober lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20. Pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50. Pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).