RancakDiSitu now moved to www.rancakdisitu.com

Hi readers and viewers, we at RancakDiSitu are glad to announce that this blog are now moved to www.rancakdisitu.com or also officially known as "RancakDiSitu V.2"

Kepada semua pengunjung, kami di RancakDiSitu dengan rasa bangga dan sukacita ingin memaklumkan blog ini telah berpindah ke www.rancakdisitu.com atau dengan rasminya dikenali dengan "RancakDiSitu V.2"



Salam Sejahtera kepada semua pengunjung-pengunjung RancakDiSitu.

Mulai 26 Oktober 2009, semua tulisan-tulisan di RancakDiSitu telah dibuat di alamat URL baru kami: http://www.rancakdisitu.com . Ini adalah URL tetap setelah manyaksikan pengunjung seramai lebih dari 23,000 (Dua Puluh Tiga Ribu) orang semenjak 24 May 2008. Blog ini telah mendapat banyak perhatian dah telah menjadi panduan atau rujukan untuk pengguna-pengguna internet. Kami mendapati ramai yang memasuki blog ini melalui Google, Yahoo dan search engine yang lain dan ada yang meletakkan link blog RancakDiSitu di blog atau website mereka. Ini adalah berita gembira untuk kami.

Sehingga 31 Oktober 2009, proses pemindahan sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, semua pos-pos terbaru dan yang telah ada di blogspot, akan berada di http://www.rancakdisitu.com  mulai 26 Oktober 2009. Mulai 1 November 2009, http://www.rancakdisitu.com akan digunakan secara rasminya.

Terima kasih kepada ahli-ahli rancakdisitu yang lain Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, dan juga Godfather yang memberi sokongan terhadap blog ni.

Terima Kasih kepada Matpit yang mencadangkan idea membuat blog bertujuan untuk sentiasa berhubung sesama ahli RancakDiSitu.

Cerita lanjut mengenai kami:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


****************************************************************************


Good Day to all RancakDiSitu visitors.

Beginning 26th October 2009, all postings in RancakDisitu will be at our new URL: http://www.rancakdisitu.com . This will be our permenant URL as the visitors are now raeched 23,000 (Twenty Three Thousand) since 24th May 2008. This blog has been the guidance and reference for many users in the internet. We found people coming in from Google, Yahoo and other search engines and also put a link of this blog in thier blog or website too. This is a great news to us.

Until of 31st October 2009, the migration process is taking place. However, all latest and previous posts in blogspot will be in http://www.rancakdisitu.com since 26th October 2009. After 1st November 2009, http://www.rancakdisitu.com will be officially launch.

Thank you to other RancakDiSitu members: Epi, WanC, Nicham, Ah Meng, Matpit, and Godfather who are always supporting this blog.

Special Thanks to Matpit, the one who suggest to create a blog just to keep in touch among the RancakDiSitu members.

More about us:

http://rancakdisitu.blogspot.com/2009/05/rancakdisitu-blog-after-365-days.html


################################################# yang melakukan post terakhir di http://rancakdisitu.blogspot.com the one doing final post in http://rancakdisitu.blogspot.com -- microprocessor -- #################################################

December 5, 2008

Tiga Perkara Jana Pahala Berpanjangan Selepas Mati

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud:"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih"(Hadis Riwayat Muslim)Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang walaupun sudah meninggal dunia masih berpeluang untuk membuat pahala berpanjangan di alam kubur, iaitu melalui amalannya sewaktu di dunia seperti sedekah jariah, ilmu yang pernah disampaikan dan dimanfaatkan oleh orang lain serta doa anaknya yang salih.Ini bermakna, pahala akan tetap bertambah walaupun ketika itu seseorang berada di alam kubur dan tidak mampu beramal lagi. Ini ibarat air sungai yang mengalir dari gunung tetap bertali arus tanpa henti.Sedekah JariahAmalan bersedekah ini amat dituntut agama dan banyak ayat al-Quran yang menganjurkan perbuatan mulia ini. Antaranya Allah berfirman yang bermaksud:"Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikannya itu adalah lebih baik bagimu"(Surah al-Baqarah:ayat 271)"Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Apa saja harta yang baik kamu nafkahkan nescaya akan diberi pahala yang cukup sedang kamu tidak sedikit pun akan dianiaya (dirugikan)"(Surah al-Baqarah:ayat 272)Maka apabila seseorang itu bersedekah dengan ikhlas sewaktu hidupnya, pahala itu akan diperoleh walaupun walaupun selepas meninggal dunia.Ilmu Yang DimanfaatkanTugas mendidik atau mengajar ilmu kepada orang lain juga adalah amalan sangat mulia di sisi agama. Apabila seseorang mengajar ilmu kepada orang lain dan kemudian orang itu mengajar pula kepada orang lain, itulah yang amat bernilai dan dikira sebagai ilmu yang dimanfaatkan.Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala yang sama seperti yang diperoleh oleh orang yang membuat kebaikan itu"(Riwayat Imam Muslim)"Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (kebaikan), baginya pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikut kebaikan itu selepasnya dan tidak akan berkurangan pahalanya walaupun sedikit, dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang turut diperoleh oleh orang yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikit pun"(Riwayat Imam Muslim"Doa Anak Yang SalihMenjadi kewajipan anak memelihara ayah dan ibu sewaktu hayat dan selepas kematian kedua-duanya, tanggungjawab si anak ialah mendoakan kesejahteraan mereka di alam barzakh serta memohon kesejahteraan agar ibu bapa mereka ditempatkan bersama golongan yang mendapat rahmat daripada Allah.Dalam kitab al-Azkar, Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa ulama bersepakat menyatakan bahawa orang yang hidup boleh berdoa kepada orang yang meninggal dunia dan doa itu sampai dan boleh mendapat manfaat daripadanya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T bermaksud:"Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar) berdoa; wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terdahulu daripada kami"(Surah al-Ansar:ayat 10)Ayat ini menjelaskan mengenai doa orang Muhajirin dan Ansar kepada saudara mereka yang terlebih dulu beriman daripada mereka. Hal ini menunjukkan bahawa amalan berdoa kepada orang yang meninggal dunia adalah dibenarkan. Apatah lagi jika doa itu datangnya daripada anak salih kepada arwah kedua-dua ibu dan bapa.

Sumber: Berita Harian

dicopy dari : http://tandakasih.blogspot.com/2007/07/tiga-perkara-jana-pahala-berpanjangan.html

-- microprocessor --

0 Comments: