July 31, 2009
UTP ditutup atas sebab H1N1 yang semakin mengganas dan membingungkan
Hari ini Universiti Teknologi Petronas ditutup secara tidak rasmi (belum rasmi sebab Rector tak announce lagi) selama seminggu. Tapi kitorang dah kena balik. Angka terbaru H1N1 di UTP menunjukkan peningkatan dan dikhuatiri ini merebak lagi di UTP ni.
Alahai H1N1.. Tak de tempat lain ke kau nak pergi ha? UTP jugak kau nak singgah.. Kena terima ini sebagai dugaan dan juga bala dari Allah.. Lalu bertempiaranlah pelajar-pelajar UTP menyebarkan virus H1N1 keseluruh Malaysia.. Siap la korang rakyat Malaysia. Berjaga-jaga lah dengan pelajar UTP yang sedang berkeliaran di luar sana. Jauhkan diri anda sekurang-kurangnya 3 meter dari kawasan anda. lalala.
Banyak event terpaksa ditangguh. RECMO tangguh, Annual General Meeting Medtech tangguh, Cyberkids Medtech tangguh. Mungkin Convofair juga terpaksa ditukar tarikhnya.
Aku tak suka ok.. Kerja aku banyak tertangguh.. Aku tak suka panggil kau Bab* ok..
Matpit copy dari blog
http://blog.kusu.cc/2009/07/utp-ditutup-atas-sebab-h1n1-yang-semakin-mengganas-dan-membingungkan/
No comments:
Post a Comment