RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

June 30, 2008

Sahabat semua.. sila update calendar anda...


Sila update dan mark kalendar kalian semua....


yg meng"update"

-Matpit-

June 29, 2008

bercuti di pulau langkawi

aku pegi holiday untuk 1 malam saja kat pulau langkawi bersama2 famili aku. planningnya nak pegi jumpa adik aku yang stadi kat mrsm langkawi. aku tak sempat nak pegi tgk penguin kat underwater world. maybe next time. nothing much to say sebab aku pegi hanya 1 malam, 26 jam ja kat langkawi. layan adik2 aku kat tepi pantai (macam penang takde pantai). shopping2 sket. (macam penang takde tempat shopping) haha. tapi the best thing is being together with the famili.

saya di jeti langkawi

-- microprocessor --

Good bye student life, hello working life!

esok first day aku bekerja sebagai software engineer + business consultant di sebuah company kecik, tak sebesar intel, amd, motorola, agilent, flextronics mahupun petronas. terletak di georgetown. penang. ofis betul2 di sebelah menara umno, penang. depa contact aku hari khamis 19 hb jun untuk di interview pada 20 jun (jumaat), pukul 3 petang. lepas pegi interview untuk 1 jam, aku rush ke alor setar untuk buat system untuk 1 company kat sana. pada 25 hb jun, company tu call balik for second interview pada 26 hb jun. aku rush dari alor setar pada pagi 26 jun untuk pegi ke second interview ni dan interiview di agilent pada petangnya. aku sempat siapkan system untuk company di alor setar, b4 aku balik ke penang. selepas sembang2 dengan CEO company tu, CEO tu nak amik aku keja n tanya bila bleh mula. aku catit kat borang application, aku bleh mula 1 julai. dia nak aku keja 30 jun. so, aku stuju. dengan gaji permulaan yang agak menarik + 20% komisyen selepas projek siap, aku amat bersyukur aku dapat keja dalam bulan ni, selepas genap sebulan aku abih utp. sempat aku rehat2 minda selepas 20 tahun lebih aku baca buku. company ni develope system untuk Small and medium enterprise (SME). antara sistem2 yang dibuat adalah seperti POS (point of sales), ERP (entreprise resource planning), CRM(customer relationship management) dan CMS (Content Management System. <-- FYP MatPit). ada 3 cawangan, 1 di singapore, 1 di thailand and 1 di penang, malaysia. more info klik --> http://www.variegate.biz/ ini peluang aku nak guna technical skill aku and at the same time belajar pasal business. apa yang aku idam2kan selama ni! so, esok first day aku. doakan kejayaan aku.. void main (){ cout << "Good bye the best student life ever.../n/n"; cout<< "Hello working life!"; } -- microprocessor --

Memancing di Kampar dan di lubuk seram.. haha

Aktiviti memancing

aktiviti memancing kami rancang pada mulanya dirancang sebab Nicham dan Izuan "teruja" dengan geng kaki pancing yang dpt "peacock bass" kat Kota Bharu, Perak... area situ byk lombong.. hehe.. so mula2 nak ikut diorang pi pancing tp diorang nak ajak pi kul 4.00 pagi.. adeh.. awal gila.. pastu kami mula2 rancang nak pi pas subuh.. tp xjd sebab awal sgt haha.. pastu bergerak dlm kul 8 lebih gak la.. cari tempat lombong pergh susah giler kena lalu tepi rel keretapi tanah melayu pastu dah la kena panjat pagar plak tu.. rasa cam penceroboh plak.. haha..


pastu kami pun sampai ke destinasi walaupun sesat 2,3 kali kat area tu diorang bg jalan shortcut tp xjumpa jalan shortcut tu terpaksa ikut jalan jauh.. hehe.. sampai tempat kejadian wan pun teruja nak memancing.. tp xbawa umpan hidup bawa yang tipu je.. hehe.. ada la gak dekat2 sejam kat situ hari nmpk cm nak ujan je.. pas tu dgr bunyi moto kat belakang tepi rel keretapi.. hehe.. "woi korang wat pe ni" kata pejaga rel.. kami semua dah panik dah dah masuk tempat tu seram jer.. pastu lalu tepi rel plak tu haha.. kami pun cadang nak kuar la.. kami slow talk ngan uncle jaga rel dan kuar dengan selamatnya.. haha.. first and last masuk situ..


Kami meneruskan perjalanan ke Kampar, sebab iuan pun ada cerita skit kat sana.. hehe.. kami pi pancing depan ngan UTAR, Kampar.. byk gak ikan kami dapat.. hehe tp dpt pastu lepas balik.. ada 2,3 ekor je yang ambil.. hehe.. semua gambar2 nie dok posing ngan hasil tangkapan sendiri hehe..


byk gak ikan2 kat sini.. tempat pun selesa, ramai org xde org nak kacau.. panggil "woi..woi" haha.. cuak gak masa tu... kat tempat seram tu.. hehe..(moral : jangan ceroboh rel keretapi).



Semua gembira ngan tangkapan masing2... tp ada gak yang pening2 sebab panas kot kat tempat tu panas terik... tp bg first time cm aku ni.. mmg excited sgt2.. haha..okla good experience for me.. sekurang2 nya tahu cm ner nak lempar joran, kalau org tanya nnt.. hehe.



Aku rasa setakat ni je ko update dari aku.. sapa2 nak tambah bg sedap cerita nie.. haha.. aku harap byk lagi update bergambar.. sebab ada orang xsuka baca2 ni.. so letak cerita bergambar lagi bagus.. hehe.. ok that's all from me.. jumpa lagi pada update akan datang..

-epi-

June 27, 2008

nicham's update

first of all, sorry coz lame da x update bcoz aku bz recently. today baru aku rase free skit to update my part of cream crackers blog!

here goes....
aku balek on 25th May. so sebulan lepas.. aku naek belon kaler merah putih... mmg ramai gler manusia tyme tuh.. since its school holiday! aku plak kelaparan since blum lunch, aku pegi mekdi and had double cheese burger set. lol.. (takde kaitan pon)

sampai2 je kuching, hari hujan. hujan rahmat le tuh...



i miss home so much.. there's no place like home! every day view.. 1st week aku xwat pe pun.. most of the time take a rest and help my family specially my parents around. rindu sgt kat family =) (aku balik 4/5months sekali ok, not 2 weeks skali =p)



next episode.
birthday girl celebrating her birthday! alya nama dia... salah seorang daripada anak2 aku yg comel2.... (birthday girl tgh buka hadiah)


ni plak gambar anak2 aku. 5 daripada 13org, haha. (keringla poket tyme raya nanti)
.
basically not much happening. (ade je tapi takmo share =p) and aku skg ni dah jadi cikgu selama 3 minggu. anak2 murid aku 80% berolah (nakal) so terpaksa layan kerenah budak2 tuh... best gak jadi cikgu nih.. (eventho last time aku kata aku xkan jadi cikgu/tutr/lecturer since aku susah nak ajar org) but still aku manage gak ajar budak2 nih. hahaa... not bad! never say we cant until we give it a try! (for certain things)

smp sini dulu.. kalo ade ape2 lg nanti aku update. (tak sabar menunggu esok)

-cikgu nicham-

Sekitar Dean List Award (Sem Jan 070

Alhamdulillah.. semua hebat2 belaka.....


Hero2 tie belang.... bukan hidung belang ek.....




Masa ni x rancakDiSitu lagi... Masih Lagi RancakDiManaMana... Godfather x masuk corumn lg... Aziz Masih lagi mcm dulu.. Lone Ranger.. TP tu xdak masalah bg kami.. (ye ke)
Kemanakah Kalian2 semua...
Wan sila update List nama haritu... Ramai Status dah berubah ni... Status kerja dan juga Status Diri (ada yg tgh angau... ahahaha)
Aku x dpt nak post byak2... aku kena limit... nanti apa plak org kate,, cukup la sekadar sebula 2 atau 3 post... kepada kalian2 semua... teruskan lah berkarya... Kita buka open topic.. selain perihal peribadi... letak la pape pon yg hgpa rasa nak kongsi bersama.. mcm (gambar2 menarik, Link2 Menarik, apa apa aje la)
Sekian... Dari MATPIT

June 24, 2008

Calon-calon Bapa Mithali

Post kali ini mengetengahkan 2 org calon yang boleh di katakan mempunyai sifat-sifat bapa mithali dari perwatakkan yang matang menggambarkan ke peribadian yang tinggi.. anda boleh nilai sendiri keperibadian yang di tonjolkan oleh kedua-dua calon ini.

Calon 1.



Calon 2

anda boleh nilai betapa kasih dan sayangnya mereka ini.. boleh di buat bapa yang mithali... contoh bapa mithali...

-epi-

June 17, 2008

Interview di Flextronics, Bukit Minyak, Pulau Pinang

aku dpt call dari all staff mgu lepas, tanya kan status aku. bila dpt tahu aku free, dia tanya "mahukah anda bekerja di tempat di mana anda melakukan praktikal di bukit minyak?" aku dapat agak dengan pastu, mesti flextronics, bukan celestica, sebab celestica kat Kulim Hi tech hari jumaat mgu lepas, orang yang sama call mintak antar resume and sijil2 yang berkaitan. Ari Isnin (semalam) dia call untuk bagi tahu kat aku yang aku dah dp interview ngan flextronics, Selasa pukul 3 ptg. ari ni, ari selasa, kul 2 ptg aku kuar umah. aku tahu Flextronics kat mana sebab pernah lalu area tu. dulunya solectron, skang ni flextronics. flextronics beli solectron time kita intern, time flextronics bayan lepas di tutup. semua orang heran, flextronics bayan lepas di tutup, tapi blei solectron world wide dgn harga 3 Billion USD. itu business, kita pekerja bawahan ni cuma nampak apa yang dekat, bos bos kat atas tu memandangdari 30000 kaki diudara, so they have bigger picture. aku sampai kat Fextronics bkt myk pukul 230, hanya 30 min perjalanan. 18 KM dari umah. traffic heavy n slow, kalo tak, 20 minit bleh smpai. pukul 245 aku call interviewer, bagitahu yang aku dah sampai. dia suruh aku isi borang application form, pukul 310 interview, kul 340 abih. kalo dpt, mgu depan dpt tahu result. kena masuk ERP team, buat programming guna language yang dah lama, dah 10 tahun. dia kata, language tu adik bradik pascal. "Informix" namanya. kul 345 aku balik, kul 415 smpai umah. kalo aku dpt, aku tak payah cross brij ari2. best2. naik moto, bsave myk gelen2, save duit juta2... --microprocessor--

Pictures That Tell a Thousand Words: Koleksi bulan April 2008 kat UTP

Pictures That Tell a Thousand Words: Koleksi bulan April 2008 kat UTP..

satu gambar.. seribu kenangan.. seribu pengertian.. seribu pengorbanan..

lepas ni dah xdpt dah mcm ni... student life.. campus life.. sekali je seumur hidup... harap semua x lupa kenangan bersama... biar manis mahupon pahit... suka dan duka... ahahhahaa... best kan..

all the best guys.. sama2 kita doakan kejayaan masing2.. insyallah persahabatan kita ni. bukan setakat ni saja...

lihat dan hayati......


















yg suka bangat lihat gambar2 kalian...
-MATPIT-

Jejak Kasihan...

Kami semua amat ternanti2 kepulangan anda... nanti dah kerja dgn PETRONAS... jgn lupa voucher minyak ok..
Yg Perihatin
-MATPIT-

June 14, 2008

Trip ke kenduri Izuan..

Eh.. silap tajuk tu trip ke kenduri adik izuan..hehe.. Pada 11/4/2006 yang lepas kira dekat2 setahun la gak masuk UTP.. adik izuan telah melangsungkan perkahwinannya.. trip kami ini secara rancang dan gerak je on the spot.. kalau rancang lama confirm xjd.. so kami gerak awal.. berbekalkan map ataupun bahasa linguafranca nya peta, kami pun bergerak ke Bukit Merah, Perak Darul Ridzuan.. yang turut serta dlm trip ini antaranya afdzal, matpit, nicham, rahim dan aku sendiri.. Izuan dah balik awal dah.. tu yang dia tinggal peta je.. hehe..


Setelah satu jam perjalanan dipendekkan cerita.. kami pun sampai di selekoh nak masuk penempatan teratak umah nenek Izuan.. hehe.. masuk je lorong tu dlm kampung kami sesat ikut ban bendang@sawah.. jumpa tali air.. suasana kampung yang meriah best giler..kalau raya pasang pelita satu kampung pergh.. terasa tu.. suasana raya.. dah2 pasal raya.. masa masuk dengan penuh confiden matpit menjadi tourist guide yang baca peta(matpit kalau silap fakta hang betulkan) haha.. dia silap baca peta terus sesat masuk kampung org lain.. hehe.
Pastu patah balik, baru jumpa jalan yang betul hehe.. Izuan tggu ngan moto.... pastu parking keta kami berjalan atas jalan tar .. setelah makan2 kami pun pi meninjau kawasan kampung izuan.

Pastu perjalanan diteruskan ke PENANG.. last minute plan... haha.. aku xjoin sebab aku join separuh jalan pastu aku balik ke Sungai Petani naik bas.. xpe2 trip nie aku minta sapa2 yang join buat ulasan.. hehe.. cuma aku dengar orang utara yang beria-ia naik feri pahadal dah jemu nak feri dah.. hahhaa...

Pastu aku dgr diorang semua pi komtar la, USM la.. byk gak tempat diorang pi.. jeles aku xpe2.. aku la nie dah jadi org penang balik xjd org kedah dah.. sebab dah pindah balik mai penang.. hehe..

Pergh posing maut tu.. tinggi nya komtar aku pun xpenah sampai situ lagi.. takat naik GAMA jer.. tu pun aku x tadika lagi dulu.. hehehe.. skit coretan kenangan dr aku..

-epi-

June 12, 2008

best best..

ahahaha.. best giler bace karya afdzal kat bawah.. tu baru aktiviti pukul 11 mlm je... belom lg 23 jam yg lain... sapa2 rajin, buat la.. boleh kita sambung2 nanti..... -MATPIT-

pukul 12 tgh mlm

skang ni, bila lepak umah, kul 11 mlm tu dah consider lewat. semua orang dah tido...kawasan perumahan dah sunyi. kalo kat UTP, kul 12 or 1 malam kita akan slalu 1) "weh, assignment nak kena antar esok, dah buat ke? doc kata nak kena antar kul 3 petang latest!" "weh, ada assignment ke? asal aku tak tau???" 2) "weh, ironman dah kuar!! rmbv tu.....pergh, clear gambar...!" 3) "weh, aku lapar la, jom mapley jom, mana? taman maju ka sithik?" "sithik la, happening sket" 4) "cafe dah tutup blum? kopetro tutup blum?" 5) "weh. sapa plak kat bilik telepon ni? aku plak nak guna" 6) "jom layan mission imposible/mcGyver" 7) "aisey, esok aku ada janji diana/date ngan shuhani la..." 8) "interim ko dah siap blum?" "aku tak payah buat interim, antar final report ja" 9) "weh, apasal server DC++ down plak ni? PM fire_chrome jap!" 10) "jap gi ada orang nak datang bilik aku ni, nak amik lampu meja aku, aku jual kat K5" 11) "PPPPPOOOOOOOMMMMMMMMM!!!!!!!" <---- bunyi mercun, perabih stok raya 12) "aaarggghh.....asal coding aku tak jalan lagi ni.." 13) "internet down lagi!!" 14) "internet up blum? wifi up? aisey, kena tgu esok la itms betul kan" 15) "tet tteett tet tteet tteeeet tete ttetet tteteeet" <--- bunyi henfon monophonic microprocessor 16) "miau miau miau miau miau miau miau" <--- bunyi henfon polifonik rumet microprocessor 17) "HAHAHAHAHAHHHAH HAHAHAHAH HAHHAHAHA" <---- cawan_kita gelak lagi... 18) "weh, apsal wan tido awal sgt? aaaa esok dia keje...." 19) "weh, grup diskasyen bila nak buat ni? lagi 3 ari nak assignment? apa? doctor extend submission date? mana ko tahu? ada kat elearning? aisey, internet down la plak nak cek, bila doctor ckp? dlm kelas? aaaaa sambung layan series la," sambil klik icon DC++ 20) "tuit tuit tuit tuit deshum deshum tiut tiut tiut" --- waimeng tgh layan street fighter 21) "AAAAAAAA HAHAHAHAH HAHHAHAHA" <---- aziz gelak lagi... 22) "kling kling kling kling" <--- god father tgh pau milo microprocessor kat dapur 23) "ssshhrrrriiii, ceng cong ceng" <--- wan tgh masak megi skang ni, kul 11, "nanti abang tutup lampu kalo nak tidoq...." --microprocessor--

June 11, 2008

Akhirnya.. Sate Bota..

Setelah lama mengidam sate Bota, yang 2,3 kali pi tak dapat2 akhirnya minggu terakhir di UTP akhirnya dapat jugak pi makan sate Bota...

hehe.. tgk2 balik teringat kat hampa semua..

-epi-

erm.... cedapnye.. nyum.. nyum.. nyum...

"Erm.. nyum.. nyum... teringat buah hati kat Kampar"

"ops.. ops.. senyum dulu..... nngap... nyum.. nyum...."


"nganga luas..... ngaum......"

ikhlas dari

-MATPIT-

Job Vacancy

Dear all Cream Crackers, Kindly be informed that we have a position for you guys out there. Please forward your resume to me ASAP. Closing date by this week. 1) Fresh Engineers 2) HR Executive izuan.ahamad@finisar.com note: kalo korang ade kwn2 yg minat nk mintak hntr je la cv kt aku...nanti aku shortlist kan utk dtg intebiu.ok

June 10, 2008

Latest update to our blog

Banner baru.. kali ni dgn nama masing2 dibawah gambar... (see banner) as requested by saudara epi kat dalam Shoutbox... any comment and suggestion are welcome.... thank you -MATPIT-

Minyak Naik

Minyak dok naik jer...gaji aku tak naik pon...ampeh btul..skrg ni aku naik kancil pon nk balik cameron da kene isi RM30. Kalo aku isi RM20 cukup2 smpi umah jer...kalo tak Jem Ok laa...paling sakit hati aku last weekend..aku blk kejap hntr mak aku..aku tgk sign board Brichang 3KM...tapi amek mase 2 jam nk smpi...ampeh btul...pesal la ramai sgt org dtg cameron...nasib baik la time tu ujan lebat..kalo tak da lame aku tinggal kete aku tepi jalan n jalan kaki jer...pastu plak minyak aku nk kering gak time tu...nasib baik la time da depan petronas baru dok terhenjut2..haaha...ok lah...korang tgk la oil price comparison kt bwh ni..."Harga minyak negara Kita lebih murah berbanding negara2 jiran..."..(cam sial punye statement) UAE-- RM1.19/litre Bahrain-- RM0.87/litre Qatar-- RM0.68/litre Kuwait-- RM0.67/litre Saudi Arabia-- RM0.38/litre Iran--RM0.35/litre Nigeria-- RM0.32/litre Turkmenistan-- RM0.25/litre Venezuela-- RM0.16/litre MALAYSIA-- RM2.70/litre -wanc--

BUDAK JUJUR PUNYE STATUS

Saje aku nk tau Status korang...mane2 yg da dpt keje tu congrats...saje nk tau korang keje kt kompeni mane skrg...mane tau kot2 nk cari keje lain plak..aku pon nk join...so..sape2 yg rajin tu tolong isikan k? 1)Epi 2)Afdzal - Part time system and web page developer (aku still nak enjoy life tanpa masalah aku. Masalah PALING besar aku skang ni adalah untuk amik remote control TV yang jauh nya 2.5 meter dari aku.) 3)Wan- Finisar Malaysia Sdn Bhd 4)Nicham - SMK Pending, Selamat Petang Cikgu! 5)Rahim 6)Matpit- Motorola Technology Sdn Bhd 7)Aziz 8)Fizi n bdk2 yg konon2 tak jujur 9)Maya 10)Dhea 11)Tasya -wanc-

June 9, 2008

Kenangan Memasak..

Kalau sebut pasal pasal memasak izuan la chef dia, macam2 dia bleh masak dari yang dia tau masak sampai la hentam saja lah... hehe.. aktiviti memasak selalu dijalankan ketika free jer.. lain bungkus jer.. hehe selalunya masak dilakukan secara berjemaah.. hehe biasa la budak2 lelaki masak.. sedap... hahaha.. tp mmg sedap pun.. antara yang selalu dimasak nasi goreng, goreng telur, goreng burger.. haha nie yang common la.. tp yang jarang2 masak seperti tomyam.. sedap tu. matpit tambah berapa kali nasi.. betul x matpit haha... gambar di bawah ni bukti kami nie tahu memasak ala2 boleh buka restoran.. haha.. sedap tu

Ni gambar Tomyam yang tgh masak.. penuh udang tu sekilo udang dalam Tomyam tu.. haha puas makan.. haha.. gambar Tomyam yang telah dia masak pula di bawah.. perghh.. pekat merah menyala pedas tp sedap.. hehe... terliur aku tgk..

-epi-

Walimatulurus??

Thanks matpit, xpe nnt aku tempah hang soh design kad aku.. ermm nama kat situ xberapa betul la xde siti la dan bukannya Firdaus.. nama dia start ngan nor... tapi yang paling penting dan pastinya dia xde berpangkat2 engku ke, sharifah ke, wan ke, Tengku ke, Tan sri ke... Dia just org biasa je.. xde kira pangkat dan darjat... ok paham tu.. xpe2 nnt dah confirm aku bgtau.. haha cam ye ye je.. haha... aku tau izuan xlama lagi pastu matpit lak dan mertua panggil pi umah dah kira xlama dah.. simpan lama2 pun wat pe kan.. haha.. aku nak tumpu karier dulu.. simpan duit tlg keluarga dulu..pas tu br leh pikir.. ok nak perbetul nama tu jer.. haha.. letak jer tanda soal kat ruangan tu.. haha.. -epi-

Banner Baru....

Latest update utk Blog kita...


Aku design banner baru untuk RancakDiSitu.blogspot... untuk mengantikan banner lama.. tapi banner lama still ada dalam archive... kalu ada masa.. aku akan design lagi banner2 baru.. untuk menceriakan lagi blog kita ni.. kepada saudara nizam.. sentuhan dari anda amat2 la dialu2kan.. ko kan "Dewa Photoshop"..


The previous banner

Latest "new" Banner



apa2 cadangan dan komen amatla dialu alukan untuk kemajuan dan perkembangan blog ni.. sekian...

-MATPIT-

khas utk epi....


khas aku edit sket dari internet utk epi.. ahahahaha... selamat berbahagia.. kalu nama pasangan salah.. sila sms aku.. aku edit balik ok..... tahniah tahniah
-MATPIT-

June 8, 2008

"Aku bertunang!! i'm Engaged!! "

Pada 7 Jun 2008, satu rombongan meminang ke Perlis telah di aturkan, ke suatu tempat di mana tu specific aku xtau sgt tp betul2 depan seberang jalan Galeri diraja sebelah istana raja Perlis.. Aku pun join rombongan tu.. hehe suspen jer bukan aku bertunang pun tp adik abg ipar aku bertunang.. aku lambat lagi.. haha xpe2 masih ada peluang sapa2 nak ngorat aku.. haha.. promote la plak.. aku pi sana aku join la perbincangan pertunangan tp aku xbersuara aku just biarkan org2 yang lebih tua dr aku bersuara.. nie first time aku join perbincangan secara face 2 face.. haha.. aku ingat ada pantun2 .. hehe rupanya dah xde dah.. hahaha.. selesai perbincangan agak mahal la perbelanjaan y yang di tetapkan total :

Belanja Hangus : RM 10,000
Mas Kawin : RM 2202
Langkah bendul : Sepersalinan (tu je yang aku dgr)

Aku just wat guide pada sapa2 berkenan kat org2 Perlis, hehe mahal gak tu.. huhu xpe2 leh wat Personal Finance loan.. kalau duit xcukup... dah tutup pasal tunang-tunang nie bukan aku yang tunang nak citer lebih2 pun.. haha.. xpe aku cari belanja yang murah2 dah la.. ermm dgr kata belah pantai timur murah, belanja la.. yang syarat2 lain aku xselidik lagi br tanya belanja je.. hehe.. so yang kata aku dah bertunang tu adik abang ipar aku la.. bkn aku.. haha saja nak wat havoc jer.. hehe

Pastu rombongan aku meneruskan perjalanan ke sempadan Thai- Malaysia (Padang Besar).. hehe pi pun kejap je sebab ada agenda lain lagi.. so aku pi beli toto.. hehe kan bagus kalau leh pi Rantau Panjang.. ehem..ehemm.. dah2.. tu citer lain.. lain2 xleh nak beli apa-apa bukan apa sebab kebanyakkan semua penjual "jual mahal @ xnak layan" nak kurang sekupang pun xmau.. iskk..iskk.. aku pun x jadi beli jersi yang aku nak sebab mahal sgt dan xnk kurang langsung so.. (nasihat jgn pi sana waktu cuti sekolah, kalau nak pi pun pi pakai kain pelikat ngan baju pagoda ja.. hehe confom dpt murah..) xpe2 nnt aku pi Rantau Panjang aku pi beli haha..



Rombongan aku meneruskan perjalanan ke Ladang Mempelam MOA Inc Tobiar (org Kedah sebut Tobiaq) .. aku pi beli mempelam yang baru dipetik dari pokok mempelam yang genrenti manis.. kalau nak makan free pun bleh jer.. hehe.. dibuka 10 pg - 5ptg mmg manis aku beli.. hehe.. gambar bwh ni aku amik masa nak balik hehe.. tu ladang mempelam besar gak, diorang wat jus mempelam guna mempelam nie la yang jenama mahal2.. hehe (ntah bro tu kata)


Ini lah serba sedikit update dari aku, hehe.. yang penting aku masih lagi single.. hehe xbertunang lagi aku lambat lagi.. xpe2 aku pelepas kawan2 aku dulu.. okla.. maaf aku lama xupdate.. busy wat persiapan rombongan adik abg ipar aku nie.. (nak pi Rantau Panjang pun lambat lagi..) hehe :)...

wasalam..

-epi-

kenangan lama......

sengaja aku post gambar ni... gambar kat bawah ni keduanya bertarikh 16 july 2005 dimana adalah hari pertama aku kat UTP mendaftar sebagai pelajar SAH UTP.... aku rasa tarikh ni jgak tarikh yg yg sama utk hgpa semua Batch JULY 05...



gambar pertama.. masa nak p dengar briefing kat Chancelor Hall.. selepas selesai registration hostel kat V2... ahahah.. ramai jgak budak2 masuk UTP... dlm ramai2 tu aku amat keseorangan sbab xdakk budak dari kolej aku lansung.. sampai la saat akhir aku meninggal kan utp.. xdak pon... nasib baik jumpa hgpa semua... otak boelh masuk dgn aku... ahahahahah


Gambar kedua ialah gambar pertama aku dalam bilik aku.. ahahah aku dah lupa la no bilik apa dia... masa ni la aku kenai dgn rumate pertama aku kat utp.. hgpa semua mesti kenal dgn Encik PUNDAK.. atau nama sebenar Nurul Amin.. eh ye ke.. ye kot.. eheheh sorry pundak.. ahahahaha... 2 sem jgak aku dok dgn pundak.. byak jgk suka duka.. ahahahah..

itulah beberapa kenagan aku 1st day kat utp.. harap korang bleh la share sama.. since masa tu kita mmg saling x kenal lagi... dan xtau pon akan jumpa dan jadi member gila2 ahahahaha...

ikhlas dari

- MATPIT-

weh.. kemana kamu semua menghilang...


ni gambar aku masa homestay kat Klang.. rumah mak mertua.... ahahaha baru lepas bergotong royong cangkul tanah merah yg baru turun dari lori.. cangkul dan sodok masuk dlm keter sorong... ahaha ramai jgak.. dgn bakal2 abg ipar dan bapak sedara ahahahaha.... kasut yg bleh blah tu....


-MATPIT-

June 6, 2008

aku pon nak bekerja sambilan...

weh.. kalu ada lubang2 kerja sambilan dari rumah... mcm yg afdzal ckp tu.. x ksah la wat apa.. webpage ka.. asalkan dari rumah... pasing mai la.. aku tgh memikirkan utk wat side income ni.. skg ni kita kena ada side income.. walaupon fixed income kite tinggi... aku pon tgh survey2 jgak nih... apa nanti aku post kat sini... nak kaya.. jom kaya sama2.... by the way.. for those yg dpt petronas... alhamdulillah... tahniah... eppi apa cita ni... pool hg dok lawan dgn wan ni dok sama2 bersaing..... xpa la.. aku x kisah..s ebab hagpa dua dekat ja kalu wat kenduri.. aku boleh p tanpa pikir panjang... weh.. aku rindu nak dengar wan gelak.. wan.. rakam la.. pastu letak kat youtube.. paste link kat sini.. siapa2 nak buat pon ok.. nizam ka... eppi ka... rahim ka... aku ka ahahahahaha.. -MATPIT-

aku dah balik penang

akum kawan2.. aku baru saja sampai penang.. bas lepas jumaat td... setelah 2 hari aku ber"homestay" kat klang... insyallah hari selasa depan aku masuk Motorola.. Position Software testing engineer... contract under manpower... the best thing is.. sekarang ni.. kontract bukan la bermaksud kite bond dgn depa.. kita boleh berenti bila2 masa saja.. lepas bg notice 1 bulan... cuma pekerja kontrak ni x dpt byak benefit la mcm permanent... gaji ok.. alhamdulillah la untuk permulaan mcm aku ni... aku dengar depa ada beberapa kekosongan utk jawatan ni.. jom la apply.. boleh jumpa hari2 lagi.. tu pon kalu hgpa x boring dok tengok muka aku hari hari ahahaha... aku rasa aku dah dijalan yg betul.. aku akan gunakan peluang ni utk gain as much as possible skill dan mcm lagi la... aku akan gunakan experience kat motorola ni sbg stepping stone utk aku bergerak dlm bidang kerjaya ni.. kawan2 semua.. doakan kejayaan aku ok... kawan2 semua.. kalu ada nasihat dan panduan aku amat alu alukan... thanks pada siapa yg nak kena cross bridge.. kos anda semakin naik dgn harga minyak yg mcm sial ni... so mai la penang.. cari rumah setinggan... byak jgak ada... -Matpit-

June 5, 2008

keja-keja sambilan

ari isnin ni aku akan ke alor star untuk buat keja sambilan, buat web page untuk uncle aku. buhsan2 lepak umah, baik lepak kat alor star, buat web page. bukan susah nak buat pun bagi budak IT cam kita. dpt upah ratus-ratusan pun jadi la...dari duk umah mengabihkan beras umah aku. dah la beras mahal, minyak pun mahal...abih tu camna? makan angin jom! -- microprocessor --

June 4, 2008

Aku yang di dalam CC

Wahai kawan2 mari baca Quran~ Hehe saje je.. Weh td skali group ade kol korg x? Aku rasa yang seminar kita dok attended kat Medan Gopeng dlu la. So dia suh aku attend interview ngn MDEC kat Sentul KL. Mcm2 diorg offer kan? Programmer, web developer, even executive pon ada. Hehe kalo free mari la kite attend eh. Dapat training ngn allowance RM600 sebulan. Pikir2 ok ke x eh? -waimeng-

Job hunter...

tadi agilent penang call aku nak tanya status aku. HR officer tu kata, dia akan forwardkan resume aku ke manager yang berkenaan. manager apa aku tak tau. skang ni aku tgh tgu call dari motorola. shud be depa call by this week. latest by friday nak set date. tgu n doa ja la ni.. la ni, intel, motorola n agilent dalam list. doa doa doa n tgu... skang aku nak tanya, mana satu korang rasa best, jadi enginneer yang gaji RM2500 sebulan, yang saudara mara kita kata "anak dia tu engineer" atau keja sendiri yang gaji RM5000 tapi tak professional (design n jual web page dari rumah?) -------edit------ saya lupa tulis nama sana --microprocessor-- ------------------

June 3, 2008

job hunting

aku pegi intel walk in interview ari sabtu lepas, b4 aku balik perlis. lepas depa tau kata aku bleh buat C++ programming, depa antar aku kat dept yang epi join time intern. biasa2 soalan common interview. then depa tanya soalan teknikal programming. 1) what is major diffrence C++ n C? -- saya tak tau, sebab saya tak pernah pegang C. saya examption time deg sebab buat C++ time dip 2) is this valid or not for (;;){ } what will this syntax do? --- this syntax valid and will do lopping again and again aku jawab valid dan aku dgr antara depa berbisik (he is a good programmer) 3) create a link list --- aku tak dpt buat sebab masa amik data struct, programing link list aku tak buat, team member aku buat, nyesal gila tak buat, kan dah tak dpt jawab tadi ada orang dari manpower- agency keja call aku, nak cari test engineer untuk motorola. ada beberapa detail dia habaq n tunggu sampai jumaat ni untuk motorola call untuk buat interview. matpit, ari tu hang p interview motorola apa crita? jawatan apa? keja lama time hang intern? kawan2 yang lain apa crita, 4 orang ja active kat blog ni, yang lain takmo share ka? ka bz ngan keja? wan, hang apa crita la ni? nizam, bz ngan aweks-aweks kuching ka? rahim, banyak ko dpt interview? mana satu yang dah offer keja? ok la, saya mau tido sudah pukul 12 mlm. esok aku post lain. -- microprocessor --

Aku Pun Masih Di sini

Assalamualaikum.. Maafkan aku kerana mendiamkan diri seketika.. hehe aku sedang mangusahakan ladang anggur yang agak besar sekarang nie.. hehe.. aku xwat pe2 lagi masa hr tu pi UTP. aku pi sana dengan penuh semangat berkobar2.. hehe.. walaupun aku batuk2 skit.. haha. aku sampai kat UTP, jam menunjukkan 10.10 am, aku tgk ramai dah dak2 scholar ada kat sana, ternyata aku telah terlewat.. seperti biasa kena ceramah dulu semua org sebab program mula kul 10 am tp yang paling awal dtg pun 10.05am.. kira aku xlewat sgt la kot. hehe.. briefing dr ESU pastu.. masa yang ditunggu2.. result interview. kami biarkan org lain beratur dulu.. pas tu br pi beratur fizi beratur depan aku.. Alhamdulillah, fizi recommended, masa time aku nak amik surat.. en jailani(SSS) kata nama aku xde dlm list maybe kat KLCC lagi.. hampa hati ku.. tp dia soh pi kat sebelah kaunter tu letak nama dan alamat... pastu aku tanya bila bleh dpt?, akak tu menjawab "minggu depan".. hati ku pasrah dengan jawapan itu.. Selesai prog di LH1, aku, fizi dan aziz.. menuju ke cafe USM.. makan dulu.. selesai makan.. aziz plak nak pi tanya kat senior manager HR Petronas... kami pun pi teman.. abis tu.. kami balik ke teratak lama.. V5C-L5-3... berhabuk giler dapur dah kemas.. pas tu aku wat spot check semua bilik.. semua bilik kemas.. tp bilik nizam semak.. bilik rahim byk lagi benda2.. hehe.. Bilik aku of coz kemas.. haha.. pas tu aku tido jap kat bilik aku.. kul 3 aku pi berangkat pulang ke umah opah aku kat tambun.. sekian coretan ke UTP.. (1 JUN 2008) -epi-

aku masih disini....

Asslamualaikum.. aku x menghilang kemana... sengaja aku mendiam kan diri sebentar... tapi hari2 aku masih view blog kita ni.. cuma tangan aku malas sgt.. xtau la dok rumah ni malas gila.. aku skg ni masih lagi menambahkan statistik pengangur.. ahahah.. aku dah attend byak jugak interview... dgn motorola pon ada... aku tgh tggu la kot kot ada panggilan ka.. apa2 aku akan update kat sini... Rahim.. byak jgak interview hg attend... insyallah berkat usaha kita mengapply.. ada jugak rezeki kat mana2... aku rasa kat KL xdak masalah.. byak keja ada.. nak atau xnak ja... Alamak.. mak aku panggil suruh jd driver p tesco da..... ok la... apa2 lg aku update.... by the way.. mlm ni pkul 12 aku berangkat p Klang.. p mana lg.. p mengeratkan silatuurrahim.. Mak mentua ajak p rumah plak... doakan kebahagiaan aku ok.. bye semua... assalamualaikum -Matpit-

Jeles la..

Wahai kawan2... Aku sorg je ke yang tak keje lagi skang? Alahai ape kes la aku nih. Huhu Btw, juz nak share yg aku dapat 2nd interview kat Great Eastern as Business Development Exec tu.. Tp malangnye dia suh wat presentation dlm 10-15 slides. Alahai! Malasnye la aku rase oiiii! Topic dia bg: 1) How do i view Great Eastern and, 2) What skills can i bring to Great Eastern. Emm... Any ideas? Hahaha aku agak malas sebenarnye nak mem'present' ni. Future punye pasal. Aiyooo! p/s: aku ternanti2 kwan2 ku yg lain menaip di blog nihh. Mane korg? Bos korg marah ke main tenet kat opis? ahahah -waimeng-

June 1, 2008

aku dah sampai penang...


weekend yg penat... tu je yg mampu aku katakan..n nanti kan update dari aku setelah aku kumpul kembali semangat dan tenaga.. insyallah...



-Matpit-